Kpj Wajar Pecat Dr Musa




Veteran Umno saran KPJ pecat Dr Musa
Veteran Umno hari ini mendesak supaya Dr Musa Nordin dari Hospital Pakar KPJ Damansara dipecat susulan bidasannya yang dianggap memperlekehkan usaha kerajaan memerangi Covid-19.
Menurut Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub, sebagai seorang doktor, Dr Musa sewajarnya menyokong usaha kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM ) yang diterajui oleh Dr Noor Hisham Abdullah.
“(Sebaliknya) dia menyerang ketua pengarah KKM, Dr Noor Hisham secara peribadi dan tidak beretika.
“Veteran Umno dengan ini mendesak pihak pengurusan KPJ supaya memecat Dr Musa dari pusat perubatan itu kerana dia telah mencemarkan kredibiliti KPJ yang terkenal dengan profesionalisme kakitangannya dalam perubatan.
“Dr Musa terbukti seorang doktor yang tidak profesional yang mengutamakan politik dari profesion,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Menurut Mustapha, tindakan doktor swasta itu jelas membuktikan beliau tidak menghargai penat lelah petugas di barisan hadapan yang menyabung nyawa demi menyelamatkan pesakit yang dijangkiti virus Covid-19.
Rabu lalu, Dr Musa mendakwa pihak berkuasa kesihatan gagal melindungi barisan depan perubatan yang memerangi Covid-19, selepas kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti virus itu ketika bertugas.
Katanya, kakitangan perubatan tidak dilengkapi alat perlindungan sewajarnya, termasuk peralatan perlindungan diri (PPE).
“KP (ketua pengarah)dan pegawai tertingginya di menara gading Putrajaya perlu turun ke hospital Covid/Pusat Kesihatan Daerah/Klinik Kesihatan dan melihat serta merasai kesakitan dan kesengsaraan doktor/jururawat/profesional kesihatan bersekutu yang tiada PPE asas untuk menjaga pesakit kritikal di ICU serta meningkatkan saringan dengan 17,000 ujian sehari,” kata Dr Musa.
Mengulas lanjut, Mustapha berkata, dalam situasi genting seperti ini, Dr Musa tidak patut muncul sebagai seorang yang serba tahu sedangkan kepakarannya dalam bidang yang berlainan dari pakar-pakar dalam bidang penyakit berjangkit.
“Malangnya kerana cemburu yang dipengaruhi oleh dendam politik maka beliau sanggup membelaksngkan profesionnya sebagai seorang pengamal perubatan,” katanya tanpa menjelaskan maksud dendam politik itu.
Pemerhati politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff dalam tulisannya di Harakahdaily semalam mendakwa Dr Musa bukan sekadar penyokong kuat Pakatan Harapan (PH) tetapi adalah sebahagian daripada kerajaan PH apabila beliau dilantik sebagai penasihat oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, pada 27 Mac tahun lalu.
Malah kata pensyarah mesra PAS itu, pada 28 April tahun lalu, Dr Musa telah dikurniakan dengan Anugerah Hero Vaksin (Hero Vaccine Award) bersempena dengan Perayaan Hari Imunisasi Kebangsaan 2019.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/10/kpj-wajar-pecat-dr-musa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kpj-wajar-pecat-dr-musa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Veteran Umno Gesa Hospital Kpj Pecat Dr Musa

Veteran Umno Gesa Hospital Kpj Pecat Dr Musa

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 208 hits
KUALA LUMPUR Mengkritik dan mendakwa Kementerian Kesihatan gagal melindungi petugas barisan hadapan Datuk Dr Musa Nordin wajar dipecat oleh pihak pengurusan Hospital Pakar KPJ Setiausaha Agung Veteran UMNO Mustapha Yaakub kritikan yang disi...
Ttdi Longhouse Project To Be Continued Annuar Musa

Ttdi Longhouse Project To Be Continued Annuar Musa

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 254 hits
The Taman Tun Dr Ismail longhouse redevelopment project will continue to be pursued without affecting the green area of Taman Rimba Kiara said Federal Territories Minister Annuar MusaHe said as many as 100 families who occupied a longhouse ...
13 Pantun Memuja Ph Yang Didelete Oleh Datuk Dr Musa Nordin

13 Pantun Memuja Ph Yang Didelete Oleh Datuk Dr Musa Nordin

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 331 hits
TULANG BESIADMIN SIARKAN BEBERPA PANTUN SAHAJADisebabkan ramai kawan kawan yang komplen bahawa semua 13 pantun politik memuja PH yang dinukil oleh Datuk Dr Musa Nordin dalam tweet beliau kini telah hilang dari radar disertakan di sini scree...
Dr Musa Nordin Bukan Nama Kecil Dalam Bidang Perubatan

Dr Musa Nordin Bukan Nama Kecil Dalam Bidang Perubatan

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 458 hits
DR PRUBATAN VS DR SURAT TAPI DR SURAT MENYURAT NAMPAK LEKEH ILMU Nama Dr Musa Nordin bukan kecil dalam alam perubatan Malaysia Saya sendiri kenal nama ini sewaktu masih seorang pelajar perubatan Nama beliau mula naik sekitar 2010 sewaktu ak...
Maafkan Saya Annuar Musa Sebak Gagal Kawal Emosi

Maafkan Saya Annuar Musa Sebak Gagal Kawal Emosi

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Perbualan yang rancak sejak bermulanya wawancara bersama wartawan MalaysiaGazette pagi tadi tiba tiba bertukar sebak sebaik sahaja Tan Sri Annuar Musa ditanya tentang isu gelandangan di ibu kota Beliau meminta maaf dengan nada ...
Percubaan Kamarul Yusoff Memburukkan Dr Musa Gagal Sama Sekali

Percubaan Kamarul Yusoff Memburukkan Dr Musa Gagal Sama Sekali

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 1079 hits
Percubaan Kamarul Yusoff Memburukkan Dr Musa Gagal Sama Sekali Kamarul Yusoff telah melancarkan serangan bertubi tubi bersama2 HARAKAH ke atas Dr Musa Nordin lantaran sikap lantang Dr Musa Nordin mengkritik Menteri2 PN khasnya Zuraida keran...
Rm1 Juta Dana Khusus Untuk Gelandangan Annuar Musa

Rm1 Juta Dana Khusus Untuk Gelandangan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR 14 April Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan dana khas berjumlah RM1 juta bagi menjaga kebajikan golongan gelandangan di sekitar ibu kota Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata sebahagian daripada dana itu akan disa...
Gelandangan Akan Ditawar Kerja Selepas Pkp Tamat Tan Sri Annuar Musa

Gelandangan Akan Ditawar Kerja Selepas Pkp Tamat Tan Sri Annuar Musa

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 432 hits
KUALA LUMPUR Gelandangan akan ditawarkan bekerja di sektor perkilangan atau pekerja am bagi memastikan golongan itu tidak kembali merempat selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berk...
Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Tahniah Dan Terima Kasih

Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Harimau Merah Intrik Dalaman

Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet

Elderly Support Building A Caring Future Today

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Cerdiik Mp Qazaf

Cari Pendapatan Sampingan Guna Media Sosial Di Malaysia

Keluar Rumah Pukul 5 30 Pagi Pengetua Sambut Pelajar Datang Sekolah

Bola Tampar Untuk Anak Sukan Bijak Seronok Penuh Aksi

Kebaikan Sistem Reban Ayam Tertutup

Dipisahkan Kerana Dosa