Kontrak Niaga Minyak Sawit Mentah Diniaga Berhati Hati


KUALA LUMPUR, 7 JUN: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan pedagang dijangka kekal tidak memasuki pasaran susulan bimbang mengenai paras stok, kata peniaga.
Peniaga Minyak Sawit Kanan Interband Group of Companies Jim Teh berkata pedagang akan memantau pengumuman mengenai paras stok minyak sawit bagi Mei, yang dijadual akan diumumkan pada 10 Jun.
“(Paras) simpanan stok dijangka tinggi pada Mei, manakala permintaan dijangka rendah berikutan selepas cuti Hari Raya. Permintaan dari Pakistan dan India turut dijangka berkurangan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata harga komoditi itu akan berada antara RM2,200-RM2,300 satu tan minggu depan.
Sementara itu, Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa berkata Malaysia boleh menjangka eksport MSM yang tinggi pada masa akan datang ke negara-negara seperti India dan Pakistan selepas mendapat galakan pada Jumaat.
“Harga eksport MSM Malaysia akan mempunyai kelebihan daya saing berbanding Indonesia. Bagaimanapun, ringgit yang mengukuh boleh mengurangkan kelebihan daya saing tersebut,” katanya.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengecualian 100 peratus duti eksport ke atas minyak sawit mentah, minyak isirong sawit mentah dan minyak isirong sawit yang diproses mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Dis 2020, untuk mendorong sektor komoditi.
“Bagi industri pertanian dan makanan, kemudahan pinjaman Dana Agrofood sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan untuk memastikan kelangsungan pengusaha pertanian dan komoditi dalam sektor ini,” katanya ketika mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kelmarian.
Pasaran akan ditutup pada Isnin bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Bagi minggu baru berakhir, pasaran diniagakan kebanyakannya tinggi berikutan permintaan yang kukuh disebabkan harga minyak mentah yang lebih baik dan jangkaan eksport yang tinggi selepas pengecualian cukai yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak niaga hadapan MSM bagi Jun 2020 naik RM32 kepada RM2,405 satu tan, Julai 2020 meningkat RM53 kepada RM2,374 satu tan, Ogos 2020 menambah RM56 kepada RM2,348 satu tan, dan September 2020 naik RM52 kepada RM2,341 satu tan.
Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 312,697 lot daripada 154,634 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 266,507 kontrak daripada 250,651 kontrak.
Di pasaran fizikal, harga MSM bagi Jun Selatan naik RM76 kepada RM2,378 satu tan.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/06/kontrak-niaga-minyak-sawit-mentah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebaikan Minyak Kelapa Sawit Merah

Kebaikan Minyak Kelapa Sawit Merah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 1496 hits
Minyak kelapa sawit adalah minyak yang terhasil daripada buah kelapa sawit atau nama saintifiknya Elaeis guineensis yang asalnya dari Barat Daya Afrika Anggaran jumlah minyak yang dihasilkan daripada 100kg buah kelapa sawit adalah 23kg miny...
Eksport Minyak Sawit Naik Selepas India Sambung Pembelian

Eksport Minyak Sawit Naik Selepas India Sambung Pembelian

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 402 hits
May 30 2020 9 54 AMIndia bersetuju membeli 200 000 tan minyak sawit dari Malaysia minggu lalu PETALING JAYA Seorang penganalisis minyak sawit meramalkan prospek untuk eksport minyak sawit negara ke India terus meningkat susulan laporan peng...
Amaran Nabi Supaya Berhati Hati Dengan Golongan Ar Ruwaibidhah

Amaran Nabi Supaya Berhati Hati Dengan Golongan Ar Ruwaibidhah

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 606 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda Maksudnya Akan datang kepada manusia tahun tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya kata kata pendusta dibenarkan dan didustak...
Hiburan Mestilah Saya Cari Lelaki Yang Berduit Pengalaman Lama Buat Atikah Suhaime Berhati Hati Memilih Lelaki

Hiburan Mestilah Saya Cari Lelaki Yang Berduit Pengalaman Lama Buat Atikah Suhaime Berhati Hati Memilih Lelaki

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 445 hits
Walaupun mengalami episod duka sebelum ini apabila impian untuk membina mahligai bahagia bersama tunang kesayangan tidak kesampaian Atikah Suhaime tetap mengorak langkah ke hadapan Malahan wanita itu kini dikhabarkan sedang bercinta dengan ...
Berhati Hati Dengan Penipuan Pinjaman

Berhati Hati Dengan Penipuan Pinjaman

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 548 hits
Penipuan pinjaman selalunya diuar uarkan kepada mangsa melalui platform media sosial e mel SMS atau panggilan yang tidak disangka Penipu mengaku bahawa mereka adalah pemberi pinjaman wang yang sah dan berlesen yang menawarkan kadar faedah r...
Minyak Mentah Menguji Tahap 34 27 Analisis Pada 04 Jun 2020

Minyak Mentah Menguji Tahap 34 27 Analisis Pada 04 Jun 2020

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 322 hits
Sekiranya kita melihat carta 4 jam minyak mentah telah menyentuh kawasan Mingguan SIVI Harga ini mahu kembali ke tahap negatif Tahap faedah khas adalah 34 27 yang dijangka akan diuji sebagai Kecairan terkumpul terdekat selagi harganya tidak...
Pemegang Kad Kredit Teachers Card Bsn Sila Berhati Hati

Pemegang Kad Kredit Teachers Card Bsn Sila Berhati Hati

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 3154 hits
Kepada pemegang kad kredit TC Mastercard Gold I macam dalam gambar di atas tolong berhati hati Saya juga pemegang kad kredit tersebut Baru baru ini saya mendapat sms daripada BSN menyatakan ada baki tertunggak yang belum dibayar Hairan juga...
22 Tahun Bekerja Untuk Beri Makan Kepada Kucing Jalanan Lelaki 76 Tahun Ini Mempunyai Hati Yang Sangat Mulia

22 Tahun Bekerja Untuk Beri Makan Kepada Kucing Jalanan Lelaki 76 Tahun Ini Mempunyai Hati Yang Sangat Mulia

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 575 hits
Mungkin ramai yang mengaku bahawa mereka adalah pencinta haiwan tetapi tidak ramai yang sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan haiwan di sekeliling mereka dalam keadaan baik Ada juga hanya menyukai haiwan haiwan yang comel dan bersih...
3 Tempat Paling Mustajab Untuk Mengobati Hati Sedih Dan Galau

3 Tempat Paling Mustajab Untuk Mengobati Hati Sedih Dan Galau

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 316 hits
Penyakit Sedih dan Galau bisa dirasakan oleh siapa saja dan jika terus dibiarkan maka efeknya bisa negatif bahkan mengganggu kesehatan tubuh maupun jiwa Ada beberapa tempat yang Paling Mustajab Untuk Mengobati Hati Sedih dan Galau Sebagaima...
50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Dbkl Puts 3 Officers On Leave Over Balloon Vendor Incident


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Reka Cerita Nafi Tuduhan Berkaitan Dengan Kim Saeron Kim Soohyun Menangis Teresak Esak Di Sidang Media

Tak Layan Mengarut