Kontraktor Reban Ayam Bisnes Ayam Daging Kontrak Farming
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah
Kontraktor Reban Ayam Daging
Buat para pembaca yang belum mengenali saya, saya Mohd Firdaus. Seorang penternak ayam daging dan juga kontraktor reban ayam daging
Saya dah berkecimpung dalam dunia ayam daging sejak 2005. So, adalah sedikit sebanyak pengalaman dalam dunia ayam ni
Kali ni, saya nak share gambar projek pembinaan reban ayam yang saya buat baru baru ini. Lokasi tempat di rahsiakan. Hehe..
Tapak Tanah Untuk Reban Ayam
Bila anda nak buat reban, tapak reban adalah sangat penting. Silap pilih, penternak akan hadapi masalah yang berpanjangan
So, saya share ringkas mengenai pemilihan tapak reban ayam
1. Kalau boleh keluasan tanah 2 ekar ke atas. Senang nak buat future expansion. Kalau nak tambah reban, lebih mudah. Kalau anda buat atas tanah kecil nanti nak tambah reban jadi susah
2. Mesti ada jalan masuk yang tidak melalui tanah orang. Kalau lalu tanah orang, anda mesti dapatkan kebenaran lalu tanah dari awal.
3. Tapak mesti jauh dari rumah orang, yang terbaik lebih dari 500 meter dari rumah terdekat
4. Ada bekalan letrik dan air yang baik di kawasan tersebut.
Tapak reban yagn sudah diratakan
Ini yang PASTI berlaku kalau jalan tapak reban tidak disediakan. Kita tak boleh sekadar guna tanah merah sebagai tapak jalan. Sebab nanti lori akan melekat bila waktu hujan.
Dah terpaksa Hilux saya tarik lori ni. Dah la lori ada load pulak. Bukan senang
Disebabkan lori besar tak boleh masuk lagi ke tapak reban, terpaksalah dipindah pindah ke lori kecil. Dah terpaksa buat dua kali kerja
Jalan ke reban mestilah dibubuh at least crusher run ni. Dan peringkat awal ni, boleh tahan lagi. Lama lama sikit. Jalan akan rosak juga. So, kena perbaiki jalan secara berperingkat lepas tu
Jalan tepi reban pun dah masuk batu kasaran
Kerja kerja menaikkan tiang reban ayam. Ini reban ayam satu tingkat yer.
Kerja kerja mengorek longkang dibahagian tepi reban
Semua tiang dah siap dinaikkan
Kerja longkang bermula
Pemasangan longkang disepanjang tepi reban kiri dan kanan. Nak elok, guna longkang 9" yer
Kolam cooling pad. Untuk isi air dalam tangki bagi kegunaan cooling pad.
Kerja kerja membuat lantai reban ayam
Kerja lantai reban ayam ini siap dalam masa 2 hari
Ketibaan barang bumbung dan rangka besi
Kerja kerja pemasangan kuda kuda reban ayam daging bermula. Buat dibawah sebelum diangkat naik ke atas tiang
Kuda kuda dinaikkan ke atas tiang reban ayam daging
Kuda kuda didirikan
Pada masa yang sama bata disekeliling reban mula diikat
Kuda kuda dah sampai kebahagian belakang reban
Pemasangan battern untuk pegang semua kuda kuda ni. Ini gambar dibahagian belakang reban ayam daging. Bahagian kipas
Kerja seterusnya adalah pemasangan bumbung. Untuk reban ayam ini, saya guna bumbung Aloizink Grade 28. Biasanya, ramai farmer guna Grade 32 sahaja
Sebahagian dari kerja kerja pemasangan bumbung reban ayam
Gambar syiling dari bawah reban
Besi penahan ni sangat penting untuk digunakan. Kalau tak cukup support, takut nanti bumbung reban boleh terbalik bila ribut kuat
Kerja kerja pemasangan syiling di dalam reban. Untuk reban jenis sekarang, ramai orang dah start guna Aloizink sebagai syiling reban. Ia lebih sejuk dan selamat sebab ia tidak terbakar
Syiling reban yang siap dipasang
Bahagian belakang reban. Ini ruang untuk kipas
Next kita pasang jaring tepi reban pulak. Saya tutup habis jaring ni. Dari atas sampai ke bawah. So, binatang tak boleh masuk dari tepi
Dari bahagian belakang
Pemasangan kipas dan kerja kerja wiring dimulakan
Siap semua kipas dipasang
Pemasangan nipple line. Anyway, untuk equipment ayam saya guna produk dari Cumberland
Gen set yang owner beli. Saiz 37.5kVA harga RM15,500 tak termasuk delivery
Gen set jenis box. Ini yang refurbish ye. Kalau yang baru, harga mahal lagi. Mau cecah RM30k-RM35k
Bila genset dah sampai, kita boleh dah buat testing sementara nak tunggu TNB buat pemasangan meter
Ok, lampu semua dah nyala
Kipas pun semua dah berfungsi dengan baik. Alhamdulillah
Cooling pad dah siap dipasang dan ditest
Beginilah rupa bentuk reban ayam daging sistem tertutup jenis yang manual
Setiap design dan spec berubah mengikut kesesuaian dan permintaan dari customer. Ada yang nak manual, ada yang nak auto, ada yang nak murah, ada yang nak mahal
So, setiap customer sedikit sebanyak ada perbezaannya
Beginilah ceritanya
Jika ada diantara anda yang sedang mencari kontraktor reban ayam daging, boleh hubungi saya. Insya Allah saya cuba bantu setakat termampu
Wassalam
Mohd Firdaus Mat SaadKontraktor Reban Ayam Daging Sistem Tertutup019-5782515
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2020/06/kontraktor-reban-ayam-bisnes-ayam.html