

Walaupun bukan hari cuti umum, Misz-ella terpaksa beratur jugak lah menunggu giliran untuk membeli kopi.
Bila dah sampai giliran, dapatlah Misz-ella berbual dengan Aunty Evelin bertanya kan tentang apa keistimewaan kopi beliau sehingga menjadi viral dan rebutan ramai?
Menurut kata Aunty Evelin, beliau goreng dan mesin kopi beliau sendiri bagi memastikan kesegarannya. Aunty Evelin cipta resepi Kopi sendiri. Susu diletak di bahagian paling bawah terlebih dahulu lepas tu ditambah kopi. Manakala untuk buih pula, susu segar dibancuh asing dan di 'whisk' lepas tu curah di atas bancuhan kopi tadi.
Lepas tu Auntie Evelin guna kopi jugak untuk cipta logo bintang *star bright* yang menjadi trademark beliau sehingga hari ini. Auntie Evelin ni peramah, sentiasa senyum dan rajin layan pelanggan walaupun penat kerana berdiri dari pagi. Beliau sangat menghargai pelanggan-pelanggan yang menyokong kopi beliau sehingga beliau dikenali ~ Saya tak pernah suruh orang masukkan kopi saya dalam facebook tapi customer sendiri buat. Saya banyak 'ong', kan .. kata Auntie Evelin.
Selain dari kopi biasa, kami order Mocha (milo + kopi) jugak. Yang ni pun sedap!
2 cawan kopi (1 kopi biasa dan 1 Mocha (Milo + Kopi) ni hanya RM5.50 sahaja. Yeay .. happy ..happy kerana sangat murah dan yang penting sedap!
Thank You Auntie Evelin kerana sangat ramah melayan kami yang banyak tanya dan akhirnya .. mintak posing ! You all kalau mahu ke sini, waze sahaja Kopi Viral Aunty Starbright, OK dan kalau tak mau beratur panjang, sila datang bukan musim cuti seperti kami. Senang you alls..|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |