Konspirasi Membunuh Rasulullah


 Ketika penubuhan pemerintahan Islam di Madinah, Rasulullah SAW membuat perjanjian dengan kabilah atau puak yang mendiami kota itu dan kawasan sekitarnya. 
Kabilah berkenaan perlu menerima kedudukan Rasulullah SAW sebagai pemimpin dan sebagai balasannya, kabilah itu diberi kebenaran terus tinggal di tempat masing-masing dan mendapat hak dilindungi jika diserang oleh musuh mereka.
 

Namun, terdapat puak yang tidak mematuhi perjanjian itu, lalu mereka dihalau keluar. Ia bermula dengan pengusiran Yahudi Bani Qainuqa yang dicetuskan oleh sikap biadab Yahudi terhadap penganut Islam. Kemudian diikuti oleh Yahudi Bani Nadhir yang merancang satu konspirasi untuk membunuh Nabi Muhamad SAW
 

Melihat kepada perkembangan ini, kaum Yahudi berfikir, sama ada mereka ingin biarkan keadaan terus begini (dihalau) dan mengalah, atau mereka mesti melakukan sesuatu untuk membalas dendam, di mana mereka boleh menghasut orang-orang Arab untuk membalas dendam terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka berfikir bahawa jika keadaan ini dibiarkan, umat Islam akan menjadi semakin kuat manakala mereka pula (Yahudi) menjadi pelarian.
 

Bermatlamat untuk menghapuskan Rasulullah SAW Muhammad dan Islam, maka Yahudi mula berfikir bagaimana hendak menghasut orang-orang Arab demi mencapai tujuan mereka.
Untuk melaksanakan rancangan ini, beberapa orang dari kalangan Yahudi pergi menemui kafir Quraisy di Makkah.
 

Mereka terdiri dari Huyay bin Akhtab, Sallam bin Abil-Huqaiq dan Kinana bin Abil-Huqaiq. Ketika bertemu dengan penduduk Makkah, Huyay ditanya oleh kafir Quraisy mengenai (persediaan) kaumnya.
 

Maka dia menjawab, “Mereka saya biarkan mundar-mandir ke Khaibar dan ke Madinah sehingga tuan nanti datang ke tempat mereka dan berangkat bersama-sama menghadapi Muhammad dan sahabat-sahabatnya”.
 

Ketika dia diajukan soalan tentang Bani Quraizah, dia menjawab, “Mereka tinggal di Madinah sekadar mahu mengaburi mata Muhammad. Seandainya pihak tuan datang, mereka akan bersama-sama memihak kepada tuan”.
 

Kafir Quraisy menjadi ragu-ragu sama ada mahu terlibat atau menarik diri. Untuk menenangkan keadaan ini, kafir Quraisy bertanya kepada Yahudi berkenaan status mereka (Quraisy) berbanding Muhammad, jika ada jawapan yang kukuh (dari Yahudi) maka mereka akan menyertai pakatan Yahudi menyerang Madinah.
 

Niat jahat Yahudi ini menjadi asbab kepada penurunan ayat yang bermaksud: “Apakah kamu (wahai Muhammad) tidak memperhatikan orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari al-Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada jibt dan taghut (benda-benda yang disembah selain dari Allah), dan mereka mengatakan kepada orang-orang kafir (kaum Musyrik di Mekah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman” (Surah an-Nisa, ayat 51)
 

Di sini jelas menunjukkan bahawa kaum Yahudi ini sanggup memuji dan menyatakan kafir Quraisy adalah lebih baik berbanding mereka sendiri. Mereka telah jelas-jelas menafikan ajaran kitab (Taurat) mereka sendiri.  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2023/10/fef.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Abu Bakar Sebagai Khalifah Pertama Selepas Kewafatan Rasulullah Saw

Ucapan Abu Bakar Sebagai Khalifah Pertama Selepas Kewafatan Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 144 hits
Ucapan Abu Bakar sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah SAWSelepas kewafatan Rasulullah SAW datang seorang khalifah yang pertama dan terbaik dalam memahami konsep ketaatan yang syar ie iaitu Abu Bakar al Siddiq RA Beliau meny...
Biodata Rasulullah Sejarah Hidup Nabi Muhammad Saw Jakim

Biodata Rasulullah Sejarah Hidup Nabi Muhammad Saw Jakim

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 158 hits
Biodata Rasulullah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW JAKIM Pada tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun umat Islam seluruh dunia memperingati kelahiran Rasullah SAW yang telah berjuang dan berkorban menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia y...
Jadwal Pameran Artefak Rasulullah 2023 Awal November Di Kota Pontianak

Jadwal Pameran Artefak Rasulullah 2023 Awal November Di Kota Pontianak

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 176 hits
BloggerBorneo Com Artefak adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada objek atau benda buatan manusia yang memiliki nilai sejarah arkeologis budaya atau ilmiah Artefak artefak ini dapat berupa benda benda fisik atau bahan yang diprod...
Zionist Laknatullah Mengguna Bom Gila Untuk Membunuh Rakyat Palestin

Zionist Laknatullah Mengguna Bom Gila Untuk Membunuh Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 99 hits
Mangsa bom gila Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Suhaila Khairieam hmetro com myBOM fosforus putih diharamkan namun masih terus diguna pakai Pasukan Pertahanan Israel Kuala Lumpur Kulit tubuh cair dan melecur teruk sebaik terkena letupan bom...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

There Is An Awakening

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

App Inarah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Thomas Cup 2024 Denmark Kuasai Malaysia Dalam Saingan Piala Thomas Di Peringkat Kumpulan D

Ngedate

Al Qur An Sebagai Obat Dan Faktor Yang Mempengaruhi Berhasilnya Ruqyah

Untukmu Shayang

Pesanan Buat Sang Suami

Lfl Should Defend The Victims Too