Kos Tinggi Punca Belia Lewat Kahwin



Kenduri kahwin kini memerlukan kos yang tinggi. Trend majlis perkahwinan di hotel atau dewan telah mengganti majlis yang biasanya diadakan di rumah. Orang kampung pun sudah pandai kenduri dengan menempah makanan. Jika dulu tuan rumah menghantar kad jemputan secara fizikal, namum sekarang melalui media sosial. Ke mana pergi adat budaya kita

Dulu orang bagi bunga telur tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu, hari ini ada yang bagi gula-gula, coklat, buah, kek dan berbagai hiasan termasuk rantai kunci dan sapu tangan

Semua perubahan majlis perkahwinan bermula daripada persedian hingga ke majlisnya menunjukkan masyarakat Melayu Islam Malaysia yang melalui proses perubahan dan yang pasti kelihatan semakin mewah

Namun berapa ramaikah yang benar-benar tahu tentang hukum pernikahan dan hukum mengadakan kenduri atau walimatulurus? Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab mengadakan majlis dan siapa yang perlu mengeluarkan belanja? Yang pasti, ramai pasangan yang mahu berkahwin, digamit rasa khuatir kerana perkahwinan memakan belanja yang tinggi. Akhirnya, tunda majlis kerana tidak cukup wang

Perkahwinan juga bukan sekadar kendurinya saja. Hari ini, orang tidak tanya berapa mahar atau mas kahwin pengantin perempuan kerana ia telah ditetapkan (ikut ketetapan negeri) dan orang mampu mengadakannya

Sebaliknya, tetamu menjeling-jeling wang hantaran dan mengira jumlah dulang yang dihantar. Bukan itu saja, ada yang sanggup membelek-belek barangan yang dihantar hendak menentukan kualiti; tulen atau tiruan

Ibu bapa sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit malah ada pasangan muda yang sanggup berhutang untuk memastikan kenduri perkahwinan menjadi paling meriah dan paling mahal. Memanglah, pasangan mempelai mahu majlis perkahwinan mereka paling istimewa dan unik sebagai tanda cinta mereka

Apa yang berlaku hari ini, pasangan mendahulukan semua yang adat seperti membelanja wang untuk hantaran, membeli barang hantaran, membeli bunga telur atau apa-apa buah tangan untuk tetamu, menempah mak andam beserta pelamin, baju dan hiasan perkahwinan

Pasangan hanya berbelanja RM300 sebagai mas kahwin atau mahar berbanding RM50,000 untuk yang lain-lain sedangkan ia hanya adat, bukannya wajib. Malah ia boleh menimbulkan riak kerana rasa ingin menunjuk-nunjuk dan pembaziran

Mas kahwin adalah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang

Bagi memastikan suatu perkahwinan itu sah berlaku dan memenuhi kehendak hukum syarak, pasangan hendaklah diakadnikahkan oleh wali atau oleh pendaftar dengan kebenaran wali dan disaksikan oleh dua saksi

Pasangan mestilah seorang lelaki dan seorang perempuan dan pengantin lelaki hendaklah membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan

Alangkah mudahnya majlis pernikahan tersebut dan hari ini pasangan telah boleh bernikah dengan mempunyai minimum RM500 kerana jika maharnya RM300, upah nikah dan sedikit yang lain, pasangan boleh diakadnikah dengan selamat

Tentunya ramai yang berkata "tidak mungkin" kerana hari ini hantaran mencecah RM20,000. Itu tidak termasuk harga barang hantaran seperti cincin pertunangan dan cincin perkahwinan (ada juga yang memberi rantai dan gelang emas) kasut, baju, bag tangan, minyak wangi dan lain-lain barangan sokongan sebagai hantaran

Ada pasangan berbelanja RM5,000 ke 10,000 untuk hantaran sahaja. Majlis kenduri jika berlangsung di hotel, kosnya kepada berapa jemputan dan jenis makanan yang dihidangkan dan tidak kurang daripada RM50,000. Barang-barang lain yang sangat mahal adalah pelamin, baju pengantin dan bunga telur dan hadiah kepada tetamu. Jika dijumlahkan dari bertunang hingga akad nikah, ada pasangan membelanjakan RM100,000

Ada yang membelanjakan wang simpanan, ada yang membelanjakan duit ibu bapa yang bergadai bergolok untuk majlis anaknya kerana takut malu dan mahu menjaga air muka dan nama. Lebih malang, pengantin lelaki yang terpaksa meminjam wang bank, koperasi atau kawan kerana wang simpanan tidak mencukupi

Ramai yang terpaksa bertunang lama kerana perlu mengumpul wang. Lebih malang, bayaran pinjaman belum habis dibayar, isteri dah minta cerai. Menurut kajian, lelaki berkahwin pada usia 28 tahun dan wanita 26 tahun dan adakah ini bermakna pasangan lambat berkahwin kerana faktor kos perkahwinan yang sangat mahal

Perkahwinan adalah isu jodoh dan kita perlu sentiasa ingat bahawa jodoh pertemuan adalah hak Allah. Memang ramai wanita berkahwin lambat kerana kebanyakan wanita berpendidikan tinggi. Bagi yang wanita perkahwinan bergantung kepada jika ada orang masuk meminang tetapi bagi lelaki sama ada dia mampu untuk meminang

Jika tamat belajar mereka berumur 24 tahun dan dengan gaji RM3,000 ke 4,000 sebulan, dengan membayar PTPTN, pinjaman kereta dan perbelanjaan harian, mereka mungkin dapat menabung RM1,000 sebulan. Jika perbelanjaan perkahwinan (hantaran sahaja RM15,000) mereka perlu menabung 15 bulan. Jika anggaran perbelanjaan perkahwinan itu RM50,000 maka mereka hanya boleh berkahwin selepas 50 bulan bekerja (iaitu empat tahun) dan tentulah usia perkahwinan menjadi 28 tahun

Alangkah baiknya simpanan RM50,000 itu dijadikan wang muka membeli rumah dan pasangan boleh terus tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin.

Jadi Abam Kie nak tanya bilakah anda berkahwin? Abam Kie sendiri berkahwin pada usia 28. Dua tahun kemudian barulah menimang cahayamata. Abam Kie mula mengajar pada usia 24. Sempatlah simpan duit untuk menolong ibu dan ayah di kampung disamping buat belanja kahwin. Kerana pada pendapat Abam Kie, selepas grad tu nak tolong orang tua dulu. Mereka x minta pun tapi sebagai anak kita kena membantu ibubapa apabila kita bekerja. Iyolah kan, takkan nak kahwin terus lps grad. Dah la tu, minta ibubapa taja belanja kahwin. Memang x patut!

Jadi abam kie rasa tunggulah beberapa tahun slps dpt kerja yg tetap atau bagus barulah mendirikan rumahtangga, OK? Sekian, terima kasih. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2019/08/kos-tinggi-punca-belia-lewat-kahwin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datang Haid Lewat Tapi Tak Hamil Ini 4 Punca Yang Si Isteri Perlu Tahu

Datang Haid Lewat Tapi Tak Hamil Ini 4 Punca Yang Si Isteri Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 244 hits
Bagi seorang wanita masalah lewat datang haid bukanlah satu perkara yang dipandang remeh Pendarahan haid atau menstruasi ialah pendarahan daripada lapisan rahim Masalah haid tak teratur sering merisaukan kerana kitaran haid menentukan tahap...
Kurang Penderma Kos Tinggi Kekang Pembedahan Pemindahan Hati

Kurang Penderma Kos Tinggi Kekang Pembedahan Pemindahan Hati

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 308 hits
Kekurangan penderma organ di Malaysia antara menjadi faktor mengapa pemindahan hati yang merupakan organ terbesar dalam dalam badan sukar untuk dijalankan Disamping kos perubatan yang tinggi ia yang boleh menjangkau ratusan ribu ringgit dan...
Kos Tak Cukup Punca Selenggara Jalan Tak Boleh Buat

Kos Tak Cukup Punca Selenggara Jalan Tak Boleh Buat

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 296 hits
Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata kos yang terhad punca jalan tidak dapat diselenggara dengan baik JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook co...
Sebab Dan Punca Bibir Kering

Sebab Dan Punca Bibir Kering

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 829 hits
Bibir saya selalu kering terutama waktu cuaca panas Bila kering akan ada pecah Pedih juga bila bibir pecah Tadi Dr Zubaidi ada share di fb nya tentang bibir kering Simpan sini untuk rujukan sebab sebab berlakunya bibir kering APAKAH PUNCA B...
8 Sebab Serta Punca Berlakunya Putus Tunang

8 Sebab Serta Punca Berlakunya Putus Tunang

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 307 hits
Selain kisah penceraian yang banyak dikongsikan di media sosial oleh sebilangan orang dikenali ramai ada juga kisah putus tunang yang menjadi viral dan bualan antaranya kisah putus tunang di kalangan selebriti Malaysia Malah ada juga penggu...
Punca Pelajar Takut Lapor Kes Buli Dan Salah Laku

Punca Pelajar Takut Lapor Kes Buli Dan Salah Laku

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 401 hits
1 Sebelum ini aku pernah tulis tentang Sisi gelap sekolah berasrama yang kebanyakannya berkaitan budaya buli yang berbentuk penderaan fizikal dan juga mental Ia mendapat hampir 3 000 perkongisan di Facebook Aku juga ada tulis 2 artikel susu...
Punca Sudirman Meninggal Dunia

Punca Sudirman Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 2058 hits
Hari ini tarikh 22 Februari genaplah 27 tahun Allahy4rham Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita semua Walapun jas4dnya kini sudah tiada di sisi namun lagu serta pencapaian beliau akan terus dikenang Manakan tidak penyanyi legenda ini perna...
Pindaan Had Umur Mengundi Beri Belia Kuasa Corak Negara Kata Sultan Nazrin

Pindaan Had Umur Mengundi Beri Belia Kuasa Corak Negara Kata Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 226 hits
Pindaan had umur mengundi beri belia kuasa corak negara kata Sultan Nazrin Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada
Punca Orang Tidak Suka Melancong Ke Luar Negara

Punca Orang Tidak Suka Melancong Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 307 hits
Pergi bercuti berjalan jalan dan melancong lebih lebih lagi ke luar negara memang menarik Kita dapat tengok negara orang kenal adat tradisi dan budaya mereka dapat belajar cara hidup mereka dapat merasai makanan mereka merasai suasana baru ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense