Kredit Foto: Suria.myIsu sebegini sudah menjadi perkara biasa, jadi tidak perlu netizen membesarkan hal ini sehinggakan reputasi artis tersebut terjejas kerana dikecam teruk. Berikut 5 selebriti yang disenaraikan oleh Hangat.com
Kecoh mengenai kontroversi video Bigo tersebar yang mengaitkan pelakon dengan imej bertudung ini. Pada awalnya Fathia Latiff menafikan namun kini dia telah tampil mengaku bahawa gadis di dalam video baru-baru ini adalah dirinya. Dalam kenyataannya;Itu adalah saya. Saya dan kawan-kawan sedang “hanging out” di sebuah villa yang disewa. Sesi menari itu hanya di kalangan kawan perempuan dan kami menari di bilik air villa tersebut. Sudah tentu saya malu dengan apa yang terjadi.Tak ada sesiapa yang masih waras akan menunjukkan bahagian badannya kepada seluruh dunia. Saya tak pernah dengar pun tentang applikasi itu sebelum ini. Sekarang saya dah tahu dan saya tahu dengan cara yang amat perit.Izara Aishah
Sebuah rakaman video berdurasi 3 saat yang memaparkan pelakon jelita Izara Aishah berpakaian begitu menjolok mata, sehingga menampakkan separuh payudaranya tersebar. Difahamkan, video tersebar itu sebenarnya adalah video lama di mana Izara muncul berpakaian tidak sopan dalam sebuah majlis. Dalam kenyataan Izara, dia memohon maaf di atas kesilapannya
Gambar Tasha Shilla tayang separuh buah dada tersebar. Gambar seksi Tasha mulai menjadi kontroversi sekali lagi selepas gambar-gambar tasha yang menjolok mata menghadiri sebuah perasmian majalah fesyen dari Perancis beberapa hari lepas
Sebelum ini Tasha pernah ditanya mengenai isu pakaian menjolok mata. Ini reaksinya;“kalau tak boleh berfikiran positive, tak perlu kata apa-apa. I’m Being Myself”Miera Liyana
Miera Liyana sebelum ni pernah mencetuskan kontroversi sejak gambar seksinya tersebar secara meluas di internet. Miera yang berlakon dalam drama Kamelia Katrina telah tampil dengan berpakaian menjolok mata serta menampakkan celah payudaranya.Bila ditanya, Miera menjawab bahawa dia memilih pakaian sedemikian untuk menunjukkan kelainan pada malam majlis tersebut
Pelakon baru dan model antarabangsa hangat diperkatakan apabila gambar–gambar seksi beliau ketika menjayakan beberapa penggambaran iklan dan produk tersebar. Alicia juga kini bergelar pelakon apabila drama lakonan pertama nya, ” Meh Sandar Lagi” yang disiarkan di slot Akasia TV3
“Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain,” ujarnya. Apa sahaja jawapan dan reaksi, mereka mempunyai hak untuk memperbetulkan kesilapan dan terus memperbaiki diri untuk masa akan datang. Jadi, siapalah kita untuk menghukum mereka sedangkan diri sendiri belum cukup sempurna
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |