Kos Prn Johor Rm90 Juta Dibazir Untuk Mendengar Cerita Kencing Najib


agendaily.com10/3/2022
RM90 juta kos PRN Johor.
Nyata kos RM90 juta lebih untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sebenarnya bertujuan untuk kestabilan politik seperti yang didakwa UMNO, sebaliknya ia dibazirkan untuk mendengar cerita ‘kencing’ Datuk Seri Najib Razak yang sudah dijatuhi hukuman.

Bayangkan berapa banyak rakyat Johor dapat dibantu dengan RM90 juta lebih daripada dibazirkan untuk mengadakan pilihan raya yang sia-sia kerana yang disajikan adalah penipuan dan manipulasi oleh bekas Perdana Menteri, Najib.

Sejak bermula kempen PRN Johor sehingga tinggal sehari lagi baki berkempen, pemimpin UMNO khususnya bekas Presidennya, Najib hanya bercakap soal dirinya sendiri dan cuba menunjukkan tidak bersalah walaupun realitinya sudah pun berstatus banduan cuma tidak lagi menjalani hukuman penjara.

Dengan kempen selfienya dan menonjolkan diri kononnya masih lagi diterima rakyat di Johor, Najib tanpa segan silu sanggup menipu berhubung kes jenayah dan perbicaraan yang dihadapinya di mahkamah.

Bermula dengan perbahasan di Dewan Rakyat, Najib mengeluarkan kononnya wang rakyat tidak digunakan untuk membayar hutang syarikat pelaburan yang diciptanya sendiri, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kemudiaan cerita dongeng tersebut dijaja sebagai modal politik dalam PRN Johor.

Najib nampaknya sudah hilang kawalan apabila memanipulasi fakta walhal satu dunia mengetahui kes kecurian wang 1MDB tersebut sebenarnya ditanggung oleh kerajaan dan disorok merata-rata pelosok dunia sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah sendiri untuk membawanya pulang.

Tidak ada lagi kemaluan dan keimanan pada Najib apabila sanggup meneruskan penipuan demi penipuan demi kepentingan politik diri sendiri.

Lebih malang, Najib apabila dipanggil Parlimen untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang menyelewengnya baru-baru ini tidak mengendahkan langsung Dewan Rakyat seolah-olah dirinya masih seorang Perdana Menteri (PM) yang mempunyai kuasa untuk bertindak sewenang-wenangnya.

Begitulah sikap Najib semasa menjadi PM sebelum ini, berlagak seolah-olah dirinya berkuasa dan sanggup melakukan apa sahaja sehingga rakyat kena ‘kencing’ hidup-hidup.

Nampaknya semakin jelas PRN Johor yang diadakan kali ini adalah semata-mata demi kepentingan seorang individu yang sudah disabit hukuman dan bukan untuk rakyat Johor, sekiranya perkara ini berterusan tidak mustahil satu lagi pilihan raya umum (PRU) juga akan diadakan demi untuk membebaskan kumpulan Kluster Mahkamah.

Terbaharu, Najib mahu memutarbelit fakta berhubung isu Felda membabitkan penghapusan hutang peneroka dengan mengatakan kononnya ia disebabkan desakan UMNO menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil langkah tersebut.

Peneroka yang dahulu dianggap deposit tetap UMNO dan Barisan Nasional (BN) dibimbangi akan berubah angin, ia menyebabkan Najib terpaksa menyeleweng fakta dengan pelbagai fakta palsu dan tidak tepat.

Najib perlu ingat, dibawah pentadbirannya tidak ada sekali usaha diambil untuk membantu peneroka yang dibelenggu hutang sebaliknya ia semakin bertambah setiap tahun sehingga ada yang tidak lagi mampu membayar hutang mereka.

Penyokong-penyokong Najib membela hujah boss mereka tersebut kononnya peneroka menikmati banyak durian runtuh dan bonus sepanjang pentadbiran BN sebelum ini tetapi realitinya peneroka terpaksa menanggung hutang yang besar akibat daripada penyenaraian FGV dan beberapa pelaburan yang merugikan.

Najib mengajak untuk berbahas, tidak pasti apa lagi yang hendak dibahas dan dikencingnya lagi walaupun hakikatnya Felda rugi saban tahun akibat kecurian dan salah urus tadbir yang berlaku dalam agensi tersebut.

Yang pastinya, kos RM90 juta untuk mengadakan PRN Johor bukanlah seperti yang digambarkan untuk mewujudkan kestabilan politik tetapi lebih untuk membebaskan kumpulan Kluster Mahkamah yang tidak lagi mempunyai masa lebih lama dan hanya menunggu hukuman disebalik tirai besi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/kos-prn-johor-rm90-juta-dibazir-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Utamakan Kempen Prn Johor Daripada Hormati Parlimen Najib Perlu Digantung

Lebih Utamakan Kempen Prn Johor Daripada Hormati Parlimen Najib Perlu Digantung

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 156 hits
Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng menggesa agar Najib Razak digantung daripada sidang parlimen kerana sikap keras kepala dan degilnya Ini selepas bekas perdana menteri itu berkata dia hanya akan menjelaskan skandal 1MDB kepada Dewan Rakyat s...
Mahathir Tak Sepopular Najib Di Prn Johor Tak Perlu Bimbang

Mahathir Tak Sepopular Najib Di Prn Johor Tak Perlu Bimbang

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 480 hits
Tidak ada dendam peribadi di pihak saya terhadap Najib Perlu diingatkan ketika skandal 1Malaysia Development Berhad memuncak adik Najib Tan Sri Nazir sendiri telah datang menemui saya meminta saya lakukan sesuatu kerana wang berbilion telah...
Prn Johor Azmin Cabar Najib Debat 2 X 5 Saja

Prn Johor Azmin Cabar Najib Debat 2 X 5 Saja

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 212 hits
Azmin pejuang felda atau Najib Najib pengkhianat atau Azmin
Prn Johor 2 53 Juta Bakal Mengundi Sabtu Ini

Prn Johor 2 53 Juta Bakal Mengundi Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 160 hits
JOHOR BAHRU Seramai 2 538 606 pengundi akan menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi di 1 021 buah pusat mengundi biasa di seluruh negeri ini pada Sabtu Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Ikmalruddin Ishak berkata serama...
Rm150 Juta Boleh Bantu Rakyat Johor Bukan Membazir Adakan Prn Akmal

Rm150 Juta Boleh Bantu Rakyat Johor Bukan Membazir Adakan Prn Akmal

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 186 hits
BN memberi alasan mengadakan Pilihan Raya Negeri Johor bagi menstabil politik dan memastikan pembelaan ke atas rakyat yang lebih baik Ahli Parlimen Akmal Nasir berkata sekiranya tujuan BN semurni itu maka bajet RM150 juta menganjurkan PRN J...
Najib Digesa Jelaskan Kenyataan Mengelirukan Sekarang Bukan Selepas Prn Johor

Najib Digesa Jelaskan Kenyataan Mengelirukan Sekarang Bukan Selepas Prn Johor

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 174 hits
freemalaysiatoday com March 8 2022 10 35 PMRSN Rayer berkata keputusan Najib Razak menangguhkan jawapan balas menunjukkan beliau enggan memberi sebarang penjelasan kepada Dewan Rakyat KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Najib Razak perlu mem...
Hutang 1mdb Saya Akan Jelaskan Di Parlimen Lepas Prn Johor Najib

Hutang 1mdb Saya Akan Jelaskan Di Parlimen Lepas Prn Johor Najib

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 188 hits
malaysiakini comBekas Perdana Menteri Najib Razak berkata dia akan memberikan penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataannya bahawa hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan wang pembayar cukai selepas pilihan raya negeri Johor selesai B...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini