Kreatif Betul Pelajar Ini Hasilkan Beg Mini Hanya Dengan Guna S4mpah Kvlit Buah
Sekali pandang, tiada siapa menyangka material beg mini digunakan sebagai pembungkus set produk penjagaan kvlit w4jah ciptaan seorang pelajar universiti itu sebenarnya diperbuat daripada samp4h kulit limau.
Produk material bio leather hasil ciptaan Menlin Ng Aniathul Fitria Ismail Ng Abdullah itu menggunakan sepenuhnya kvlit buah-buahan sitrus terutama kvlit limau nipis dan bahan semula jadi lain, yang bukan sahaja bersifat lebih mesra alam malah mampu menjadi bahan pembungkusan pelbagai produk menggantikan plastik.
Lebih menarik, inovasi oleh pelajar Universiti Sains Malaysia itu masih berada di peringkat kajian awal, tetapi sudah mengharumkan nama negara apabila memenangi tempat kedua pertandingan reka bentuk antarabangsa James Dyson Awards 2021 baru-baru ini.
Bercakap kepada Bernama, gadis berusia 24 tahun itu mendapat ilham mencipta material lestari berkenaan apabila melihat lambakan samp4h kulit buah-buahan di kafe dan restoran semasa menyiapkan projek semester sekitar tahun lalu.
“Saya percaya semua sisa makanan boleh diproses menjadi bahan atau barangan berguna sekali gus dapat mengurangkan pencem4ran alam sekitar, saya mahu menukarkan bahan yang dilihat tidak bernilai ini menjadi barangan berguna dan berharga.
“Selain membantu mengurangkan penjanaan s4mpah, material bio-leather yang menggunakan bahan semula jadi sepenuhnya ini juga membabitkan kos lebih rendah,” katanya yang mengambil masa 10 bulan menyiapkan projek berkenaan.
Menerusi ujian dijalankan, Menlin Ng menggunakan kira-kira 30 kvlit limau purut bagi menghasilkan dua helai material berukuran 20 sentimeter panjang dan lebar.
View this post on Instagram A post shared by 黃美鈴 (@menlin_fitri)
“Saya mendapatkan stok kvlit limau dari beberapa restoran. Antara proses terlibat termasuk pengekstrakan, pengasingan kulit dan biji buah, rebus bagi mengelakkan kulat dan mencampurkan dengan bahan pelekat semula jadi sebelum dikeringkan sehingga menjadi produk akhir,” katanya.
Beliau berkata, projek berkenaan turut menekankan kepada eksperimen mencari bahan gam semula jadi yang sesuai dan terbaik antaranya tepung ubi, selain lilin lebah yang digunakan bagi menjadikan material lebih tahan lama dan mengelak pembentukan kulat.
Bagi membuktikan material itu praktikal, beliau yang berasal dari Sabah turut mereka bentuk sampel pembungkusan beg mini produk penjagaan kulit dinamakan ‘Citra’ yang lebih mudah dibawa, ringkas dan elegan.
Ditanya berkenaan cab4ran utama, Menlin Ng berkata beliau perlu berdepan kek4ngan menjalankan ujian di makmal susulan sekatan pergerakan dan penvlaran p4ndem1k C0vldl9.
“Dalam tempoh itu, pertemuan bersemuka dengan penyelia tidak dapat dilakukan. Terkvrung di asrama kampus juga membuat saya beberapa kali hilang motivasi,” katanya.
Pelajar jurusan Reka Bentuk Produk itu juga berharap inovasi yang masih di peringkat penyelidikan awal itu dapat dikembangkan dan dimanfaatkan di peringkat profesional sekali gus membuka jalan kepada penghasilan material mesra alam.
“Saya perlu membuat lebih banyak kajian dan eksperimen bagi mendapatkan bahan terbaik dalam meningkatkan kualiti material ini pada masa akan datang.
“Malaysia adalah antara pengeksport buah dan sayur terbesar. Jadi secara tidak langsung, menyumbang kepada penghasilan s4mpah yang boleh dijadikan sumber kepada penghasilan produk pembungkusan daripada material semula jadi,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Harian Metro
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2021/09/kreatif-betul-pelajar-ini-hasilkan-beg.html