Kos Memandulkan Kucing



Hari Khamis minggu lepas Mama Yan bawa Oreo pergi buat pembedahan kecil untuk proses pemandulan.Orang sekarang sebut ‘spay’ kalau untuk kucing betina.Oreo ni kucing betina yang Mama Yan ambil dari rumah mak abah kat Raub,Kucing kat rumah mak abah tu dah terlampau banyak, Naik pening Mama Yan tengok,Tu yang Mama Yan rembat sekor yang betina,Ingatkan lepas ambil terus nak bawa ke klinik untuk pemandulan,Tapi, asyik bertangguh je,Akhirnya, Oreo pun dah mula miang atau dalam bahasa pecinta kucing ‘on heat’.Terus la laju laju ke klinik.Malam tu bagi dia makan kenyang kenyang dulu,Sebab nak buat prosedur pemandulan nak kena bius kucingnya,Kucing kena berpuasa dulu supaya takde komplikasi semasa prosesur bius dijalankan.
Proses tak mengambil masa yang lama pun.Mama Yan hantar sekitar jam 9.30 pagi dan ambil sekitar jam 1.30 petang.Masa ambil tu,Oreo masih mamai,Jadi doktor nasihatkan supaya bagi dia makan jam 7 malam.Ini untuk elakkan dia muntah atau tercekik.
Sikit dan kecil aje pun kesan luka pembedahannya.Doktor suruh kurung dalam sangkar sekurang- kurangnya empat hari untuk proses penyembuhan,Tapi hari ke tiga MY dah keluarkan dari sangkar,Tak tahan dengar dia menjerit dalam sangkar tu,Bising betul nak minta keluar.
Harga untuk prosedur spay kucing betina ni, kat klinik yang MY hantar ni sebenarnya RM120 sahaja,Tapi MY kena bayar RM180 pula.Sebabnya,Pertama, tambahan RM30 untuk kucing yang tengah miang,Kedua, tambahan RM30 lagi untuk bius tambahan sebab bius dos biasa tak berkesan dengan dak Oreo ni.Untuk kucing jantan MY tak perasan pula berapa RM.Tapi biasanya,Pemandulan kucing jantan lebih murah daripada kucing betina,
Sebulan dua ni banyak betul MY keluarkan belanja untuk anak bulus kat rumah ni,Aigoo… dah la tak bantu buat kerja rumah,Makanan dia kita sediakan,Taik dia kita cedok buang,Lagi duit klinik dia mahal dari kita… Ni kalau tak reti reti nak doakan mama dia murah rezeki,Memang mama letak korang semua kat pasar tau…
Kita pun bukan saja saja nak mandulkan dia sebab tak suka kucing ke apa. Tapi mandulkan kucing ni ada banyak kebaikannya,Lagipun, Mama Yan tak larat nak jaga banyak banyak,Kita ni hidup berjiran,Walaupun kita sediakan pasir, makan minum yang cukup,Kadang kadang dia merayau juga ke rumah jiran jiran,Cari apa pun tak tau.kalau banyak banyak sangat memang susah la nak kawal nanti.
Lagi satu,Bila rumah kita ada kucing betina,Maka bertandanglah kucing kucing jantan dari segenap pelosok kampung untuk mengurat,Siap kucing kucing jantan tu berentap pula kat laman rumah ni,Padahal dua dua jantan tu tak laku pun sebab kucing kucing Mama Yan ni dah dimandulkan.
Antara kebaikan pemandulan kucing adalah:
- Kurangkan sifat agresif ketika miang
- Mengurangkan risiko kecederaan disebabkan pergaduhan 
- Mengurangkan masalah memancut kencing dan menanda 
- Mengurangkan risiko menghidapi barah 
- Mengurangkan risiko nanah dalam rahim (pyometra) 
- Mengurangkan populasi kucing terbiar 
- Meningkatkan jangka hayat kucing antara tiga hingga lima tahun 
- Kucing menjadi lebih manja dan sihat- Mengurangkan risiko jangkitan penyakit akibat luka gigitan - kucing tidak merayap keluar dari rumah untuk mencari pasangan
Bulan depan Ankun pula kena nak kena operasi pemandulan. Ready Ankun..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2024/04/kos-memandulkan-kucing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel Kucing Penuh Seawal Ramadan

Hotel Kucing Penuh Seawal Ramadan

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 312 hits
Seorang kakitangan Catzonia bermain dengan kucing PETALING JAYA Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menjelang Aidilfitri Catzonia juga tidak menang tangan menerima tempahan hotel kucing seawal Ramadan Pengurus Cawangan Catzonia Nor As...
Ubat Selsema Kucing Dan Tips Jaga Kucing Selsema Di Rumah

Ubat Selsema Kucing Dan Tips Jaga Kucing Selsema Di Rumah

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 377 hits
Adakah anda sedang mencari ubat selsema kucing Seperti manusia kucing juga boleh alami selsema dan cenderung untuk berjangkit ke kucing lain Kasihan tengok si comel hidung dan matanya asyik berair Jadi dalam artikel ini kami ingin kongsikan...
12 Jenis Ubat Kutu Kucing Yang Berkesan

12 Jenis Ubat Kutu Kucing Yang Berkesan

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 553 hits
Adakah anda sedang mencari ubat kutu kucing Memang kasihan tengok si comel asyik tergaru garu Kalau dibiarkan kucing boleh jadi tidak selesa dan jatuh sakit Jadi apakah ubat kutu yang boleh digunakan bagi mengatasi kutu Ayuh kita semak bebe...
Packing Barang Kucing Kesayangan

Packing Barang Kucing Kesayangan

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 256 hits
AssalamualaikumBismillahSebenarnya dah nak masuk 4 bulan rumah nie sunyi tiada kucing Aku dah lepaskan semua kucing kesayangan aku kat orang since aku balik Sabah bulan 12 tahun lalu nbsp The reasons aku terpaksa lepaskan kerana tiada orang...
Makanan Kucing Homemade Murah Dan Menjimatkan

Makanan Kucing Homemade Murah Dan Menjimatkan

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 348 hits
Tahukah anda kucing boleh mengalami kerosakan buah pinggang sekaligus menyebabkan kencing berdarah kerana kerap diberi makanan jenis snack atau dikenali sebagai timbang kilo Demi penjimatan mari kita cuba buat makanan homemade untuk si bulu...
Ankun Kucing Kurang Upaya

Ankun Kucing Kurang Upaya

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 291 hits
Kucing Mama Yan dah ada nama Adik Mijan bagi nama Ankun Jangan tanyalah apa bendanya Ankun tu Budak Mijan ni main hembus aje Oh ya kena baca dulu kisah budak Ankun ni kat sini Ni masa mula mula lepas operation buang kaki Ankun Susah nak jag...
Sadis Demi Konten Dua Pemuda Siksa Kucing Dan Buang Ke Laut

Sadis Demi Konten Dua Pemuda Siksa Kucing Dan Buang Ke Laut

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 357 hits
Kedua pelaku merupakan warga Kecamatan Pakis Aji sekaligus karyawan swasta serta pelajar
Tengku Permaisuri Selangor Dukacita Kaedah Urus Kucing Terbiar

Tengku Permaisuri Selangor Dukacita Kaedah Urus Kucing Terbiar

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 157 hits
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini menzahirkan rasa duka cita berhubung perkembangan terbaru mengenai operasi penangkapan anjing berkeliaran di Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bertitah baginda amat tidak ...
Rayuan Makcik Kepada Pm Menyorot Kesusahan Kos Sara Hidup Di Malaysia

Rayuan Makcik Kepada Pm Menyorot Kesusahan Kos Sara Hidup Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 306 hits
KOS HIDUP yang semakin meningkat terus membebankan rakyat kerana laporan berkaitan kenaikan harga di bazaar Ramadan yang berbeza beda terus muncul baru baru ini Syukurlah seorang makcik berani di Arau Perlis tidak menahan diri dan menghadap...
Peranan Penting Rekod Pergigian Dalam Pengecaman Forensik

How Ai Agents Will Transform E Commerce In 2025 What Every Online Entrepreneur Must Know

Delicious Topside Beef Cubes Recipe

Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Puluhan Kenderaan Dihempap Simen Konkrit

Cheese Tart Untuk Adik

Ferrari Elettrica Didedahkan Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1 000hp

77 Tahun Tragedi Hitam Deir Yassin Palestin Kejam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lnw365 19 Lnw365 Top 34 By Tim

Telekung Hadiah Ga Dah Sampai

How Trex Decking Near Me Is Redefining Durability For Outdoor Living

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Amaran Tsunami Turut Dikeluarkan Di Sulawesi Utara Papua