Konsert 25 Tahun Simfoni Kesyukuran Rabbani Dengan Kolabrasi Bersama Yayasan Warisan Johor



KONSERT 25 TAHUN SIMFONI KESYUKURAN RABBANI DENGAN KOLABRASI BERSAMA YAYASAN WARISAN JOHOR | Assalammualaikum semua! Pada 30 Disember 2022 ini bakal berlangsung konsert kumpulan Rabbani di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor. Konsert yang bakal diadakan oleh kumpulan Nasyid tersohor Rabbani adalah kali pertama diadakan dengan menampilkan semua hasil karya nasyid sepanjang 25 tahun Rabbani. 
Walaupun ada selebriti jemputan yang akan membuat persembahan, mereka akan menyanyikan lagu-lagu Rabbani yang pernah mereka duet bersama. Pemilihan selebriti adalah berdasarkan penglibatan mereka sepanjang perjalanan seni Rabbani. 
Yayasan Warisan Johor sebagai penganjur bersama yang menyediakan peruntukan untuk menjayakan konsert. Rabbani juga disokong oleh Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF), Aman Palestin Johor dan Jamil Teluk Belanga.
KONSERT 25 TAHUN SIMFONI KESYUKURAN RABBANI DENGAN KOLABRASI BERSAMA YAYASAN WARISAN JOHOR


Konsert 25 Tahun ‘Simfoni Kesyukuran Rabbani’

Lokasi: Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor
Tarikh: 30 Disember 2022 
Masa: 8.30 malam
Hari: Khamis
Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) buat julung kalinya berkolaborasi bersama Rabbani Empire Resources dalam penganjuran Konsert 25 Tahun ‘Simfoni Kesyukuran Rabbani’. 
Program konsert yang pertama kali dilaksanakan oleh YWJ ini akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada 30 Disember 2022 pada jam 8.30 malam.
Untuk makluman, program ini merupakan inisiatif di bawah Unit Kesenian Islam, YWJ. Sebelum ini, program Kesenian Islam hanya menganjurkan program berkonsepkan bengkel muzik dan kelas muzik moden atau tradisional sahaja. Namun, pada tahun ini YWJ telah berkolaboratif bersama kumpulan nasyid Rabbani menganjurkan program bersifat konsert.


YWJ telah memilih kumpulan nasyid Rabbani atas sebab populariti dan perjuangan Rabbani yang masih bertahan dalam industri muzik nasyid selama lebih dua dekad.
Penganjuran program konsert ini bertujuan meningkat kefahaman, kesedaran terhadap genre nasyid dan menanam semangat jati diri masyarakat melalui bait-bait dalam lirik lagu yang disampaikan.
Antara objektif utama penganjuran konsert adalah memberi peluang kumpulan Rabbani untuk mendekati para peminat secara lebih dekat dan ianya satu bentuk penghargaan kepada mereka yang banyak menyokong perjuangan seni Rabbani selama 25 tahun.
Selain itu, gabungan kepelbagaian bentuk muzik nasyid pada konsert itu adalah satu keunikan yang akan menarik minat masyarakat khususnya golongan belia untuk meminati irama nasyid khususnya di negeri Johor.
Malah, masyarakat juga akan menghargai nilai-nilai yang ada dalam irama nasyid di samping mewujudkan kesedaran dalam memupuk semangat perpaduan sekaligus menyemarakkan lagi keharmonian rakyat di negeri ini.
Kelangsungan kesenian dan kebudayaan terutama irama nasyid diharap dapat mengimbangi pembangunan holistik di negeri Johor.

Konsert yang berlangsung selama 2 jam itu turut menampilkan beberapa artis jemputan seperti Mawi, Hijjaz, Daqmie, Dinie Juri dan Aeydan serta penglibatan barisan pemuzik dari Yayasan Warisan Johor.
Persembahan yang bertemakan “Simfoni Kesyukuran Rabbani” juga akan  diiringi dengan muzik Okestra dan perkusi, selain itu juga mengandungi, Qasidah, Tarian Sufi Munajat dan juga Sajak Pertarungan berserta Pentomen. 
Bersesuaian dengan pengalaman 25 tahun Rabbani, konsert ini akan berlangsung beberapa segmen antaranya, pembukaan dengan kemunculan awal Rabbani dengan konsep Andaslusia, seterusnya Nolstagia nada Murni, Kebangkitan Nasyid, Tribute dan akhir sekali era pandemik dan terkini.
Pasti mengamit kerinduan dan juga semangat untuk semua lapisan masyarakat bersesuaian dengan maksud Rabbani itu sendiri iaitu Yang Arif dan Yang Soleh dengan erti kata lain ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat supaya berilmu dan beramal soleh. 


Semua peminat dan orang ramai dijemput hadir menyaksikan KONSERT 25 TAHUN RABBANI ini bersama keluarga, sahabat andai, dan semua lapisan masyarakat kerana ini bukan sekadar konsert, tetapi membawa hiburan yang mendidik jiwa. Kita bangkit bersama dari ujian pandemik. 
Dalam pada itu, setinggi penghargaan terima kasih juga kepada rakan-rakan kerjasama, rakan sinergi Rabbani seperti MATHAF Malaysian Thailand Halal Food Festival, Jamil Teluk Belanga, Aman Palestin Johor, Rabbani FC, Munsyid Malaysia dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan konsert ini. 
Akhir sekali, besarlah harapan kami agar semua pihak dapat menguar-uarkan berita baik ini ke media sosial masing -masing agar menjadi satu ibadah dan perjuangan kita bersama memartabatkan irama nasyid tanah air Malaysia.
HARGA TIKET KONSERT 25 TAHUN SIMFONI KESYUKURAN RABBANI
Untuk makluman, tiket untuk konsert ini dijual pada harga RM58, RM88, RM128 dan RM188. Tiket mula dijual pada 1 Disember 2022 di www.myticket.asia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/11/konsert-25-tahun-simfoni-kesyukuran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 Juta Tanah Ditargetkan Tersertifikasi Tahun Ini Lewat Ptsl

100 Juta Tanah Ditargetkan Tersertifikasi Tahun Ini Lewat Ptsl

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 95 hits
Kementerian Agraria dan Tata Ruang menargetkan tahun ini 100 juta bidang tanah bisa terdaftar melalui program Pendaftaran Tanah Sistematis Lengkap Sesuai arahan Presiden Joko Widodo ditargetkan 126 juta bidang tanah harus segera diselesaika...
Disebut Sebut Sebagai Pesaing Ipad Tablet Pertama Oneplus Bakal Rasmi Tahun Depan

Disebut Sebut Sebagai Pesaing Ipad Tablet Pertama Oneplus Bakal Rasmi Tahun Depan

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 148 hits
Perancangan untuk siri tablet sulung daripada OnePlus seringkali diperkatakan dan kini menerusi perkhabaran terbaru ia bakal dirasmikan pada 2023 OnePlus bukan sahaja memiliki produk telefon pintar sahaja malah smart TV serta gajet yang bol...
Bagi Anak 5 Tahun Main Playdough Cara Nak Tengok Kemahiran Motor Anak Okay Ke Tak

Bagi Anak 5 Tahun Main Playdough Cara Nak Tengok Kemahiran Motor Anak Okay Ke Tak

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 153 hits
Untuk kebanyakan anak bila dah masuk usia 5 tahun kemahiran motor dah mantap dan dapat melakukan aktiviti yang menggunakan tangan dengan baik Namun ada beberapa tanda yang boleh diperhatikan oleh ibu ayah untuk mengetahui sama ada kemahiran...
Pas Bangkit Sebagai Kuasa Sebenar Selepas 2 Tahun Dalam Pn

Pas Bangkit Sebagai Kuasa Sebenar Selepas 2 Tahun Dalam Pn

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 155 hits
Robin AugustinPETALING JAYA Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak akan mampu menghentikan rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional PAS daripada bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional selepas pilihan raya umum ke 15 kata penganalisis...
Infografis Daftar Maskapai Terburuk Tahun 2022

Infografis Daftar Maskapai Terburuk Tahun 2022

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 94 hits
Berdasarkan platform layanan travel Bounce merilis laporan terbaru mengenai maskapai dengan layanan terburuk di dunia Dalam daftar ini terdapat 10 maskapai terburuk di dunia dua di antaranya maskapai Indonesia terburuk untuk pengalaman pene...
Anak Speech Delay Dan Hyperactive 6 Tahun Besarkan Anak Sendirian Lufya Mohon Sokongan Pada Ibu Tunggal

Anak Speech Delay Dan Hyperactive 6 Tahun Besarkan Anak Sendirian Lufya Mohon Sokongan Pada Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 122 hits
Jika kita bersama pasangan terasa cabarannya membesarkan anak bersama inikan pula terpaksa membesarkan anak bersendirian Memang tidak mudah Hal inilah yang dilalui oleh selebriti Lufya Omar Menerusi Instagramnya Lufya berkongsi rasa dan mel...
Sempoi Celebrate Birthday Pakai Pampers Je Sambutan Birthday 2 Tahun Anak Emma Maembong Dipuji Tak Berlebih Lebih

Sempoi Celebrate Birthday Pakai Pampers Je Sambutan Birthday 2 Tahun Anak Emma Maembong Dipuji Tak Berlebih Lebih

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 135 hits
Setiap kali anak kesayangan Emma Maembong Shariq Arshan Gabriel muncul di Instagram pastinya menarik perhatian ramai Mana tidaknya wajah comel Shariq dengan mata kelabunya ditambah keletahnya yang kini berusia dua tahun membuatkan ramai ter...
Beza Kehidupan Tahun 1966 Dengan Tahun 2018

Beza Kehidupan Tahun 1966 Dengan Tahun 2018

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 164 hits
Gambar hiasan hasil carian Google 1 Dulu kat kampung saya cuma seorang shj penduduk yang ada TV Dia adalah taukeh kedai runcit dan pembeli getah Sekarang ni dlm sebuah rumah kadang2 ada yg sampai 3 4 buah TV 2 Dulu kat kampung saya ada seor...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City