Kos Ecrl 132b Propaganda Kerajaan Dap Ph Najib


Kos ECRL bernilai RM55 bilion benar-benar boleh mencapai RM130 bilion seperti didakwa PH hari ini JIKA semua syarat-syarat berikut dipenuhi:
a) Kadar faedah pinjaman dari EXIM Bank ialah 7% setahun untuk 20 tahun.
RM55b X 7% X 20 tahun = RM77b
RM55b (pokok) + RM77b (faedah) = RM132b.
Tetapi, kadar faedah sebenar adalah 3.25% (bukan 7%) seperti dalam surat pinjaman yang kerajaan BN dahulu telah persetujui.
Dan..
b) Semua dana RM55 bilion dipinjam dan diguna sekaligus pada hari pertama.
Ini mustahil kerana dana dari pinjaman untuk projek pembangunan hanya akan disalurkan secara berperingkat mengikut tahap pembinaan;
Dan..
c) Tidak ada satu sen dari RM55 bilion ini dibayar balik secara ansuran untuk mengurangkan pokok atau principal pinjaman selama tempoh 20 tahun ini.
Ini juga mustahil kerana syarat pinjaman yang ditetapkan dari EXIM bank ialah ECRL mula membayar balik principal pinjaman secara beransuran selepas ECRL mula beroperasi iaitu pada tahun ke-7;
Dan..
d) ECRL tidak menjana satu sen hasil dari penumpang atau kargo selepas mula beroperasi pada tahun ke-7;
Dan..
e) Kerajaan tidak mendapat satu sen hasil dari sebarang cukai termasuk GST, cukai kiorporat, cukai tanah, cukai peribadi, duti setem yang akan dikutip dari kontraktor, pembekal dan pekerja untuk projek ECRL ini atau dari kenaikan KDNK yang dijana oleh projek ini.
Dan..
f) Tidak ada sebarang kenaikan nilai tanah dan harta akan berlaku di lokasi-lokasi berhampiran dengan 22 stesen ECRL yang akan menguntungkan kerajaan.
Jika SEMUA syarat-syarat “a” sehingga “f” dipenuhi, baru betul kos ECRL boleh mencapai RM130 bilion seperti diumumkan oleh kerajaan PH hari ini.
Kos RM130 bilion ini adalah satu lagi propaganda menipu dari PH untuk memburukkan kerajaan BN dahulu, seperti “kewayangan” hutang RM1 trilion mereka.
PH tipu untuk menang.
Selepas menang, mereka terus menipu.
PH tidak akan teragak-agak untuk menipu, tidak kira di mana – termasuk di dalam Dewan Rakyat.
Selepas menang, PH kata kos sebenar ialah RM81 bilion.
Selepas itu dinaikkan ke RM110 bilion.
Hari ini jadi RM130 bilion pulak.
Walaupun PH sering tuduh kos ECRL sebenar hanya RM30 bilion dan BN terlebih bayar, mereka tak pernah memberi sebarang bukti.
Saya pernah tanya PH sekurang-kurangnya 10 kali termasuk di dalam Dewan Rakyat untuk mendedahkan mana-mana laporan yang sebut kos ECRL hanya RM30 bilion dan juga untuk mengeluarkan laporan feasibiliti ECRL yang menunjukkan projek ECRL untung untuk negara.
Namun tidak pernah sekalipun mereka menjawab. Terus membisu.
Sebenarnya, angka RM30 bilion itu adalah kajian dibuat pada 2009 dan hanya untuk jarak 545km sahaja. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 688km apabila BN melancarkan projek itu pada tahun 2016.
Jajarannya juga berubah untuk menjadi lebih efisien dan mengelak dari pengambilan terlalu banyak tanah rakyat serta rumah mereka dan ia turut memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa.
Najib Razak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/03/20/kos-ecrl-132b-propaganda-kerajaan-dap-ph-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Jimat Kos Nyawa Rakyat Taruhan Rejim Ph Dap

Nak Jimat Kos Nyawa Rakyat Taruhan Rejim Ph Dap

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 372 hits
Video Pencemaran Toksid Nak jimat kos nyawa rakyat jadi taruhan rejim Pakatan Harapan DAPSisa Toksid Johor Pencemaran Pakatan Harapan Pencemaran Toksid Pasir Gudang Rupanya sisa toksid dah dijumpai tetapi pihak berwajib tak melupuskan sebab...
Kerajaan Dap Pulau Pinang Jangan Lepas Tangan

Kerajaan Dap Pulau Pinang Jangan Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 386 hits
Kerajaan negeri tidak boleh bersikap lepas tangan dalam isu pengusiran 22 penyewa Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis Georgetown semalam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pengusiran penyewa penyewa t...
Kerajaan Ph Johor Tidak Bersihkan Sisa Pencemaran Kerana Kos Yang Tinggi

Kerajaan Ph Johor Tidak Bersihkan Sisa Pencemaran Kerana Kos Yang Tinggi

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 291 hits
IPOH Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Mohammad Hamdan Wahid menegur tindakan kerajaan yang membenarkan sekolah sekolah di kawasan yang dicemari gas toksik di Pasir Gudang Johor Khamis lalu dibuka semula ketika sisa...
Kos Baru Ecrl Sudah Ada Dalam Fikiran Dr Mahathir

Kos Baru Ecrl Sudah Ada Dalam Fikiran Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 273 hits
MALAYSIAKINI Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian kerajaan untuk meneruskan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur tetapi dengan syarat jika kos ideal dapat dipersetujui oleh Malaysia dan China Semasa wawancara bersama ...
Najib Menangis Sedih Salahkan Kerajaan Ph Punca Pelajar Um Tiada Duit Untuk Makan Dikecam Netizen

Najib Menangis Sedih Salahkan Kerajaan Ph Punca Pelajar Um Tiada Duit Untuk Makan Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 528 hits
Semalam Berita Harian menyiarkan laporan eksklusif mengenai Siswa miskin ikat perut sebilangan pelajar di Universiti Malaya di mana ada yang makan sekali sehari kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan k...
Rome Statute 6 Soalan Buat Kerajaan Pakatan Harapan Dap

Rome Statute 6 Soalan Buat Kerajaan Pakatan Harapan Dap

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 328 hits
https i0 wp com pakdin my wp content uploads 2019 03 20190318 rome statute pakatan harapan jpg fit 600 2C400 ssl 1Malaysia dilaporkan telah menandatangani Rome Statute 5 hari yang lepas Rome Statute ini adalah perjanjian antarabangsa yang m...
Aset Pnb Pula Jadi Mangsa Kerajaan Ph Dahaga Wang Sangat Ke Sekarang Soal Najib

Aset Pnb Pula Jadi Mangsa Kerajaan Ph Dahaga Wang Sangat Ke Sekarang Soal Najib

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 507 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terus mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang hanya tahu menjual aset aset kerajaan sebagai jalan mudah mendapatkan hasil pendapatan Bidasnya adakah kerajaan PH terlalu dahaga kan wang dengan men...
Agong Bertitah Agar Rakyat Terus Yakin Dengan Kerajaan Dalam Usaha Kurangkan Kos Sara Hidup

Agong Bertitah Agar Rakyat Terus Yakin Dengan Kerajaan Dalam Usaha Kurangkan Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 340 hits
Masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat pada ketika ini mendapat perhatian Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang bertitah agar rakyat untuk terus memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada ke...
Niat Cara Solat Jamak Taqdim Takhir

Bukti Vaksin Bukan Penyebab Autisma Autisme

Teka Teki Kanak Kanak Maksud Contoh Teka Teki Menarik

Doa Bulan Rejab Dan Tarikh Puasa Sunat Rejab 1446h 2025

Top 100 Chord Lagu Tahun 2024

Pemuda Pas Perlis Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Dap

Filem Soloz Game Of Life

Wallpaper Ucapan Selamat Datang Tahun 2025 Untuk Posting Di Sosial Media


echo '';
Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian


Doa Malam 1 Rajab

8 Makanan Viral Di Malaysia Sepanjang 2024 Dah Pernah Cuba Tak

Terima Kasih 2024 Selamat Tahun Baru 2025

Novia Bachmid Get It Wrong Chord

Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2024

Face Verification Verify Oleh Manusia Bukan Apps