Konsep Asalkan Ada Suami


Kes-kes keganasan atau penderaan dalam rumah tangga yang semakin menjadi-jadi di negara ini begitu jelas menunjukkan bahawa kaum hawa tidak bolehlah ‘buat-buat bodoh’ dan terdesak untuk menarik perhatian lelaki mengahwini mereka.

Maksudnya di sini, mereka perlu hati-hati memilih. Jangan main tangkap muat sahaja. Yalah, sebab ada yang beranggapan menjadi isteri kedua, ketiga malah keempat pun tidak mengapa asalkan ada suami.

Sudahnya, ada yang terjebak dengan suami yang kaki pukul, pemalas, tak memberi nafkah pada keluarga dan paling teruk ada yang merogol anak sendiri atau anak tiri.

Lebih memburukkan lagi keadaan, perkara ini didiamkan pula, demi tidak mahu kehilangan suami tercinta yang kononnya tempat bergantung hidup! Macam mana kita nak faham wanita sebegini menyayangi suami sampai sanggup membiarkan kehidupan anak sentiasa dihantui ketakutan?

Konsep asalkan ada suami, tidak mahu menjanda atau tidak mahu hidup bersendirian dalam usia yang semakin meningkat ini sewajibnya dibuang jauh-jauh. Sedangkan kalau kita lihat ramai saja yang hidup sendiri pun jauh lebih baik daripada yang ada suami, jadi kenapa tidak pasal-pasal mahu mencari pasal?

Saya bukan mahu mempromosi konsep lebih baik single daripada mencari masalah, yang ingin saya tekankan di sini betapa wanita perlu ‘bijak’ mengatur kehidupan mereka.

Berapa banyak lagi kita akan membaca kes-kes yang memualkan ini semata-mata sikap ‘buat-buat bodoh’ dan terdesak untuk mendapatkan jodoh?

Kes isteri ketiga dipercayai ‘dibalun’ oleh suami sehingga koma baru-baru ini adalah antara banyak kes yang boleh dielakkan jika wanita teraniaya ini tidak berdiam diri sejak awal.

Dalam kebanyakan kes polis, kaki pukul dan panas baran ini akan mengulangi perbuatan jahat tersebut dan ia bukan kali pertama selalunya. Apabila sudah patah riuk atau hampir sepa­ruh mati, baru mangsa melaporkan kepada polis atau ia dilapor oleh jiran dan adik-beradik.

Dan yang hairannya, ada komen dalam media sosial yang saya baca tentang berita wanita koma dipukul suami ini menganggap ia satu masalah rumah tangga dan orang lain tak perlu campur atau mengutuk yang bukan-bukan.

Jika semua orang menganggap penderaan dalam rumah tangga adalah isu dalaman atau peribadi rumah tangga, maka perbuatan memukul, merogol malah membunuh ia bagaikan dihalalkan kerana ia masalah rumah tangga saja.

Sudah tentu memukul dan mencederakan bukan masalah rumah tangga lagi. Ia adalah perbuatan jenayah yang serius. Agak pelik, masih ada yang menganggap ini masalah peribadi orang bersuami isteri.

Dalam pada itu, lockdown atau tekanan emosi pendapatan terjejas semasa pandemik Covid-19 ini bukanlah alasan untuk membelasah isteri dan anak-anak sesuka hati. Kalau tiada duit bermakna ada sebab untuk memukul? Pengaruh filem apakah ini?

Pada saya, lelaki kaki pukul yang hanya berani dengan wanita dan kanak-kanak ini, sepatutnya hidup bermasyarakat di hutan saja. Biar bercampur dengan binatang buas, baru buku bertemu dengan ruas.

Berbalik kepada isu memilih suami, cakap memang senang, macam pakar motivasi, tetapi ini semua bergantung pada diri sendiri.

Jika yang sudah terjebak dengan kehidupan rumah tangga yang membahayakan nyawa, mangsa perlu memikirkan sama ada mahu keluar daripada kehidupan yang menyeksakan itu, atau kekal menderita di situ.

Pilihan ada. Bukan tiada. Soalnya, perlu ada kemahuan, keberanian dan kekuatan.

Antara beberapa kes lain yang masih dalam ingatan saya, seorang lelaki mencampakkan cucu tiri lelakinya yang sedang tidur dari tingkat empat pangsapuri kerana berang gagal merogol anak tirinya.

Lelaki tersebut adalah warga asing. Perkara ini sudah tentu dapat dielakkan jika ibu berkenaan tidak tergesa-gesa mengahwini lelaki tersebut dan memikirkan buruk baiknya. Dan konsep asalkan ada lelaki yang menjadi pelindung dan menjaganya jika ada sakit atau susah, akhirnya memudaratkan keluarga sendiri.

Sampai bila segelintir wanita ini mahu mengekal­kan konsep asalkan ada suami ini, suami buat apa pun tak kisah dan tutup mata?

Sebab itu pada saya, wanita kena sentiasa berfikir dan bertindak secara bijak. Biarlah kita nampak bijak daripada seumur hidup dihukum dengan kebodohan sendiri.

Oleh: Fauziah Md Arof
Pengarang Berita Mingguan Malaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/konsep-asalkan-ada-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Bunuh Isteri Sebelum Kelar Leher Bayinya Berusia Setahun Di Buaian Menggunakan Parang

Suami Bunuh Isteri Sebelum Kelar Leher Bayinya Berusia Setahun Di Buaian Menggunakan Parang

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 359 hits
Seorang lelaki tergamak membunuh isteri dan anaknya yang berusia dua tahun di rumahnya di Kecamatan Bengalon Kalimantan Timur Indonesia pada jam 7 malam Ahad 13 Jun 2021 Ketua Polis Bengalon Slamet Riyadi berkata kejadian itu disedari oleh ...
Ibu Bunuh 5 Anaknya Kerana Bekas Suami Temui Kekasih Baru

Ibu Bunuh 5 Anaknya Kerana Bekas Suami Temui Kekasih Baru

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 218 hits
Seorang wanita di Jerman didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh lima dari enam anaknya dengan mencampurkan dadah dalam sarapan pagi sebelum melemaskan mereka selepas bertengkar dengan bekas suaminya Christiane K 28 didakwa membunuh li...
Vide0 Tunjuk Beza Suami Sebelum Selepas Kahwin Ramai Terkeejut Melihatnya Ingatkan Bini Dia

Vide0 Tunjuk Beza Suami Sebelum Selepas Kahwin Ramai Terkeejut Melihatnya Ingatkan Bini Dia

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 280 hits
Seakan sudah menjadi lumrah suami isteri selalunya pasti akan melalui perubahan yang ketara sebelum dan selepas perkahwinan Cont0hnya para suami yang selalu mengalami kenaikan berat badan selepas berkahwin gara gara masakan isteri Macam yan...
16 Tahun Menanti Suami Speechless Bila Dapat Tahu Isteri Meng4ndung Lagi

16 Tahun Menanti Suami Speechless Bila Dapat Tahu Isteri Meng4ndung Lagi

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 228 hits
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri dan membesarkan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin Namun tidak semua pasangan diberikan rezeki untuk mempunyai cahaya mata ...
Suami Kalau Isteri Masak Pujilah Sikit Baru Lah Isteri Tu Rasa Macam Dihargai Dan Hilang Semua Penat Memasak Tu

Suami Kalau Isteri Masak Pujilah Sikit Baru Lah Isteri Tu Rasa Macam Dihargai Dan Hilang Semua Penat Memasak Tu

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 364 hits
GAMBAR SEKADAR HIASAN Balik kerja dengan baju tak sempat tukar kadang kadang isteri ni terus je ke dapur untuk bersilat memasak Tapi bila ada tak kena suami terus kritikan masakan isteri tu
Tular Video Isteri Backup Suami Pakistan Dua Individu Ditahan Reman

Tular Video Isteri Backup Suami Pakistan Dua Individu Ditahan Reman

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 226 hits
Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita bersama suaminya warga Pakistan sedang bertengkar dengan beberapa anggota polis yang sedang menjalankan tugas mereka di hadapan sebuah pusat membeli belah di Jalan Persiaran Kewaj...
Tak Sempat Ke Hospital Bersalin Dalam Kereta Suami Berhenti Di Sekatan Jalan Raya

Tak Sempat Ke Hospital Bersalin Dalam Kereta Suami Berhenti Di Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 249 hits
Tidak sempat sampai ke hospital seorang wanita telah selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua orang anggota polis wanita Ibu Pejabat Daerah Kota Samarahan ketika bertugas di sekatan jalan raya di Expressway Kuchi...
Serang Polis Demi Selamatkan Suami Warga Pakistan

Serang Polis Demi Selamatkan Suami Warga Pakistan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 303 hits
NOR AZIHAN BINTI MD GHAZALIPETALING JAYA Seorang wanita sanggup membuat provokasi terhadap polis demi menyelamatkan suaminya yang juga warga Pakistan yang memiliki dokumen palsu ketika pemeriksaan polis di Jalan Persiaran Kewajipan Subang J...
Suami Isteri Direman Kerana Maki Hamun Halang Tugas Polis

Suami Isteri Direman Kerana Maki Hamun Halang Tugas Polis

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 442 hits
PETALING JAYA Polis menahan sepasang suami isteri yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mengeluarkan kata kata kesat pada kejadian di Jalan Persiaran Kewajipan di sini Malah mereka turut menggunakan surat kebenaran Kementerian...
Intellectual Property Protecting Ideas

Marriott Bonvoy Hotels Resorts Perkenal The Malaysian Kitchen Sajian Warisan Turun Temurun

No More Guesswork How To Pick A Vape That Won T Let You Down

Resipi Taufu Fa Homemade Sangat Sedap Dimakan Sejuk

Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

Laut Tanpa Warna Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

The Case Against European Rearmament

When Politicians Choose Ego Over People

Fast Food

Raya Bergaya Dengan Huawei