
Ahli Partimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, pembentangan belanjawan kali ini tidak menampakkan pembangunan wilayah seimbang yang telah digariskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).Katanya, dalam Kajian Separuh Penggal RMK 11 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini ada meletakkan agenda yang besar iaitu Pembangunan Wilayah Seimbang.Jelasnya, apa yang dapat dilihat pembangunan di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu masih lagi tidak diseimbangkan oleh kerajaan.“Tiadanya projek pembangunan untuk Pantai Timur dinyatakan, khususnya untuk negeri Kelantan yang tidak disentuh langsung dalam pembentangan ini.“Jadi dapat dilihat keseimbangan pembangunan wilayah masih lagi tidak tercapai kerana dapat dilihat Kelantan dan Terengganu seolah-oleh dipinggirkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/11/2018|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |