Konstantinopel Pun Boleh Ditawan Kita Setakat Nak Jatuhkan Sanusi Saja Saifuddin


bharian.com.my
Oleh M Hifzuddin Ikhsan 
[email protected]
- Februari 15, 2025 
Saifuddin (kanan) mengakui tidak bimbang dengan keyakinan Muhammad Sanusi dalam mempertahankan Kedah di bawah kepimpinan PN.
SUNGAI PETANI: Usaha Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) 'menawan' kembali Kedah pada pilihan raya akan datang bukan misi mustahil terutama dengan gerak kerja yang teratur.

Memberi contoh kejayaan kerajaan Islam suatu masa dahulu menawan Kota Konstantinopel (kini Istanbul), Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia wajar dijadikan sumber inspirasi dalam usaha menawan kembali negeri itu yang kini dikuasai PAS.

"Kita ini setakat untuk ambil alih kerajaan Kedah saja... bukan nak tumpah darah, setakat nak jatuhkan Sanusi (Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) saja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew dan Pengerusi AMANAH Kedah, Asmirul Anuar Aris.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata Nabi Muhammad SAW sendiri dalam hadis ada menyebut bahawa umat Islam akan berjaya menawan Kota Konstantinopel, walaupun ketika itu dakwah Baginda cuba dihalang.

"Dalam keadaan itu pun Nabi SAW berkata 'suatu hari nanti tentera Islam akan tawan Konstantinopel, ketika itu pemimpinnya sangat hebat dan tenteranya sangat berdisiplin.

"Ketika awal perjuangan Islam, orang takut dan tak sokong, tetapi Nabi Muhammad SAW tunjuk hala tuju dengan yakin suatu hari Konstantinopel akan diambil... ketika itu Konstantinopel adalah kuasa besar dunia

"Sirah Nabi Muhammad SAW itu wajar kita ambil contoh untuk ikut," katanya.

Tambah Saifuddin lagi, dalam politik terdapat gelombang pasang dan surut dengan beliau sendiri tidak menafikan kelebihan itu kini berada pada pihak Perikatan Nasional (PN).

"Sekarang gelombang ada pada dia (PN), tetapi gelombang ada pasang surutnya... gelombang pasang itu tak akan pergi kepada 33 (kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai PN ketika ini) lagi.

"Tiba masa gelombang akan surut, pergi pada kita pula. Itulah hukum alam, kerana itu kita dengan tawaduk, penuh insaf dan sedar diri akan tunggu waktu itu," katanya.

Sementara itu, Saifuddin pada sidang media selepas program berkata, beliau tidak bimbang dengan keyakinan Muhammad Sanusi dalam mempertahankan Kedah di bawah kepimpinan PN.

"Saya tidak ada gundah gulana dengan kenyataan Menteri Besar yang penuh yakin seperti ungkapannya suruh kita tunggu sampai kiamat. Itu adalah karakter dia, dia boleh teruskan kerana tiada siapa boleh ubah.

"Tapi tak ada siapa boleh sekat gerak kerja kita dan akhirnya kita serah kepada kebijaksanaan rakyat Kedah. Tak ada yang mustahil dalam dunia ini melainkan melalui usaha yang berterusan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/konstantinopel-pun-boleh-ditawan-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Jadi Pm Tepi Boleh Saja

Nak Jadi Pm Tepi Boleh Saja

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 169 hits
Nur Ryasya Penganalisa ini sedang menempah jalan ke neraka
Masa Din Jadi Pm Ni Saja Bantuan Untuk Pesawah Tak Da Pulak Nak Demo Bagai

Masa Din Jadi Pm Ni Saja Bantuan Untuk Pesawah Tak Da Pulak Nak Demo Bagai

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 150 hits
Masa jadi PM dulu bantuan sangat kurang dan harga padi lebih murah Tapi Tapi bila PMX dia berdemo pula Kenapa Sebab Yang menghasut tu cuba nak jadi Padahal masa dia memerintah dahulu jauh lebih susah hidup bukan setakat pesawah malah Yang s...
Dap Cuma Ada 40 Kerusi Boleh Berkhayal Saja Mahu Pinda Perlembagaan Kedudukan Islam Asyraf Wajdi

Dap Cuma Ada 40 Kerusi Boleh Berkhayal Saja Mahu Pinda Perlembagaan Kedudukan Islam Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 127 hits
suaratv comBy13 02 2025KUALA LUMPUR DAP diingatkan cuma memiliki 40 kerusi di Parlimen justeru adalah tidak wajar untuk menuntut pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Islam Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki m...
Mereka Saja Yang Paham Agama Orang Lain Tak Paham Tu Lah Pas Mereka Buat Tak Apa Orang Lain Tak Boleh

Mereka Saja Yang Paham Agama Orang Lain Tak Paham Tu Lah Pas Mereka Buat Tak Apa Orang Lain Tak Boleh

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 154 hits
Kalau tak mainkan isu agama memanglah yang boleh dibawa oleh lebai Sebab otak mereka tu semua kelabu dan Dalam kes bagi muslim untuk sertai acara orang bukan Islam PMX telah beri Garis panduan boleh ada tapi tak sampai menjadi dasar Cukup s...
Video Kalau Boleh Saya Tidak Mahu Bertanding Nak Fokus Dekat Konsert Sendiri Aina Abdul

Video Kalau Boleh Saya Tidak Mahu Bertanding Nak Fokus Dekat Konsert Sendiri Aina Abdul

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 167 hits
Penyanyi yang dikenali ramai iaitu Aina Abdul merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti satu Malaysia sudah mengenali beliau Kini namanya melonjak naik ke tahap yang lebih tinggi kerana bakatnya dalam bidang nyanyian s...
What Are The Benefits Of Custard Apples Or Nona

Uk S Royal Society Welcomes First Malaysian Based Scientist

Singgah The Sheep Sanctuary

Welded Fittings The Leak Free Pipe Connections By Unitrade

Bicara Muafakat Siri 15 Rakyat Resah Janji Kosong Muafakat 20 05 2025

Tak Tahu Nak Buat Apa

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Din Cendol D Kebun Seksyen 7 Shah Alam Port Makan Chill Dalam Kebun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagia Dengan Doa Bukan Kata Nista Jaga Lidah Jaga Hati

Cuba Makanan Di Kea Farm

Boko Ubi Cedok Sedap Betul

Resipi Telur Masak Tomato Jimat Sedap Siap Dalam 5 Minit

Doa Kesembuhan Dari Segala Penyakit

Panas Projek Ai Malaysia Huawei Kerajaan Kata Tak Terlibat