Kongsi Gambar Durian Terbaik Di Media Sosial
Musim buah durian, ramai berkongsi gambar di media sosial. Gambar yang dipaparkan itu tentu jenis yang terbaik. Paling mendapat perhatian tentu sekali musang king atau raja kunyit. Paling tidak pun durian D24.
Ada juga yang tidak melepas peluang menunjukkan baka yang telah lama terkenal, tetapi kini semakin kurang jumlah pengeluarannya seperti durian tok naim dan durian tok litok.
Durian memang layak dipersembakan di media sosial sesuai dengan gelaran raja buah. Tambah-tambah lagi yang mempunyai harga mahal seperti raja kunyit.
Pengemar durian berdepan bahaya kesihatan jika makan durian berlebihan. Kesan buruk atau keburukan makan durian berkaitan kandungan mineral yang terdapat dalam durian.
Durian kaya dengan potassium. Pengambilan potassium perlu dalam jumlah yang sederhana.
Potassium adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengepam darah.
Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, kejang otot dan sakit otot.
Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi pengucupan otot jantung.
Hyperkalemia adalah kes kecemasan yang perlu dirawat segera. Ia boleh menyebabkan gangguan kadar denyutan jantung bahkan boleh menyebabkan denyutan jantung terhenti.
Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya peringkat yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing.
Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.
Sebab itu, mereka mengalami masalah buah pinggang perlu mengurangkan pengambilan durian untuk mengelak kesan buruk.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2019/08/deh.html