
Rekaan asal watak Keluang Man dan Tiong Man dalam animasi bersiri.
Maka ramailah mengutuk kostum semalam dan tunjukkan “rekaan” masing-masing yang kononnya “lagi cantik” tu. Rekaan lah sangat dengan taip-taip keluar gambar. Dalam penghasilan kostum, bukan setakat lukis saja. Perlu fikir juga proses penghasilan, saiz, material, dan jahitan. Selain itu, perlu diambil kira juga faktor fizikal model dan keselesaan pemakai. Kalau setakat taip-taip keluar gambar, gajah pun boleh terbang. Dengan kotak kadbod pun boleh buat kostum. Lagi senang.
Saya tengok OK saja kostum ni. Apa yang tak kena laginya?
Ada juga yang bandingkan dengan kostum Captain America. Ini pun sama juga kelakar. Chris Evans tu badannya macam mana? Kalau dia pakai baju kelawar pun nampak macam kostum adiwira tau? Ambil kira jugalah faktor bajet dan sumber di Hollywood sana.
Mungkin beginilah rupa kostum Keluang Man kalau nak betul-betul ‘true’ ikut source material.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |