Konvensyen Dap Mampukah Gandingan Thomas Kula Gugat Koo Ham Kor Ming



 
PEMILIHAN DAP Perak pada konvensyen parti itu 14 Mac ini menjadi tumpuan apabila pasangan sepupu, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming secara rasmi akan dicabar gandingan Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran.
Ini merupakan kali kedua selepas 10 tahun lalu gandingan Thomas dan Kula sekali lagi cuba mencabar gandingan Koo Ham dan Kor Ming dalam pemilihan parti peringkat negeri.
Konflik dua kem itu bukan rahsia dalam DAP Perak sehingga pasukan Thomas-Kula sekali lagi mencabar barisan kepimpinan sedia ada dengan alasan didesak akar umbi DAP yang mahukan perubahan di dalam organisasi.
“Kami mahu memberikan suntikan baharu dalam kepimpinan bagi membolehkan parti kekal dominan dan terus diterima rakyat,” kata Thomas dalam sidang akhbar di Ipoh baru-baru ini.
Persoalannya, mampukah gandingan Thomas dan Kula menggugat kepimpinan Koo Ham dan Kor Ming setelah mereka gagal melakukannya pada pemilihan 10 tahun lalu? dan bagaimana peluang kumpulan Thomas dan Kula untuk merebut 15 kerusi pemimpin dalam DAP Perak kali ini?

Walaupun Koo Ham dan Kor Ming belum mengumumkan secara rasmi calon lain yang mewakili kumpulannya, barisan kepimpinan DAP Perak sedia ada dijangka mempertahankan kedudukan antaranya melalui Dr. Abdul Aziz Bari (ADUN Tebing Tinggi), Wong Kah Woh (Ahli Parlimen Ipoh Timur) dan Howard Lee Chuan How (Pasir Pinji) serta beberapa lagi wakil rakyat parti itu.
Kumpulan Thomas dan Kula pula dikatakan membariskan bekas ADUN Bercham, Cheong Chee Khing; Leow Thye Yih (ADUN Pokok Assam) dan Terence Naidu (ADUN Pasir Berdamar).
Ketika ini kumpulan yang bertanding dilaporkan sedang giat berkempen merebut undi daripada akar umbi di 15 kerusi pimpinan DAP Perak dengan beberapa isu menjadi modal kempen antaranya isu tiga ADUN parti itu yang menyertai parti lain iaitu Paul Yong Choo Kiong (ADUN Tronoh), A. Sivasubramaniam (ADUN Buntong) dan Leong Cheok Keng (ADUN Malim Nawar).
Isu itu tentunya menjadi modal buat kumpulan Thomas dan Kula untuk mencabar kepimpinan DAP Perak yang ada sekarang.

Namun, isu itu dijangka tidak mampu menggugat kepimpinan sedia ada, begitupun Koo Ham dan Kor Ming yang masing-masing merupakan Ahli Parlimen Beruas dan Teluk Intan tidak seharusnya memandang ringan cabaran yang bakal mereka terima dalam pertandingan kali ini.
Kem Koo Ham dan Kor Ming dilihat masih mempunyai kelebihan kerana disokong majoriti ahli akar umbi atas beberapa faktor antaranya mereka mempunyai hubungan yang baik dan kuat dalam kalangan ahli akar umbi di bahagian dan cawangan yang akan mengundi nanti.
Selain itu, rekod dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila DAP menang di semua 18 kerusi DUN yang mereka tandingi menjadi kekuatan untuk Koo Ham dan Kor Ming terus mempertahankan kepimpinan mereka di Perak.

The post Konvensyen DAP: Mampukah gandingan Thomas-Kula gugat Koo Ham-Kor Ming appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/11/konvensyen-dap-mampukah-gandingan-thomas-kula-gugat-koo-ham-kor-ming/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Buka Kertas Siasatan Kekecohan Konvensyen Dap Perak

Polis Buka Kertas Siasatan Kekecohan Konvensyen Dap Perak

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 292 hits
March 15 2021 Polis mengesahkan tidak menerima sebarang permohonan permit bagi penganjuran Konvensyen Biasa DAP Perak ke 19 di Pusat Konvensyen Ipoh di sini semalam Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz...
Kula Su Take Another Stab At Cousins For Perak Dap Leadership

Kula Su Take Another Stab At Cousins For Perak Dap Leadership

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 263 hits
Perak DAP will hold its leadership elections this Sunday which will see a rematch between incumbent leader Nga Kor Ming s team and a group led by DAP vice chairperson M Kulasegaran In 2010 Kulasegaran and running mate Thomas Su Keong Siong ...
Pemilihan Dap Perak Kem Keluarga Nga Ngeh Sapu Bersih Kem Kula Su Tumbang

Pemilihan Dap Perak Kem Keluarga Nga Ngeh Sapu Bersih Kem Kula Su Tumbang

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 434 hits
Pasukan dua sepupu Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham menyapu bersih jawatan dalam pemilihan DAP Perak Terdahulu kem yang menggandingkan bekas menteri sumber manusia M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Kampar Thomas Su mendakwa wujud unsur pengundi ...
Pemilihan Dap Perak Nga Bakal Dicabar Kumpulan Kula

Pemilihan Dap Perak Nga Bakal Dicabar Kumpulan Kula

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 547 hits
DAP Perak akan menjalani pemilihan pimpinan negeri bagi penggal 2021 2024 pada hari Ahad ini yang akan menyaksikan saingan antara pasukan penyandang Nga Kor Ming dan kumpulan yang diketuai oleh Naib Pengerusi kebangsaan DAP M Kulasegaran Pa...
Pengundi Hantu Muncul Di Konvensyen Dap

Pengundi Hantu Muncul Di Konvensyen Dap

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 403 hits
Kekecohan berlaku sewaktu Konvesyen DAP Perak ke 19 hari ini apabila didakwa wujudnya pengundi hantu yang akan memilih ahli ke Jawatankuasa Negeri dan isu tempoh pengundian yang tiba tiba dilanjutkan Kekecohan itu berlaku sebaik sahaja Seti...
Pelanggaran Sop Sewaktu Konvensyen Dap Perak Polis Sedang Siasat

Pelanggaran Sop Sewaktu Konvensyen Dap Perak Polis Sedang Siasat

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 427 hits
PETALING JAYA Polis sedang menyiasat dakwaan berlakunya pelanggaran SOP Covid 19 ketika Konvensyen DAP Perak ke 19 semalam Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Ipoh A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan polis menerima laporan mengenai kesalahan mel...
Gempar Konvensyen Dap Perak Kecoh

Gempar Konvensyen Dap Perak Kecoh

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 449 hits
IPOH Konvensyen Biasa DAP Perak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh di sini kecoh pada Ahad Difahamkan kekecohan tersebut berlaku disebabkan proses pemilihan yang berlangsung pada konvensyen kali ini Kejadian tersebut berlaku sejurus ...
Parti Umno Pas Keadilan Dan Dap Tetap Parti Unggulan

Parti Umno Pas Keadilan Dan Dap Tetap Parti Unggulan

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 292 hits
SUSUPAN PAGISAYA mempunyai alasan dan hujah sendiri kenapa dikatakan hanya empat buah parti sahaja yang relevan dan layak untuk dianggotai seterusnya disokong bagi menjadi tonggak kerajaan Parti parti itu ialah Umno Pas Keadilan dan DAP Ala...
Forget Dr M Move On Dap Man Tells Amanah

Forget Dr M Move On Dap Man Tells Amanah

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 220 hits
DAP s Dr Boo Cheng Hau says he has been made to understand there are some in Amanah who still look up to Mahathir rather than opposition leader Anwar Ibrahim PETALING JAYA A DAP leader has urged his Pakatan Harapan ally Amanah to move on fr...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Krisis Antara Elon Musk Dan Donald Trump Masa Depan Negara Jadi Taruhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Anwar Vs Daim Legal Action Or Political Vengeance