Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej


Buat adik-adik lepasan SPM dan STPM yang sedang menunggu atau telah memperoleh keputusan, tau kah anda tentang Kolej Poly-Tech Mara atau lebih dikenali sebagai KPTM?
Jika tidak pastikan anda terus bersama dengan artikel ini sehingga ke penghujung. Mungkin melalui artikel ini, anda akan menemui peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan membuka lembaran baru dalam perjalanan akademik anda.
Apa itu Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)? Kolej Poly-Tech MARA atau lebih dikenali sebagai KPTM pada awalnya dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA,  telah diasaskan sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta Tahun 1996 (Akta 555) pada September 2003.
Institusi pengajian tinggi ini telah terus berkembang dan pada tahun 2010 namanya telah ditukar menjadi Kolej Poly-Tech MARA. Kini, institusi yang merupakan sebuah institusi pendidikan milik penuh MARA Corporation Sdn Bhd ini telah menawarkan 45 program pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah, pasca siswazah dan pengajian professional. 
KPTM beroperasi di 7 cawangan termasuk satu bertaraf Kolej Universiti iaitu Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur. Institusi ini juga menawarkan pelbagai peluang pendidikan di bawah 8 kategori berikut:
Pendidikan Profesional Kejuruteraan Multimedia Kreatif Bio-Industri & Sains Kesihatan Sains Sosial & Kemanusiaan Sains Komputer & Teknologi Maklumat Perakaunan & Pengurusan Perniagaan Syarat Permohonan Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian mereka bersama KPTM ini, berikut merupakan beberapa syarat yang perlu anda penuhi, bagi melayakkan anda untuk menyambung pengajian anda di kolej pilihan anda:
Syarat Am
Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berstatus Bumiputera. Umur tidak melebihi 35 tahun bagi program Diploma dan 40 tahun bagi program Ijazah Sarjana Muda. Pendapatan kasar bulanan ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM4,000 bagi permohonan bantuan pinjaman pendidikan MARA. Syarat Akademik Umum (Program Diploma)
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran. Sesetengah program memerlukan kepujian dalam subjek tertentu seperti Matematik atau Sains. Untuk program Diploma Kejururawatan, perlu sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Malaysia, Matematik/Matematik Tambahan, salah satu subjek Sains (Biologi, Kimia, Fizik, Sains Terapan), dan dua subjek lain, serta lulus Bahasa Inggeris. Bagi program tertentu, seperti Diploma Teknologi Maklumat, mesti ada kepujian Matematik di peringkat SPM. Syarat Akademik Lanjutan
Lepasan STPM: Minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran. Lepasan STAM: Lulus dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid. Lepasan Diploma: Lulus Diploma atau kelayakan setaraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00. Lepasan Matrikulasi/Asasi: Minimum PNGK 2.00. **Nota :
Syarat kemasukan boleh berbeza mengikut program pengajian. Sila semak syarat khusus program yang diminati di laman rasmi KPTM atau kampus pilihan anda. Keutamaan boleh diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam bidang berkaitan seperti komputeran untuk program teknologi maklumat. Tarikh Permohonan Permohonan ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) untuk sesi April, Mei, Julai, dan November 2025 kini dibuka. Ambilan sesi Julai dan November akan mula dibuka pada bulan Mei.
Ambilan sesi April, Julai, dan November adalah khusus untuk program lepasan SPM di KPTM, manakala sesi Mei pula dikhaskan untuk program Ijazah di Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM).
Pastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan bagi setiap sesi pengambilan untuk meningkatkan peluang diterima.
Cara Melakukan Permohonan Bagi anda yang telah memenuhi kesemua syarat kelayakan yang dikehendaki pihak KPTM, anda boleh melakukan permohonan dengan mudah iaitu secara atas talian. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
Layari portal rasmi permohonan KPTM di e-Admission KPTM Klik NEW APPLICATION untuk permohonan baharu. Daftar akaun dengan menggunakan emel yang sah dan cipta kata laluan. Log masuk menggunakan emel dan kata laluan. Lengkapkan maklumat peribadi, akademik, dan pilih program pengajian yang diminati. Muat naik dokumen yang telah disediakan dalam format yang diterima (PDF, JPEG). Setelah lengkap mengisi semua borang permohonan, semak dan hantar permohonan anda. Buat pembayaran yuran pemprosesan melalui kaedah yang disediakan seperti perbankan dalam talian atau kad kredit. Sebarang masalah melibatkan permohonan anda ke KPTM boleh anda ajukan melalui talian di bawah:

Senarai Kursus & Lokasi KPTM Berikut merupakan senarai kursus dan lokasi KPTM dan ibu pejabatnya:
Ibu Pejabat KPTM
Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-9179 5600 KPTM Batu Pahat
Jalan Gading Emas 4, Sri Gading, 83300 Sri Gading, Johor Darul Ta’zim
Tel: 07-455 9902 / 6729 KPTM Ipoh
KPTM Ipoh, Lot 339325, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
Tel: 05-242 1003 KPTM Kota Bharu
Seksyen 17, Bandar Kota Bharu, Jalan Lembah Sireh, 15050, Kota Bharu, Kelantan 
Tel: 09-746 2020 KPTM Alor Setar
Jalan Seberang Putra, Kawasan Perusahaan Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah
Tel: 04-730 9255 KPTM Bangi
Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03-8925 8309 / 8618 KPTM Kuantan
Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang
Tel: 09-536 6701 Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)
Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100, Kuala Lumpur
Tel: 03-9206 9700 Baca juga: Semakan Permohonan Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2024/2025



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kptm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kptm

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kad Pekerja Madani Objektif Cara Permohonan Kad

Kad Pekerja Madani Objektif Cara Permohonan Kad

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 165 hits
Kad Pekerja Madani merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia sebagai hadiah atau manfaat buat para pekerja khususnya buat mereka yang merupakan ahli kesatuan sekerja Kad ini merupakan satu perkara baru yang...
Epermohonan Jpa Senarai Tajaan Cara Memohon

Epermohonan Jpa Senarai Tajaan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 121 hits
Bagi pelajar lepasan SPM 2024 yang berminat untuk mendapatkan tajaan dari pihak JPA bagi menyambung pelajaran anda berikut merupakan penerangan berkenaan ePermohonan dan cara menggunakannya Baca artikel ini sehingga ke penghujung untuk meng...
Permohonan Program Pra Diploma Uitm Kakya Nak Kongsi

Permohonan Program Pra Diploma Uitm Kakya Nak Kongsi

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 143 hits
Permohonan Program Pra Diploma UiTM KakYa Nak KongsiAssalamualaikum dan hai semua Syukur ahamdulillah bersua lagi kita di ruangan maya tanpa suara ini Perkongsian dari KakYa hari ini masih lagi berkisar tentang SPM untuk Ibu ayah dan anak a...
Peneliti Openai Yang Kerja Dengan Gpt 4 5 Ditolak Permohonan Kad Hijau Mereka

Peneliti Openai Yang Kerja Dengan Gpt 4 5 Ditolak Permohonan Kad Hijau Mereka

papar berkaitan - pada 26/4/2025 - jumlah : 147 hits
Kai Chen seorang peneliti AI asal Kanada yang bekerja di OpenAI dan telah tinggal di AS selama 12 tahun baru saja ditolak permohonan kartu hijau nya Ini disampaikan oleh Noam Brown seorang ilmuwan riset utama di perusahaan tersebut Dalam po...
Bantuan Kewangan Khas Sarawak 2025 Permohonan Syarat Kelayakan

Bantuan Kewangan Khas Sarawak 2025 Permohonan Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 149 hits
TERKINI PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KHAS SARAWAK 2025 DIBUKA BERMULA 1 MEI 1 JUN 2025 Belanjawan Sarawak 2025 yang telah dibentangkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyenaraikan beberapa bantuan terutamany...
Permohonan Matrikulasi Fasa 2 Sesi 2025 2026

Permohonan Matrikulasi Fasa 2 Sesi 2025 2026

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 162 hits
KEMASKINI PERMOHONAN MATRIKULASI FASA 2 SESI 2025 2026 Kemaskini dan Permohonan Matrikulasi FASA 2 kemasukan sesi 2025 2026 akan dibuka mulai 24 April hingga 28 April 2025 Semak lengkapkan dan hantar permohonan anda sebelum tamat tempoh Pel...
Mercedes Benz Tambah Phev Ke Senarai Mereka

Mercedes Benz Tambah Phev Ke Senarai Mereka

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 116 hits
Mercedes Benz Philippines akan meluncurkan dua kenderaan hybrid elektrik plug in terbaru yang menggabungkan kuasa tenang prestasi hebat dan kejuruteraan mesra alam Perkenalkan GLC 350e 4MATIC dan E Class E350e duo hybrid terbaru dari jenama...
Koleksi Senarai Ucapan Hari Pekerja 2025

Koleksi Senarai Ucapan Hari Pekerja 2025

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 155 hits
Hari Pekerja 2025 bakal menjelang tiba Jadi bagi anda yang ingin berikan ucapan kepada rakan rakan khususnya yang bekerja anda boleh dapatkan contoh dan koleksi yang disediakan disini sebagai panduan Setiap tahun seluruh dunia akan menyambu...
Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 189 hits
Penjelasan Berkenaan Hukum Menggunakan Duit Raya Anak Anak Dalam Agama Islam Untuk Pengetahuan Bersama Duit raya merupakan pemberian yang diberikan oleh tuan rumah biasanya dalam sampul raya sebagai tanda hadiah atau sumbangan kepada tetamu...
Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Not By Accident

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan

Isu Petronas Dan Buang Pekerja

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Tips Menang Di Gudangtoto


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Air Asam Perut Lembu

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Penunggang Motosikal Maut Langgar Tembok Batu Tercampak Sebelum Jatuh Parit

Daqmie Korbankanlah Chord

Father S Day Chocolate Treats By Elevete You Can T Miss