Koronavirus Sabah Henti Penerbangan Ke Wuhan


Bernama2 pelancong memakai penutup hidung dan mulut sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu berikutan penularan wabak koronavirus. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU: Semua penerbangannya dari Sabah ke Wuhan, China dihentikan berikutan wabak novel koronavirus (2019-nCoV) yang melanda wilayah berkenaan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew.

Beliau berkata setiap minggu terdapat 14 penerbangan ke Wuhan, China dan penerbangan itu akan beroperasi semula apabila wabak koronavirus dapat diselesaikan.

“Hanya penerbangan ke Wuhan dihentikan dan penerbangan ke wilayah lain di China masih berjalan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat negeri Sabah, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin bersama isteri Norlidah RM Jasni dan Ketua Menteri, Mohd Shafie Apdal bersama isteri, Shuryani Shuaib.

Ditanya sama ada wabak berkenaan menjejaskan kehadiran pengunjung atau pelancong ke Sabah, Christina berkata tidak dinafikan bahawa wabak berkenaan menjejaskan kehadiran pelancong khususnya daripada China.

“Untuk tahun ini kita belum meletakkan sasaran kehadiran pelancong kerana kita menghadapi cabaran bermula awal tahun apabila adanya wabak koronavirus dan saya akan mengadakan perbincangan dengan Lembaga Pelancongan Sabah mengenai perkara itu sebelum ia diumumkan,” katanya.

Sementara itu, Shafie berkata kerajaan Sabah melaksanakan beberapa langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan wabak koronavirus, khususnya pemeriksaan kesihatan kepada individu yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

“Kita bukan sahaja membuat pemeriksaan kepada pelancong… kita juga buat pemeriksaan terhadap rakyat kita yang baru balik dari melancong. Kita tidak tahu dari mana mereka melancong, oleh itu mereka juga harus mendapatkan pemeriksaan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai beberapa hotel di Sabah mengeluarkan larangan memakai penutup mulut kepada pekerjanya untuk menjaga hati pelancong, Shafie berkata pihaknya akan melihat perkara itu.

“Apa yang penting adalah menjaga di pintu masuk Sabah. Namun saya akan melihat isu ini dan saya yakin tidak semua hotel mengeluarkan arahan itu. Kita akan bekerjasama erat dengan kementerian kesihatan untuk membendung masalah ini,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/koronavirus-sabah-henti-penerbangan-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penerbangan Sabah Ke Wuhan Dihentikan

Penerbangan Sabah Ke Wuhan Dihentikan

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 492 hits
KOTA KINABALU 1 Jamadilakhir 1441H Ahad Semua penerbangan dari Sabah ke Wuhan China telah dihentikan berikutan wabak 2019 Novel Koronavirus yang melanda wilayah berkenaan kata Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk C
Koronavirus Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Kunjungi Wuhan

Koronavirus Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Kunjungi Wuhan

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 527 hits
PUTRAJAYA 23 JAN Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan perjalanan tidak penting ke Wuhan China serta lain lain kawasan yang mungkin terjejas dengan penularan jangkitan koronavirus Wisma Putra dalam satu kenyataan b...
Terkini Keputusan Ujian Satu Kes Disyaki Koronavirus Di Sabah Disahkan Negatif

Terkini Keputusan Ujian Satu Kes Disyaki Koronavirus Di Sabah Disahkan Negatif

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 598 hits
Keputusan ujian makmal ke atas seorang pesakit yang disyaki dijangkiti coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019 nCOV di sebuah hospital di Sabah adalah negatif Keputusan terbaharu itu menjadikan keempat empat kes disyaki dijangkiti 201...
Datuk Bandar Wuhan Mengaku Sembunyi Maklumat Koronavirus

Datuk Bandar Wuhan Mengaku Sembunyi Maklumat Koronavirus

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 569 hits
BEIJING Datuk Bandar Wuhan mengaku pentadbirannya menyembunyikan maklumat mengenai koronavirus kepada orang ramai Zhou Xianwang berkata pasukannya tidak mendedahkan maklumat tentang situasi tersebut pada waktu sepatutnya Kami juga menyaksik...
Imbas Virus Corona Malindo Air Tutup Sementara Penerbangan Dari Dan Ke Wuhan

Imbas Virus Corona Malindo Air Tutup Sementara Penerbangan Dari Dan Ke Wuhan

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 432 hits
Anggota Lion Air Group Malindo Air secara resmi mengumumkan penghentian atau pembatalan sementara penerbangan internasional pergi pulang rute Kuala Lumpur Malaysia ke Wuhan China hingga pemberitahuan lebih lanjut
Kkm Siasat Kes Pelancong China Suspek Koronavirus Di Sabah

Kkm Siasat Kes Pelancong China Suspek Koronavirus Di Sabah

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 591 hits
Astro Awani Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kes itu belum dapat disahkan dan pihaknya akan menyiasat perkara berkenaan Gambar fail BERNAMA KOTA KINABALU Kementerian Kesihatan Malaysia masih menyiasat berhubung kes seoran...
Tindakan Bijak Airasia Batalkan Semua Penerbangan Wuhan China

Tindakan Bijak Airasia Batalkan Semua Penerbangan Wuhan China

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 391 hits
Ini tindakan yang sangat bijak dari AirAsia tanpa mengira untung rugi apabila telah mengumumkan pembatalan semua penerbangan dari Kota Kinabalu Bangkok dan Phuket ke Wuhan China dari sekarang sehingga 28 Januari ini Keputusan ini diambil Ai...
Sabah Gantung Semua Penerbangan Dari China Berkuat Kuasa Serta Merta

Sabah Gantung Semua Penerbangan Dari China Berkuat Kuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 524 hits
KOTA KINABALU Dengan kebimbangan serius terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat Kerajaan Negeri Sabah telah memutuskan untuk menggantung sementara semua penerbangan yang dijadualkan dari China ke Sabah berkuat kuasa serta merta sehingga...
Selepas 2 Kes Koronavirus Giliran Itali Dilapor Gantung Penerbangan Dari Ke China

Selepas 2 Kes Koronavirus Giliran Itali Dilapor Gantung Penerbangan Dari Ke China

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 1401 hits
Selepas 2 Kes Koronavirus Giliran Itali Dilapor Gantung Penerbangan Dari Ke China Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte mengumumkan semua penerbangan dari China dihentikan bagi mengelakkan penyebaran wabak koronavirus lapor CNN Kami mempunya...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd