Tak Sempat Ke Hospital Bersalin Dalam Kereta Suami Berhenti Di Sekatan Jalan Raya
Tidak sempat sampai ke hospital, seorang wanita telah selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua orang anggota polis wanita Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Samarahan ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching – Samarahan.
Lahir anak di sekatan jalan raya
Kejadian itu berlaku ketika sepasang suami isteri melalui satu sekatan jalan raya dalam perjalanan hendak ke Hospital Umum Sarawak (HUS).
Menurut Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, semasa dia sedang bertugas menjaga SJR, suami kepada wanita berkenaan telah memberitahu bahawa isterinya hendak bersalin lalu pihak berkuasa berkenaan terus bergegas bagi membantu wanita tersebut.
Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak. Bayi serta ibunya berada dalam keadaan selamat.
Jelasnya lagi, dia telah membantu untuk merungkaikan tali pusat wanita berkenaan yang sudah terbelit pada leher bayi berkenaan dan kemudian dia telah dibantu oleh rakannya, Koperal Perakson Jennie untuk menyelimutkan bayi perempuan tersebut yang kesejukan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram memberitahu bahawa pasangan terbabit dikatakan sedang panik ketika memandu ke arah sekatan jalan raya berkenaan bagi mendapatkan bantuan.
Walau bagaimanapun, bayi perempuan bersama ibunya berada dalam keadaan selamat dan telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.
Kredit : Harian Metro
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
The post Tak Sempat Ke Hospital, Bersalin Dalam Kereta. Suami Berhenti Di Sekatan Jalan Raya appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tak-sempat-ke-hospital-bersalin-dalam-kereta-suami-berhenti-di-sekatan-jalan-raya/