Kos Perjalanan Rm44 Juta Bukan Pmx Seorang Tapi Seluruh Kabinet

HarapandailyFebruary 24, 2025
OLEH NORMAN RADZUAN
Kos lawatan rasmi PMX sebenarnya hanya RM 13.7 juta
KOS PERJALANAN RM 44 JUTA BUKAN HANYA PMX
Kata Shahidan menghasut rakyat, “…zaman Najib dulu 5 tahun baru RM44 juta. Zaman MADANI setahun je dah RM44 juta”.
Sebab itu saya kata buat penyokong pembangkang, mereka sering di-scam oleh pemimpin mereka. Kadang-kadang kita tengok kesian diperbodoh macam itu sahaja.
Zaman Najib RM44 juta itu hanya untuk lawatan Najib, bukan seluruh Kabinet.
RM44 juta zaman MADANI pula untuk seluruh Kabinet, bukan untuk Anwar sahaja. Mesti kata kerajaan tipu ini… ini akan dijawab oleh pengikut-pengikut yang takut kepada fakta.
Mana tidaknya imam masjid pun tak berani nak baca khutbah pasal fitnah. Sebab itu slogan ‘Ingat fitnah ingat Pas’ sesuai untuk parti ini. Pelik kata Islam tapi kerja adu domba rakyat kepada perkara yang tidak benar.
Mari kita lihat jumlah aktiviti kerajaan MADANI yang melibatkan kos RM44 juta tersebut.
Menteri Luar Negeri: 39 kali lawatan
Perdana Menteri: 19
Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri: 18
Menteri Pelancongan, Seni & Budaya: 15
Menteri Undang-undang & Reformasi Institusi: 12
Menteri Pendidikan Tinggi: 11
Menteri Pertahanan: 10
Menteri Digital: 8
Menteri Dalam Negeri: 8
Menteri Sains, Teknologi & Inovasi: 8
Menteri Sumber Asli & Kelestarian Alam: 8
TPM / Menteri Kemajuan Desa & Wilayah: 7
Menteri Hal Ehwal Agama (JPM): 7
Menteri Komunikasi: 7
Menteri Peralihan Tenaga & Transformasi Air: 6
Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan: 6
Menteri Kesihatan: 5
Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan: 5
Menteri Sumber Manusia: 5
Menteri Pengangkutan: 5
Menteri Ekonomi: 4
Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi: 4
Menteri Kerja Raya: 3
Menteri Pendidikan: 3
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat: 3
Menteri Kewangan Il: 3
Menteri Perladangan & Komoditi: 2
Menteri Perpaduan Negara: 2
Menteri Wilayah Persekutuan (JPM):1
Menteri Belia & Sukan: 1
Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup: 1
Ini faktanya.
Lawatan luar negara bukan sekadar perjalanan rasmi, tetapi langkah strategik membawa masuk pelaburan bernilai berbilion ringgit demi kemajuan negara.
Kos lawatan PMX sejak 2022 hanya RM13.7 juta, jauh lebih rendah berbanding dakwaan tidak berasas.
Hasilnya? Pelaburan RM353.6 bilion (2023) & RM77.58 bilion (2024), termasuk Tesla & AWS.
Kerajaan pastikan lebih strategik & telus, bukan sekadar projek mega berisiko tinggi. Memahami fakta sebenar membantu kita menilai sesuatu isu dengan lebih bijak. Malaysia perlu terus bersaing dalam ekonomi global!
Kos lawatan PMX tidak mencecah RM44 juta seperti
didakwa. Kos sebenar: RM13.7 juta (39 lawatan rasmi sejak 2022).
Berbanding era Najib: RM44 juta (2008-2013)
Zaman PMX hasil pelaburan
2023: RM353.6 bilion
2024 (hingga Mei): RM77.58 bilion
Berapa ROI? Maksud ROI tu mudah faham pulangan kewangan digunakan untuk mengukur keuntungan pelaburan dengan jumlah yang dilaburkan. PMX belanja RM13.7 juta tapi pulangan RM354.6 + RM 77.58 billion.
5,800 kali ganda jadi sebagai ahli perniagaan atau ahli ekonomi berbaloi atau tidak? Jangan jadi paloi kena kasi bodoh-bodoh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/02/kos-perjalanan-rm44-juta-bukan-pmx.html