Krik Krik Eh Crepe Crepe


Assalamualaikum.

Rasenye fenomena durian crepe masih lagi hangat sehangat asmara membara dijiwa. kan? Cehh aku tak tahu kenape harus buat ayat *geligeli* macam tu :')

Sape yang terase nak cube buat? Kalau macam tu jom aku nak cerita resipi durian crepe bagi penggemar crepe crepe.. Resepi ni hasil gugelan aku yang tak pernah putus asa. Sharing is caring. kan!





Nota: Kuantiti adalah mengikut saiz kuali leper anda. 
50gm tepung gandum50gm tepung ubi25gm tepung kastard25gm tepung jagung2 sudu besar minyak masak2 1/2 sudu besar gula pasirsecubit garam2 biji telur100ml susu cair/santan375ml air
 untuk crepe berwarna hijau:

sedikit perisa pandansedikit pewarna hijau epal
 untuk crepe berwarna kuning:

sedikit esen vanillasedikit pewarna kuning


Cara-cara :

Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Whiskkan (Boleh guna mixer dan putar).


sebelum putar


selepas putar
Bahagikan kepada 2 adunan. Satu adunan untuk crepe berwarna hijau dan satu adunan lagi untuk crepe berwarna kuning. Kacau supaya warna sebati. Tapiskan adunan supaya tidak berketul-ketul. 



Sediakan kuali yang tidak melekat (non stick). Panaskan kuali. Tidak perlu sapu minyak sebab memang tak melekat punya kalau betul kuali anda tu non stick. Sendukkan sedikit adunan dan ratakan pada kuali sama seperti anda membuat lempeng.




Jangan terbalikkan. Biarkan sehingga masak. Lepas tu angkat dan ketepikan.  Ulang sehingga adunan habis.




Dah ada banyak

Untuk filling: 

200gm whipping cream - non dairy
isi durian secukupnya. Lenyekkan sedikit. Kalau suka banyak, boleh la letak banyak. 




Putar sehingga kembang whipping cream ni. Jangan guna yang UHT/dairy nanti tak kembang pun krim anda.


boleh pakai brand ni (siap kocok? tak tahann haha. em. haha)

Cara melipat:
Letak sekeping crepe. Pastikan yang berkilat di sebelah luar.  Mula-mula letak whipping cream di tengah-tengah.




Pastu letak  isi durian sesedap selera.




Letak whipping cream atas isi durian.




Lipat dari atas ke bawah.




Lipat pula dari bawah ke atas.




Lipat sebelah tepi kanan.




Lipat sebelah tepi kiri.




Letak crepe atas pelapik muffin supaya lebih comel dan mudah dialihkan.




Sejukkan sebelum dimakan.




Sangat cantik dan sangat sedap. Jangan lupa ye makan sejuk-sejuk. Terasa macam makan ice-cream. Aroma durian yang wangi dan menusuk kalbu seperti terkena tusukan duri todak (ade kene mengene ke?).






Nah ! meleleh kan air liur.. 
Sumber : 100 penulis resepi yang aku tak ingat yang mana satu :')
Bagi sesape yang berada di area Putrajaya, kalau rasa malas nak buat sendiri, bolehlah order dengan Kak Edzanita Sulaiman. Boleh klik gambar bawah ni jugak untuk menuju ke Facebook beliau..



Crepe Kak Ezan dijamin sedap dengan pelbagai perisa. Dannn.. harga pun sangatlah murah ! 1 pack (5 biji), RM10 sahaja okay.. 


Kak Ezan pun ada buat Baby Crepe.. sesape yang perasan kekonon die tu baby pun boleh order ye meeheehee



Ramai yang dah puas hati, tak percaya ? Anda harus percaya cakap saya.. ni antaranya..





So, selamat mencuba ! selamat meng'order' ! dan selamat ber'crepe'crepe'.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://serioushearts.blogspot.com/2013/01/krik-krik-eh-crepe-crepe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe Sedap Makan Sejuk Sejuk

Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe Sedap Makan Sejuk Sejuk

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 128 hits
Sebut pasal pencuci mulut memang sedap kalau dapat makan durian crepe kan Ada pelbagai jenis crepe yang dijual di pasaran antara yang popular durian crepe Resipi yang dikongsikan Faradilah Nor ini senang untuk dihasilkan dan puas hati bila ...
1 Jam 20 Minit Beratur Di Hq Kieda Crepe Kepala Batas Penang

1 Jam 20 Minit Beratur Di Hq Kieda Crepe Kepala Batas Penang

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 786 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alang alang dah mai berjalan area Kepala Batas Penang terus teringat Kieda Crepe yang tengah viral la ni Waze punya waze rupanya 5 minit sahaja Dekat So decide untuk singgah Kieda Crepe sebelum nak meneru...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu