Korban As Terkini Melebihi Korban Tragedi 9 11 Membimbangkan
Data terbaharu merekodkan jumlah kes positif COVID-19 secara kumulatif di Amerika Syarikat adalah 163,479. Foto - REUTERS.
Angka kematian COVID-19 di AS melebihi korban tragedi 9/11
WASHINGTON: Penularan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) semakin membimbangkan apabila sekurang-kurangnya 565 kematian baharu dicatatkan pada Isnin iaitu angka tertinggi bagi tempoh 24 jam.
Angka itu menjadikan jumlah kematian terkini di AS sebanyak 3,164, melebihi angka 3,100 mangsa yang terkorban akibat serangan pengganas di World Trade Center, Pentagon dan nahas pesawat pada 11 September 2001.
Jumlah itu juga dipercayai bakal mengatasi angka kematian 3,305 di China dalam 24 jam berikutnya.
Data terbaharu dari Worldometers turut menunjukkan sebanyak 19,988 kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh negara dalam satu hari, menjadikan jumlah keseluruhan 164,248.Di New York sahaja, sebanyak 253 kematian dilaporkan dalam satu hari walaupun negeri itu menjangkakan kemuncak jangkitan koronavirus hanya akan melanda dalam dua ke tiga minggu akan datang.
“Tolong bantu kami di New York; kami perlukan bantuan,” rayu Gabenor New York Andrew Cuomo selepas angka kematian negeri itu mencecah lebih 1,200.
“Sesiapa yang menganggap bahawa situasi ini hanya berlaku di New York tidak ingin berdepan dengan hakikat yang sebenar.
"Virus ini akan bergerak dari negeri ke negeri. Tiada seorang warga Amerika yang imun kepada virus ini,” tegas Cuomo.
Pakar penyakit berjangkit terkemuka di negara itu, Dr Anthony Fauci pada Ahad dalam program State of the Union di siaran berita CNN beri amaran bahawa 100,000 ke 200,000 rakyat AS mungkin menjadi korban jangkitan virus itu.
Susulan itu, kongres meluluskan pakej rangsangan ekonomi bernilai AS$2.2 trilion untuk bantu meringankan beban rakyatnya yang terjejas akibat jatuh sakit atau hilang punca pendapatan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/korban-as-terkini-melebihi-korban.html