Biodata Rasulullah Sejarah Hidup Nabi Muhammad Saw Jakim


Biodata Rasulullah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW – JAKIM
Pada tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun, umat Islam seluruh dunia memperingati kelahiran Rasullah SAW yang telah berjuang dan berkorban menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia yang ketika itu hidup dalam kegelapan.
Sambutan Maulidur Rasul juga menzahirkan rasa kasih sayang kita kepada Rasullah SAW dengan amalan ibadah berselawat seperti Firman Allah SWT :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.—Surah Al-Ahzab ayat 56
Sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.—Riwayat Al-Sajary daripada Anas
Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluargannya.
Ayuh, kita kenali sejarah dan kronologi hidup Rasulullah SAW dengan membaca biodata baginda di bawah ini.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.”
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
BIODATA RASULULLAH SAW, JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah). USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina. Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab Sirah, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah. USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi. RINGKASAN BIODATA RASULULLAH SAW (INFOGRAFIK JAKIM)
Sumber: JAKIM Sarawak ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW Khadijah Binti Khuwailid Saudah Binti Zam’ah Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar) Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab) Ummi Habibah Binti Abu Sufyan Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah) Zainab Binti Jahsy Maimunah Binti Harith Safiyah Binti Huyai bin Akhtab Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin) ANAK-ANAK RASULULLAH SAW Qasim Abdullah Ibrahim Zainab Ruqaiyah Ummi Kalthum Fatimah Al-Zahra ‘ ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN / SAUDARA SUSUAN
Thuwaibah Hamzah Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad SAUDARA SUSUAN
Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
Al-Harith Muqawwam Zubair Hamzah Al-Abbas Abu Talib Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza) Abdul Ka ‘ bah Hijl Dhirar Umaimah Al-Bidha (Ummu Hakim) Atiqah Arwa Umaimah Barrah Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *** Sempat masuk Islam.
Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga”(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
BIODATA RASULULLAH – KRONOLOGI RINGKASAN HIDUP NABI MUHAMMAD SAW
Kenali Nabi Muhammad SAW Secara Lahiriah Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.. Aku melihat cahaya dari lidahnya. Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. Rasulullah umpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama. Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. Wajahnya seperti bulan purnama. Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya. Mulut baginda sederhana luas dan cantik. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. Janggutnya penuh dan tebal menawan. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. Seimbang antara kedua bahunya. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. Warna kulitnya putih tapi sihat. Kulitnya putih lagi bercahaya. Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka. KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Sumber : Bahagian Dakwah, Jakim
Baca juga :
Qunut Nazilah : Panduan & Doa Untuk Palestin 30 Mutiara Kata Inspirasi, Hikmah & Panduan Hidup (Islamik) 300+ Nama Anak Lelaki Dalam Islam (Yang Menarik & Baik) 300+ Nama Anak Perempuan Dalam Islam (Yang Indah & Bermakna)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/biodata-rasulullah-nabi-muhammad/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=biodata-rasulullah-nabi-muhammad

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biodata Ringkas Nabi Muhammad

Biodata Ringkas Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 142 hits
BIODATA RASULULLAH S A W Nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim Tempat lahir Di rumah Abu Talib Makkah Al Mukarramah Nama bapa Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf Pengasuh per...
Momen Maulid Nabi Bupati Ipuk Ajak Asn Teladani Sifat Nabi Muhammad Saw

Momen Maulid Nabi Bupati Ipuk Ajak Asn Teladani Sifat Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 230 hits
Hal ini disampaikan Ipuk dalam peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW di Masjid Babussalam Pemkab Banyuwangi Kamis
Menjawab Fitnah Apakah Ada Hubungan Gelap Antara Nabi Muhammad Dan Khadijah Sebelum Mereka Menikah

Menjawab Fitnah Apakah Ada Hubungan Gelap Antara Nabi Muhammad Dan Khadijah Sebelum Mereka Menikah

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 114 hits
Menjawab Fitnah Apakah Ada Hubungan Gelap Antara Nabi Muhammad Dan Khadijah Sebelum Mereka Menikah
Ucapan Abu Bakar Sebagai Khalifah Pertama Selepas Kewafatan Rasulullah Saw

Ucapan Abu Bakar Sebagai Khalifah Pertama Selepas Kewafatan Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 184 hits
Ucapan Abu Bakar sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah SAWSelepas kewafatan Rasulullah SAW datang seorang khalifah yang pertama dan terbaik dalam memahami konsep ketaatan yang syar ie iaitu Abu Bakar al Siddiq RA Beliau meny...
Perubahan Hidup

Perubahan Hidup

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 146 hits
Sejak penghujung minggu lepas negara kita mengalami masalah jerebu Kalau rajin perhatikan bulan kita akan perasan bulan kelihatan warna oren disebabkan partikel di udara Nampak cantik atau mungkin juga sedikit menakutkan 2 Oktober 2023 puku...
7 Tips Menjalani Hidup Minimalis Ala Marie Kondo Si Ratu Kerapihan

7 Tips Menjalani Hidup Minimalis Ala Marie Kondo Si Ratu Kerapihan

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 229 hits
Mulai dari menciptakan mindset tentang hunian yang diinginkan hingga mengucapkan terima kasih pada barang yang akan dilepaskan
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi