Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani


 KPDN akan kerjasama dengan Kementerian Kewangan perluas akses penerima SARA beli barangan keperluan asas, kata Armizan Mohd Ali.
KPDN cadang agar penerima SARA dibenar guna wang bantuan beli barangan keperluan asas di Program Jualan Rahmah Madani bergerak, bukan sahaja di pasar raya dan kedai runcit terpilih. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencadangkan agar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut dibenar digunakan untuk membeli di Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) bergerak, selain di premis perniagaan sedia ada
Menteri KPDN Armizan Mohd Ali berkata, setakat ini, penerima SARA hanya boleh membeli barangan keperluan asas di 4,152 premis pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara, termasuk 470 premis di Sabah.
Katanya, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memperluas akses pembelian barangan keperluan asas bagi penerima.
“Inisiatif ini membolehkan penerima SARA terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman membuat pembelian menggunakan bantuan SARA yang disimpan dalam MyKad di lokasi PJRM bergerak,” katanya selepas merasmikan Karnival KPDN 2025 Zon Sabah di Ranau, lapor Bernama.
Armizan berkata, melalui peruntukan tambahan RM300 juta untuk PJRM, KPDN akan meningkatkan kekerapan pelaksanaan program jualan itu di seluruh negara dengan sasaran 20,000 siri pelaksanaan sepanjang tahun ini.
“Bagi Sabah, KPDN menyasarkan 2,276 siri PJRM sepanjang tahun ini dan sejak 1 Jan hingga 26 Julai 2025, 1,089 siri PJRM telah dilaksanakan di Sabah,” katanya.
“Justeru, kita akan melaksanakan beberapa pendekatan bagi memastikan 2,276 siri PJRM tersebut dapat dilaksanakan di Sabah sehingga penghujung tahun ini.”
Beliau berkata, antara pendekatan yang akan dilaksanakan ialah meningkatkan jumlah barangan yang ditawarkan dan memperluas kerjasama dengan rakan strategik sektor peruncitan.
Menurut Armizan, tahun ini merupakan tahun kedua KPDN melaksanakan karnival seumpama itu dan sebanyak enam jelajah Karnival KPDN akan diadakan sepanjang tahun ini.
“Karnival KPDN berserta Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang diadakan di Ranau, Sabah, merupakan siri kedua yang dilaksanakan tahun ini. Penganjuran program selama tiga hari sehingga esok dijangka akan menarik kira-kira 60,000 pengunjung,” katanya.
Armizan berkata, objektif utama penganjuran adalah untuk merakyatkan perkhidmatan kerajaan pada peringkat akar umbi, khususnya perkhidmatan di bawah tanggungjawab dan fungsi KPDN.
Dalam pada itu, beliau berkata, Karnival KPDN 2025 juga menjadi pemangkin dalam memperkasakan KBBM menerusi tema ‘Jom Beli Lokal’ sebagai sokongan berterusan terhadap produk tempatan dan pengukuhan ekonomi domestik. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/07/kpdn-cadang-benar-bantuan-sara-diguna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Tunai Rm300 Sebulan Melalui Elaun Sara Hidup Nelayan 2025

Bantuan Tunai Rm300 Sebulan Melalui Elaun Sara Hidup Nelayan 2025

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 3518 hits
Bantuan Tunai RM300 Sebulan Melalui Elaun Sara Hidup Nelayan 2025 Sebagai makluman kepada semua di sini disampaikan penjelasan yang lebih terperinci berkenaan inisiatif Elaun Sara Hidup Nelayan 2025 yang telah diperkenalkan oleh pihak Keraj...
Jualan Rahmah Bergerak Peringkat Negeri Sarawak

Jualan Rahmah Bergerak Peringkat Negeri Sarawak

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 189 hits
Program Jualan RAHMAH MADANI adalah inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat Program ini bertujuan menyediakan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah da...
Cara Tebus Bantuan Tunai Rm100 Sara Guna Mykad

Cara Tebus Bantuan Tunai Rm100 Sara Guna Mykad

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 472 hits
Original Content Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menzahirkan komitmen membantu rakyat terutamanya dalam menangani tekanan kos sara hidup yang semakin menghimpit Terbaru satu pengumuman istime...
Sara Untuk Semua Bantuan Rm100 One Off Menerusi Mykad

Sara Untuk Semua Bantuan Rm100 One Off Menerusi Mykad

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 398 hits
Berita baik Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan RM100 one off kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan Perkara ini telah diumumkan dalam Pengumuman Penghargaan yang ditunggu tunggu o...
Bos Mydin Cadang Orang Kaya Guna Sara Bantu Golongan Lebih Perlu

Bos Mydin Cadang Orang Kaya Guna Sara Bantu Golongan Lebih Perlu

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 270 hits
Ameer Ali Mydin berkata golongan T20 yang berkemampuan boleh tebus RM100 di bawah program itu untuk beri makanan asas kepada keluarga susah Ameer Ali Mydin berkata golongan selain B40 mungkin tidak akan tergesa gesa belanja bantuan SARA RM1...
Malaysia Madani Rakyat Disantuni Lirik Lagu Audio Video

Malaysia Madani Rakyat Disantuni Lirik Lagu Audio Video

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 773 hits
Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 lagu tema rasmi bertajuk Malaysia Madani Rakyat Disantuni telah dilancarkan sebagai simbol perpaduan dan keprihatinan terhadap rakyat Mengusung mesej kasih sayang kebersamaan dan se...
Zaman Madani Jalan Berkilat Lampu Cerah

Zaman Madani Jalan Berkilat Lampu Cerah

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 201 hits
Pemasangan lampu jalan jenis solar itu termasuk di lokasi kemalangan maut membabitkan bas pelajar bulan lalu Artikel penuh di ruangan komen KelantanDaily Nak promote bisnes PM Admin sekarang
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank