Kontroversi Ibu Kota Baharu Nusantara



BARU-BARU ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengesahkan nama ibu kota baharu Indonesia di wilayah Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur ialah Nusantara dengan kos pembangunannya dianggarkan sebanyak AS$33 bilion (RM138.27 bilion).
Projek pembangunan ibu kota baharu berkenaan dikatakan akan berlangsung sehingga tahun 2045 dan hasrat untuk memindahkan ibu kota tersebut dari Jakarta sudah dikemukakan oleh Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi pada April 2019 dengan memetik peningkatan air laut dan kesesakan teruk di Pulau Jawa yang padat dengan penduduk sebagai sebab-sebab perpindahan itu perlu dilakukan.
Bandar raya Jakarta kini didiami lebih daripada 30 juta orang dan ia telah lama dibelenggu dengan masalah infrastruktur yang serius dan banjir serta diburukkan lagi oleh masalah perubahan iklim dengan pakar meramalkan sehingga satu pertiga daripada kawasannya mungkin berada di bawah air menjelang tahun 2050.
Ibu kota baharu itu akan meliputi kawasan seluas kira-kira 56,180 hektar di Pulau Borneo yang turut menempatkan Malaysia dan Brunei.
Sebelum Jokowi, bekas Presiden pertama Indonesia, Sukarno juga merancang untuk memindahkan ibu negara itu ke Palangkaraya di Kalimantan, manakala mantan Presiden keenam, Susilo Bambang Yudhoyono turut melontarkan pandangan tentang perpindahan tersebut.
Lakaran imej komputer yang menunjukkan Istana Presiden di Nusantara, Kalimantan Timur. – Foto AFP Bagaimanapun, projek perpindahan ibu kota baharu itu tidak lari daripada dilanda kontroversi dan kritikan yang bermula dengan pemilihan nama Nusantara, proses kelulusannya di Dewan Perwakilan Rakyat, anggaran kos pembangunan dan masalah rasuah.
Nama ibu kota baharu itu diumumkan oleh Jokowi pada 17 Januari lalu sehingga mencetuskan banyak reaksi sama ada daripada netizen sehingga kepada golongan cendiakawan di Indonesia.
ISU NAMA
Seorang pensyarah sejarah dari Universiti Gadjah Mada (UGM), Dr Arif Akhyat menyatakan, nama ibu kota negara sebaik-baiknya merujuk kepada nama wilayah itu kerana pemilihan nama baharu untuk sesebuah wilayah pada kebiasaannya akan menghilangkan aspek-aspek sejarah dan konstruksi sosial budaya masyarakat.
“Nusantara lebih luas dari apa yang sekarang disebut sebagai Indonesia. Nusantara, bukan Jawa tetapi merujuk luar Jawa,” katanya seperti dipetik dari laman rasmi UGM baru-baru ini.
Perkataaan Nusantara juga menjadi trending baru-baru ini dan menjadi perbincangan banyak pihak dengan sejumlah pihak keberatan menerimanya kerana dianggap bercirikan kejawaan.
Namun, menurut portal Jogja.com, Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) menyatakan bahawa Nusantara merupakan sebutan atau nama bagi seluruh wilayah kepulauan Indonesia.
Ia menyatakan bahawa Nusantara terdiri dari dua kata iaitu nusa dan antara dengan perkataan nusa berasal dari Bahasa Jawa Kuno yang berarti pulau sedangkan antara berasal dari bahasa Sanskrit yang bermakna perbezaan, jarak, selisih ataupun luar.
Setelah sebuah jawatankuasa khas Dewan Perwakilan Rakyat mengenai rang undang-undang ibu kota dibentuk pada 7 Disember lalu, ia menyelesaikan perbincangan hanya dalam masa enam minggu dengan pengkritik menyatakan bahawa proses kelulusannya dilakukan secara tergesa-gesa dan gagal merangkumi perundingan awam yang cukup luas.
 
Jakarta tidak lagi akan bergelar ibu kota Indonesia selepas projek pembangunan Nusantara di Pulau Borneo siap. – Foto AFP  
Tambahan pula, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menolak Rancangan Undang-Undang Ibu Kota Negara menjadi undang-undang dengan mempertimbangkan keadaan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya akibat pandemik Covid-19.
KOS PERPINDAHAN
Kebimbangan mengenai beban belanjawan negara juga telah disuarakan oleh banyak pihak terutamanya dengan ekonomi yang baharu mulai pulih daripada pandemik tersebut.
Menurut portal berita Nekkei Asia, ketika Widodo mengumumkan langkah perpindahan itu pada tahun 2019, pemerintah mengatakan hanya 19 peratus daripada anggaran kos AS$32.5 bilion (RM136.17 bilion) akan dibiayai oleh kerajaan kerana ia berharap pembangunan ibu kota tersebut dapat menarik pelaburan swasta.
Dalam pada itu, timbul kebimbangan tentang isu rasuah yang mungkin berlaku dalam projek pembangunan ibu kota baharu berikutan penahanan Ketua Daerah Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, iaitu lokasi tempat terletaknya Nusantara.
Ketua Daerah itu, Abdul Gafur Mas’ud ditahan oleh para penyiasat Suruhanjaya Pemberantasan Korupsi (KPK) dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di Jakarta Selatan baru-baru ini kerana disyaki menerima rasuah daripada seorang individu yang mana syarikatnya memperoleh projek pembinaan jalan raya.
Menurut portal Asia Nekkei itu, kebimbangan mengenai kelancaran projek infrastruktur besar terhadap rasuah seperti yang terjadi pada masa lalu menyebabkan banyak projek yang bernilai sangat mahal dibiarkan. – Agensi
Baca Artikel Menarik:
Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami Hadi ugut UMNO? Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya? Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’ Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’ Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO] ‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

The post Kontroversi ibu kota baharu Nusantara appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/29/kontroversi-ibu-kota-baharu-nusantara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nusantara Dipilih Jadi Nama Ibu Kota Baru Ada Alasan Di Baliknya

Nusantara Dipilih Jadi Nama Ibu Kota Baru Ada Alasan Di Baliknya

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 205 hits
Dari 80 nama yang diusulkan para ahli Nusantara yang akhirnya disetujui oleh Presiden Jokowi Apakah sudah pas menurutmu
Pemerintah Sudah Matang Pertimbangkan Nama Nusantara Sebagai Ibu Kota Baru

Pemerintah Sudah Matang Pertimbangkan Nama Nusantara Sebagai Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 173 hits
Ketua Panitia Khusus Rancangan Undang Undang Ibu Kota Negara Ahmad Doli Kurnia Tandjung menilai penamaan Nusantara sudah mempertimbangkan aspek historis sosiologis dan filosofis yang nantinya akan dijelaskan dalam RUU IKN
Ibu Negara Baharu Indonesia Di Kalimantan Timur Akan Di Namakan Sebagai Nusantara

Ibu Negara Baharu Indonesia Di Kalimantan Timur Akan Di Namakan Sebagai Nusantara

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 267 hits
JAKARTA Ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur akan dinamakan sebagai Nusantara Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia Suharso Monoarfa hari ini Katanya nama itu dipilih dan disahkan oleh Presiden Joko...
Jadi Nama Ibu Kota Negara Nusantara Menyiratkan Pembangunan Mentalitas Bangsa

Jadi Nama Ibu Kota Negara Nusantara Menyiratkan Pembangunan Mentalitas Bangsa

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 381 hits
Lebih lanjut ia mengatakan untuk kembali membangun mentalitas bangsa maka semua lapisan masyarakat memiliki peran masing masing sesuai dengan bidang dan keahliannya yang bertujuan memperkuat semangat persatuan sebagai pijakan dasar bangsa
Nama Ibu Kota Indonesia Jadi Perdebatan Apakah Maksud Disebalik Nama Nusantara

Nama Ibu Kota Indonesia Jadi Perdebatan Apakah Maksud Disebalik Nama Nusantara

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 219 hits
Nusantara telah diambil sebagai nama baharu ibu kota yang terletak di Kalimantan Timur Kata Menteri Perancangan Pembangunan Nasional Suharso Monoarfa nama baharu itu telah dipilih oleh atau lebih dikenali sebagai Jokowi pada Jumaat yang lal...
Anies Ibu Kota Negara Pindah Kemacetan Jakarta Tidak Berkurang

Anies Ibu Kota Negara Pindah Kemacetan Jakarta Tidak Berkurang

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 166 hits
Lepas status sebagai ibu kota negara Anies berujar bahwa tugas Jakarta adalah perubahan kota global dunia yang melayani secara optimal
Anggaran Pembangunan Ibu Kota Baru Masuk Ke Program Pen

Anggaran Pembangunan Ibu Kota Baru Masuk Ke Program Pen

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 227 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengatakan langkah awal pembangunan dan pemindahan Ibu Kota Negara dikategorikan sebagai proses pemulihan ekonomi Sehingga anggarannya akan dimasukkan ke dalam Program Pemulihan Ekonomi Nasional
Nama Anak Kena Tanya Merekalah Ibu Harris Alif Gembira Dapat Cucu Baharu Tak Sabar Tunggu Kemeriahan Raya

Nama Anak Kena Tanya Merekalah Ibu Harris Alif Gembira Dapat Cucu Baharu Tak Sabar Tunggu Kemeriahan Raya

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 331 hits
Perasaan ibu mana yang tidak gembira apabila anak kesayangan telah bergelar bapa Mungkin itulah perasaan yang dikecapi oleh ibu Harris Alif Khalizah Abdul Khalid saat mendapat perkhabaran Harris telah menimang puteri sulungnya pada 31 Janua...
Saber Pungli Usut Dugaan Pungutan Liar Di Sma Negeri 22 Kota Bandung

Saber Pungli Usut Dugaan Pungutan Liar Di Sma Negeri 22 Kota Bandung

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 130 hits
Kepala Bidang Data dan Informasi Saber Pungli Jabar Yudi Ahadiat mengatakan berdasarkan informasi yang diterima ada tiga orang tua siswa yang memindahkan sekolah di SMA 22 Kota Bandung
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun