Korea Trip Day 1 Busan Taejongdae Nampo Jagalchi Market Gukje Market
Backpack Korea 8 hari dengan bajet RM 1500 cover Busan, Seoul dan Gapyeong (Nami Island).
RM 1500 dah termasuk Tiket penerbangan pergi balik, Hotel di Busan dan Seoul, pengangkutan keretapi dari Busan ke Seoul pergi balik, segala entrance fees dan pengangkutan sepanjang di sana 💕
Sesiapa nak itinerari untuk trip ini boleh baca di :
Missdae Itinerary Korea
Sesiapa nak baca summary keseluruhan trip, boleh baca di :
Backpack Korea 8 hari RM 1500
********
Day 1 📍Taejongdae, Nampo, Jagalchi market, Gukje market
KLIA 2 - Gimhae Airport Busan
Trip kali ni dae bawak 3 orang bersama dae untuk ke Korea! Yahoooo.
Of course, kalau nak travel benda apa paling penting sekarang ni?? Mesti lah internet! Yes, internet sekarang ni sangat penting dan nasib baik ada Roamingman tau! So bolehlah kita stay connected sepanjang trip kita di luar negara!
Korang boleh dapatkan Roamingman pocket wifi di KLIA dan KLIA 2 di departure hall. Sangat mudah!
Selepas pickup pocket wifi saya, saya pun ke pintu gate. Flight kami malam pada waktu itu, which is just nice la sebab nanti akan sampai di Korea pagi. Jimat hari kita hihi.
SubhanaAllah, cantiknya pemandangan matahari terbit.
Disebabkan nak pergi Korea kan, jadi order pun makanan korea la kononnya hihihi. Ni nama dia Kimchi Beef Fried Rice. Sedap tapi mungkin tak semua orang boleh menerima sebab dia cam masam-masam sikit.
Yang ini pula tak ingat la nama dia apa, tapi memang akan ada untuk semua flights yang terbang ke korea. Nama makanan pun korean gituu.
Tiba di Gimhae international airport, korang kena isikan Traveller Declaration Form. Ini untuk mengisi sedikit maklumat berkenaan your stay in korea dan apa yang ada di dalam bag korang tu.
Selepas dah urus semua immigration, passport control gedebak gedebuk itu ini, akhirnya we are here in Korea!!!!
Of course benda pertama korang nak kena beli ialah....
T Money! T Money ni sama fungsi macam TouchnGo kita. Boleh digunakan untuk segala subway, metro, bus semualaaa hihi
Korang boleh pergi ke 7E yang terdapat di arrival hall. Comel kad dia!!
💰 Beli T Money 4000 won💰 Topup T Money 20000 won
So bila dah beli T Money, maka it's time to make a move. Ecewah! So dari Gimhae airport untuk ke bandar Busan, korang boleh menaiki Light Rail (lebih kurang macam LRT / Metro)
So korang ikut je signboard tu.
Light rail ni berada di luar airport, but don't worry ikut je signboard, in sha allah sampai.
Taddaaaa dah sampai di Busan Gimhae Light Transit
Maka, peminat BTS pastinya akan menggila di sini sebab mereka ada di mana-mana! Haha kuat betul impact BTS ni tauu!!
Ini lah Light Rail diorang..
So dari Gimhae ariport, kami akan ke Guest House kami iaitu Kimchee Downtown Guest House yang terletak di Beomnaegol station. Boleh download apps Metro Busan di app store atau Google Play.
Di bawah ini contoh I dah screenshot kan perjalanan kitorang. Boleh ikut je :)
Cara-cara untuk ke Kimchee Downtown Guesthouse dari Gimhae International Airport Busan
🚝 1. Naik lrt from Gimhae airport ke Beomnaegoul station
2. Dah tiba di station Beomnaegol, keluar di exit 8 untuk ke hostel.
3. Keluar dari exit 8 dan jalan je straight
4. Masuk ke kanan pada simpang pertama yang korang nampak
5. Jalan straight sampai nampai simpang tiga dan masuk ke simpang ke kiri di simpang tiga tu.
6. Jalan straight dan korang akan nampak papan tanda Kimchee Guesthouse Busan
Yeayyy sampai!
12.45 Selepas dah tiba di guest house, kami pun meninggalkan bag untuk bertolak ke Taejongdae park by lrt
Cara-cara untuk ke Taejongdae Park dari Kimchee Downtown Guest House :
🚝 Naik train dari Baomnaegoul station ke nampo station
🚌 Sampai di Nampo station, keluar di exit 6 dan ambil bas nombor 8 yang betul2 depan kedai mini market untuk ke Taejongdae Park.
Dah alang-alang berada di kedai mini market, maka sila beli susu banana yang sedap gila tu tauuuuu hihi
Betul-betul di hadapan market tu, korang akan nampak bus stop. Boleh tunggu bus yang bernombor 8, 33 atau 88. Semua tu hala tujunya satu, ke jalan yang benarrrr, iaitu Taejongdae Park. Hahaha
Dah naik bas, ikut korang la nak TET (touch kan card tu) semasa masuk atau keluar dari bas. Macam sama je. Haha Taejongdae last stop. So don’t worry.
Dari bus stop kena menapak sikit dalam 2-5 minit depending on your speed. Hahaha. Korang jalan je menuju ke atas bukit tuu.
Nak explore masuk ke Taejongdae free je. Cuma antara rajin atau tak je. Kalau rajin, boleh la jalan kaki. Kalau tak rajin boleh naik scenic train dia yang bernama danubi train. Harga 3000 won je untuk pusing Taejongdae.
Harga 3000 won je untuk pusing Taejongdae dengan menaiki Danubi train.
Lepas dah bayar, korang akan dapat resit tau. Dan di bawah sekali akan ada nombor train korang. Macam tu, kitorang punya nombor 30. So korang tunggu la sampai train nombor 30 sampai..
Haa ni pamplet dia dan apa yang korang boleh buat di sini.
Ini merupakan perjalanan dan station yang Danubi train ni akan singgah. Kalau korang tak banyak masa, boleh terus pergi ke Light House je sebab tu spot yang paling cantik la.
Comel kan Danubi train niiii
1st stop is : Observation Deck
So ini ialah observation deck nya. Boleh naik, it's free!
Pemandangan dari atas. Cantikkk
Diatas observation deck tuuuu
Bergambar dulu berempatttt..
2nd stop is : Light House.
Haa stop ni korang WAJIB turun yeeee.
Cantik kannn. Korang boleh naik atas light house tu kalau rajin.
Cantik sangat!!
3rd stop is : Taejongsae Temple. Since kitorang dah penat naik turun tangga di light house tu, maka kami pun dah termampu nak ke temple dah haha. So kitorang naik train untuk ke starting point tadi semula sebab nak balik dahh haha
Best Taejongdae. Cantik sangat! Berbaloi pergi.
So untuk kembali ke pangkal jalan, korang kena la ke bus stop semula.
🚌 Dah habis pusing, tunggu bas di opposite bus stop masa datang tadi. Bus fare pergi balik 1200 won (T Money).
Naik bas dan off we go ke Nampo station (tempat masa kita mula2 sampai yang ada mini market tu)
Walaupun kita turun di Nampo, tempat yang mini market tu, tapi this time, kita akan diturunkan di seberang mini market tu (berhadapan Lotte Mart)
Dari station Nampo Dong, kami pun berjalan kaki ke Jagalchi market sebab dah dekat. Then jalan sekitar Gukje market.
Macam-macam ada yallssss.
Besar gilakkkk ketam diaaa.
From Jagalchi market, kami pun ke Busan International Film Festival (BIFF Square) untuk tengok street food yang best2.
BIFF square ni cam lebih kurang Myeongdong di Seoul la. Macam-macam hadooo.
Lepas dah tengok street food di BIFF square, kitorang cam teringin nak makan kat restoran yang berada di Jagalchi market tadi je. Macam tak kenyang la pulak makan street food je aaa gittew la kononnya hahaha.
So kitorang pun makan malam di salah sebuah restoran seafood di Jagalchi tadi. Makan grilled fish. Sedap!
Banchan (side dish) boleh refill berjuta kali!
Lepas dah makan kenyang maka mengantukla mata. So marila kita tidurrrrrrrr.
Sekian sahaja untuk harini.. Bersambung esok ..
*********************
Boleh baca travel log saya yang lain sepanjang di Korea :
1. Itinerari dan Bajet di Korea RM 1500 8 hari cover Busan, Seoul, Gap Yeong (Nami Island)
2. Itinerari PDF Korea RM 1500 8 hari cover Busan, Seoul, Gap Yeong (Nami Island)
3. Korea Trip Day 1 : Busan; Taejongdae, Nampo, Jagalchi market, Gukje market
4. Korea Trip Day 2 : Busan; Gamcheon Cultural Village, Masjid Al Fatah, Haeundae Beach
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missdae.com/2019/02/korea-trip-day-1-busan-taejongdae-nampo.html