Kos Kami Tidak Sedikit Kata Persatuan Penternak Berhubung Harga Telur Ayam Mahal


Robin Augustin Persekutuan penternak berkata, anggotanya bersikap telus dan tidak menyembunyikan apa-apa. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Persatuan terbesar mewakili industri ternakan mengalu-alukan siasatan berhubung dakwaan tentang kewujudan kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca kenaikan harganya sejak kebelakangan ini.

Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) berkata, anggotanya bersikap telus dan tidak menyembunyikan apa-apa.

“Jika ada pihak yang mahu menyiasat, silakan, kami kita menyembunyikan apa-apa,” kata presiden FLFAM, Datuk Jeffrey Ng kepada FMT.

Beliau berkata, penternak berhadapan cabaran kos operasi lebih tinggi dan juga kos pematuhan peraturan.

Katanya, harga perlu “adil”, selain menambah bahawa murah dan mahal adalah istilah yang subjektif

“Jika pengguna tidak boleh menerima harga adil, industri tempatan akan kecundang dan itu akan memberi kesan ke atas keselamatan makanan kita. Akibatnya kita perlu bergantung pada import.

“Cuba bersikap adil, dan fahami kos yang terpaksa ditanggung serta cabaran dihadapi penternak.”

Beliau berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan, standard peraturan mengenai kesihatan dan alam sekitar yang perlu dipatuhi penternak adalah lebih tinggi.

Peraturan gaji minimum juga katanya, meningkatkan kos perniagaan.

Ng berkata, dalam tempoh 2 dekad, kenaikan harga telur adalah minimum, iaitu tidak sampai 50% berbanding barangan makanan lain.

“Bergantung kepada penawaran dan permintaan, harga kadang-kadang naik dan pada masa lain, turun.

“Apabila harga telur jatuh, penternak tidak pula bising,” kata Ng.

Harga telur dilaporkan meningkat lebih 10 sen sejak 2 bulan lepas.

Usahawan runcit terkenal, Datuk Ameer Ali Mydin mencadangkan supaya kerajaan menguatkuasakan pengharaman sementara eksport barangan perlu apabila bekalannya berkurangan.
Bagaimanapun seorang pakar ekonomi dari sebuah badan pemikir menolak cadangan itu.

Carmelo Ferlito dari Institut Demokrasi dan Hal-ehwal Ekonomi berkata, pasaran ayam-itik lebih tidak stabil berbanding komoditi lain, justeru faktor penawaran dan permintaannya akan mencapai keseimbangan baru dengan cepat.

Beliau berkata, keadaan ini berbeza berbanding sesetengah produk pertanian yang bekalan jangka panjangnya boleh dipengaruhi oleh faktor cuaca, misalnya.

Beliau juga berkata, kesan campur tangan kerajaan adalah perlahan kerana sifat turun-naik pasaran ayam-itik.

“Jika eksport telur dan ayam-itik dihentikan untuk sementara, maka langkah itu akan menyakitkan pengusaha tempatan semata-mata kerana anda mahu menurunkan sedikit harga untuk pengguna tempatan,” katanya.

“Lebih baik pasaran dibuka kepada pengeluar asing supaya pengeluar tempatan boleh menyesuaikan bekalan mereka bagi memenuhi permintaan, dan pada masa sama mewujudkan persaingan dengan pengeluar asing. Ini akhirnya akan menguntungkan pengguna”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/kos-kami-tidak-sedikit-kata-persatuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Import Makanan Ayam Antara Punca Harga Telur Naik Kata Menteri

Import Makanan Ayam Antara Punca Harga Telur Naik Kata Menteri

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 404 hits
Import makanan ayam antara punca harga telur naik kata menteri Dikemas kini 30 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 16 De
Harga Telur Turun 2 Sen Belum Puaskan Hati Pengguna Kata Fomca

Harga Telur Turun 2 Sen Belum Puaskan Hati Pengguna Kata Fomca

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 379 hits
PETALING JAYA Gabungan Persatuan persatuan Pengguna Malaysia berkata langkah kerajaan menurunkan harga telur ayam setiap gred sebanyak 2 sen susulan lonjakan 10 sen baru baru ini belum memuaskan hati pengguna Timbalan Presiden Fomca Mohd Yu...
Kartel Punca Harga Telur Menjadi Mahal

Kartel Punca Harga Telur Menjadi Mahal

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 478 hits
PUTRAJAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan menyiasat sama ada kewujudan aktiviti kartel menyebabkan harga telur meningkat secara konsisten pada setiap minggu sejak beberapa bulan lepas Menterinya Saifuddin Na...
Harga Maksimum Telur Ayam 44 Sen Sempena Krismas

Harga Maksimum Telur Ayam 44 Sen Sempena Krismas

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 572 hits
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Mohd Roslan Mahayudin diiringi Pengarah Eksekutif de Market Khor Hui Sin melihat harga barang barang asas keperluan semasa membuat tinjauan sempena Pela...
Harga Barang Makanan Akan Lebih Mahal Tahun Depan Kata Aktivis Pengguna

Harga Barang Makanan Akan Lebih Mahal Tahun Depan Kata Aktivis Pengguna

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 460 hits
December 23 2018 8 06 AMHarga barang keperluan yang mahal kekal sebagai isu utama dalam kalangan pengguna PETALING JAYA Pengguna perlu membayar lebih banyak untuk barang makanan tahun depan berikutan ekonomi yang lembab disebabkan kelemahan...
Survei Bi Inflasi Awal Desember 0 3 Persen Dipicu Naiknya Harga Telur Ayam Ras

Survei Bi Inflasi Awal Desember 0 3 Persen Dipicu Naiknya Harga Telur Ayam Ras

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 333 hits
Yang naik di minggu pertama secara mtm telur ayam ras 8 5 persen bawang merah 6 6 persen wortel 11 6 persen kacang panjang 7 1 persen Yang agak turun ikan ikanan isi kutipan survei BI
Prestasi Cemerlang Pakatan Harga Telur Turun 2 Sen

Prestasi Cemerlang Pakatan Harga Telur Turun 2 Sen

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 392 hits
Kerajaan memberi jaminan harga telur ayam yang sebelum ini mengalami kenaikan ketara kembali stabil bermula hari ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata harga telur ayam setiap gred akan kembali diturunkan...
Kos Ternak Ayam Meningkat Lepas Ph Perintah Flfam

Kos Ternak Ayam Meningkat Lepas Ph Perintah Flfam

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 315 hits
Persatuan terbesar mewakili industri ternakan mengalu alukan siasatan berhubung dakwaan tentang kewujudan kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca kenaikan harganya sejak kebelakangan ini Persekutuan Pers...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara

Emas Sasarkan Rekod Tertinggi

Rindu Yang Diam Diam Berdoa