Kos Sara Hidup Rendah Jeli Diiktiraf Antara 10 Bandar Paling Bahagia 2019


JELI, 4 Jun (Bernama) — Penduduk Jeli bangga dengan pengiktirafan daerah itu oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2019 melalui PLANMalaysia.
Rozi Zaini, 53, berkata pengiktifaran itu satu hadiah bermakna kepada penduduk daerah itu yang sebelum ini dianggap dan digelar kawasan ‘jin bertendang’.
“Ia satu pemangkin kepada penduduk di sini menjalani kehidupan dalam suasana harmoni dengan pembangunan secara berperingkat yang dibawa ke daerah ini.
“Pengiktirafan itu menunjukkan pentingnya sikap mendekati rakyat oleh agensi kerajaan yang diamalkan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai wakil rakyat di sini, ” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Semalam, PLANMalaysia menyenaraikan 10 Bandar Paling Bahagia 2019 yang dipilih melalui Kajian Indeks Kebahagiaan membabitkan dua bandar yang terletak dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertaraf bandar raya, enam bandar di kawasan PBT bertaraf perbandaran dan dua bandar lagi di kawasan PBT bertaraf majlis daerah.
Ia adalah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Bandaraya Seremban, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Taiping, Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Bentong, MPJ, Majlis Daerah Yan dan Majlis Daerah Jeli.
Kos sara hidup rendah Razi berkata ia turut menjadi pemangkin kepada penduduk di sini untuk terus hidup dalam suasana harmoni di samping meneruskan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian untuk kelangsungan hidup terutamaya berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Boleh kata bahagia di sini, kos sara hidup rendah dan rata-rata penduduk di sini menjalankan aktiviti dan menjadikan sumber pendapatan berasaskan pertanian dan perniagaan,” katanya.
Sementara itu, Syazawan Seman, 28, dari Kampung Gemang berkata ‘kebahagiaan’ daerah itu dapat dilihat dengan pembangunan yang tersusun dan dapat mengekalkan alam semula jadi berbeza dengan daerah lain.
“Tahniah kepada masyarakat, pihak kerajaan dan wakil rakyat di sini yang bertungkus-lumus bagi memastikan kesejahteraan daerah ini sentiasa terjaga walaupun pembangunan di sini dilihat sedikit perlahan,” katanya.
Emir Faizilah Abdullah, 35, dari Ayer Lanas mengucapkan tahniah kepada masyarakat Jeli dengan pengiktirafan itu.
“Sudah tentu sebagai warga daerah itu saya berbangga dengan pencapaian berkenaan yang membuktikan tinggal di kawasan ‘hulu’ turut boleh berbangga dengan cara tersendiri,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Kos Sara Hidup Rendah, Jeli Diiktiraf Antara 10 Bandar Paling Bahagia 2019 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/04/kos-sara-hidup-rendah-jeli-diiktiraf-antara-10-bandar-paling-bahagia-2019/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2019

10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 1033 hits
10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia 2019 diraikan setiap tahun di seluruh dunia pada 20 Mac Sambutan ini bertujuan mengiktiraf hubung kait di antara keseimbangan pembangunan fizikal sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan dan kesejahte...
Sejak Pn Perintah Rakyat Makin Terbeban Dengan Kos Sara Hidup

Sejak Pn Perintah Rakyat Makin Terbeban Dengan Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 431 hits
Rakyat merungut ekoran kenaikan harga barang basah atau keperluan asas yang naik mendadak menjelang Aidilfitri yang bakal tiba Ahli Parlimen PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata dalam keadaan mereka terpaksa menghadapi norma baharu susulan wabak...
Tambahan Rm100 Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa 3

Tambahan Rm100 Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa 3

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 717 hits
Salam semua Ha ni sedikit info yang saya dapat dari blog lain berkenaan tarikh pengkreditan Bantuan Sara Hidup 2020 untuk fasa ke 3 Mengikut kepada laman sesawang rasmi Bantuan Sara Hidup iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri pemohon Bantuan Sar...
11 Perkara Hanya Ibu Ada Anak Kembar Sahaja Merasainya No 6 Antara Paling Sukar

11 Perkara Hanya Ibu Ada Anak Kembar Sahaja Merasainya No 6 Antara Paling Sukar

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 558 hits
Sekiranya anda sedang hamil anak kembar ini adalah sesuatu yang menarik untuk dibaca Membesarkan amanah zuriat pastinya bukanlah tugas yang mudah Namun sekiranya ia memperoleh kerjasama yang baik antara ibu dan ayah pastinya dapat dilalui d...
Antara Rating Paling Teruk Untuk Drama Tahun 2020 Drama Jung Ilwoo Sweet Munchies Hanya Raih 0 5

Antara Rating Paling Teruk Untuk Drama Tahun 2020 Drama Jung Ilwoo Sweet Munchies Hanya Raih 0 5

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 563 hits
Walaupun sudah sampai ke pertengahan cerita tapi nampaknya drama lakonan Jung Il woo Kang Ji young dan Lee Hak joo sepertinya menemui jalan mati dalam usaha untuk meningkatkan ratingnya Sinopsis Sweet Munchies Park Jin sung adalah seorang c...
Disuruh Pilih Siapa Paling Cantik Di Antara Kekasih Lama Lee Hyori Isteri Kim Taehee Jawapan Rain

Disuruh Pilih Siapa Paling Cantik Di Antara Kekasih Lama Lee Hyori Isteri Kim Taehee Jawapan Rain

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 474 hits
Bagi yang tidak mengetahui Rain dan Lee Hyo ri merupakan antara penyanyi solo Korea yang hebat semasa tahun 2000 an Disebabkan oleh populariti dan bakat yang ada ramai yang turut mengenenkan kedua artis ini supaya bercinta Walaubagaimanapun...
Doa Mak Ayah Perlu Ada Dengan Kita Barulah Rumah Tangga Bahagia Hidup Jadi Senang

Doa Mak Ayah Perlu Ada Dengan Kita Barulah Rumah Tangga Bahagia Hidup Jadi Senang

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 373 hits
Perkahwinan yang harmoni adalah apabila ia dilimpahi keberkatan Rumah tangga bahagia juga satu rezeki buat sesebuah pasangan itu Jemput rezeki untuk menghampiri perkahwinan anda dengan mengelak beberapa perkara ini menerusi penulisannya ber...
Permohonan Bantuan Sara Hidup Dan Kecemasan Bagi Mahasiswa Anak Perak

Permohonan Bantuan Sara Hidup Dan Kecemasan Bagi Mahasiswa Anak Perak

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 766 hits
Berita baik untuk mahasiswa anak Perak anda boleh buat permohonan bantuan sara hidup dan kecemasan daripada Yayasan Perak jika anda layak Bantuan Sara Hidup dan Kecemasan ini bertujuan bagi meringankan beban mahasiswa anak Perak khususnya y...
Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pangkah Dengan Bijak Demokrasi Memilih Pemimpin Prn Ke 17 Sabah 2025

Ke Palm Mall La Kita

Ultimate Beef Biryani Recipe By Food Fusion

Berat Turun Dengan Mudah Tanpa Perlu Dipaksa

Final Muzikal Lawak Superstar 2025 Malam Gelak Kudap Kudap Lengkapkan Hujung Minggu Anda

Thanksgiving Mencetuskan Refleksi Pelabur Tentang Masa Depan S P 500