Konvensyen Dap Kl Lulus Resolusi Tuntut Pilihan Raya Pbt


BernamaPerwakilan Konvensyen DAP Kuala Lumpur hari ini bergambar bersama-sama setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng. (Gambar Facebook) KUALA LUMPUR: DAP hari ini mengulangi tuntutan untuk mengembalikan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menjadikannya antara 8 resolusi yang diluluskan pada Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung hari ini.

Kesemua 8 resolusi itu diluluskan sebulat suara oleh 107 anggota perwakilan yang hadir. Ia diumumkan oleh speaker Wong Shu Qi.

Pilihan raya PBT dituntut bagi membolehkan demokrasi diamalkan di peringkat akar umbi dan memastikan akauntabiliti PBT kepada rakyat.

Resolusi lain ialah menggesa kerajaan persekutuan serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) lebih serius menangani masalah banjir kilat yang masih berlaku di Kuala Lumpur. DBKL perlu menaik taraf sistem perparitan di kawasan yang kerap dilanda banjir kilat.

Turut diluluskan ialah resolusi menuntut kerajaan persekutuan menyegerakan usaha menyediakan perkhidmatan awam yang baik, cekap dan bermutu di seluruh negara, khususnya di Kuala Lumpur.

Selain itu, perwakilan menggesa kerajaan persekutuan, terutamanya Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas terhadap pihak yang menyebarkan berita dan maklumat palsu, khususnya yang membangkitkan api perkauman serta keagamaan yang sempit kerana ia boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Perwakilan turut bersetuju mengutuk perbuatan pihak rasis, termasuk parti pembangkang yang membakar api perkauman melalui ucapan, kenyataan dan sebaran media sosial kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan serta menjejaskan keharmonian antara kaum.

Resolusi lain yang diluluskan termasuk menyokong kepimpinan Jawatankuasa Tertinggi Parti (CEC) DAP untuk menangani isu sensitif serta melawan musuh politik yang membakar api perkauman untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Resolusi itu juga meminta kerajaan persekutuan memansuhkan atau meminda semua undang-undang zalim dan peruntukan yang zalim seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan 2018.

Resolusi lain ialah kerajaan persekutuan perlu menunaikan janji dalam manifesto PH pada pilihan raya umum 2018, terutamanya janji untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta mengurangkan beban perbelanjaan keluarga, bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan.

Konvensyen berkenaan dirasmikan setiausaha agung DAP yang juga Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Turut hadir pengerusi kebangsaan DAP dan pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tan Kok Wai, Menteri Industri Utama Teresa Kok dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/konvensyen-dap-kl-lulus-resolusi-tuntut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilihan Raya Pbt Agenda Dap Memerintah Kl

Pilihan Raya Pbt Agenda Dap Memerintah Kl

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 308 hits
DR KAMARUL ZAMAN HJ YUSOFF HARAKAHDAILY TIADA yang mengejutkan pun dalam Resolusi Konvensyen DAP Kuala Lumpur pada 8 Disember 2019 yang menegaskan semula tuntutan untuk mengembalikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Ingat balik apa yang diseb...
Tuntutan Pilihan Raya Pbt Dap Hakis Kuasa Melayu

Tuntutan Pilihan Raya Pbt Dap Hakis Kuasa Melayu

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 347 hits
Orang Melayu seolah olah rela kuasa hilang asalkan wang digenggamBANGI Semua Ahli Parlimen Melayu sejati mesti sedar dengan strategi parti tamak haloba DAP yang mahu mengecilkan kuasa Melayu dengan membuat tuntutan mengembalikan pilihan ray...
Ahli Politik Melayu Diam Bila Dap Mahu Laksana Pilihan Raya Pbt

Ahli Politik Melayu Diam Bila Dap Mahu Laksana Pilihan Raya Pbt

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 305 hits
Mereka sudah kuasai ekonomi sekarang mahu kaut duit PBT pulaBANGI Apakah ahli politik Melayu masih mahu berdiam diri apabila parti rasis dan cauvinis DAP menuntut untuk mengembalikan pilihan raya pihak berkuasa tempatan demikian keluh Presi...
Pilihan Raya Pbt Dap Mca Sepakat

Pilihan Raya Pbt Dap Mca Sepakat

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 563 hits
Aminuddin Yahaya Mereka akan perjuang agenda sama AminuddinDAP sudah sekian lama menuntut agar pilhanraya Pihak Berkuasa Tempatan dilaksanakan dan kini mereka sudah berjaya menjadi kerajaan Malah mereka telah ulangi semula hasrat tersebut d...
Muslihat Ultra Kiasu Di Sebalik Pilihan Raya Pbt

Muslihat Ultra Kiasu Di Sebalik Pilihan Raya Pbt

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 458 hits
Lambakan kelab malam pusat judi arak dan yang melalaikanKERAJAAN jangan sama sekali tunduk desakan ultra kiasu untuk mengadakan pilihan raya PBT Kawasan bandar akan terus membangun tidak kira sama ada ada pilihan raya PBT atau tidak Ultra k...
Dap Tuntut Janji Untuk Komunis Tapi Membabikan Janji Untuk Rakyat

Dap Tuntut Janji Untuk Komunis Tapi Membabikan Janji Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 414 hits
oleh Ab Jalil Backer Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dilaporkan berkata kegagalan kerajaan mematuhi perjanjian antarbangsa dengan Komunis menyebabkan orang lain tidak akan mempercayai kewibawanaan integriti dan kejujuran Malaysia Kenyataa...
Jeremy Corbyn Mohon Maaf Kalah Pilihan Raya Uk

Jeremy Corbyn Mohon Maaf Kalah Pilihan Raya Uk

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 322 hits
Jeremy Corbyn mohon maaf kalah Pilihan Raya UK Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Dec 2019 11 15PM
Tiada Poster Kempen Jalanan Dalam Pilihan Raya Uk

Tiada Poster Kempen Jalanan Dalam Pilihan Raya Uk

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 437 hits
Tiada poster kempen jalanan dalam pilihan raya UK Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Dec 2019 1 57PM
Spr Kaji Cadangan Erc Tubuh Agensi Penguatkuasaan Khas Pilihan Raya

Spr Kaji Cadangan Erc Tubuh Agensi Penguatkuasaan Khas Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 249 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya sedang meneliti keperluan untuk menubuhkan agensi penguatkuasaan khas pilihan raya yang menggabungkan fungsi Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pengerus...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Simpan Santan Segar

The Unwanted Penyesalan Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

8 Makanan Untuk Sakit Sendi Nutrisi Harian Untuk Sendi Lebih Sihat

The Comet A Blistering Rotary Norton From The United Kingdom

Isteri Curang Berakhir Maut Di Tangan Suami