Kongres Pkr Berakhir Hanya Ada Kem Anwar




Anne Muhammad dan Jason Thomas -July 18, 2022 SHAH ALAM: Kongres Nasional PKR melabuhkan tirainya semalam menyaksikan pasukan Rafizi Ramli mengungguli kebanyakan jawatan dalam Majlis Pimpinan peringkat Pemuda dan Pusat.
Sepanjang berlangsungnya Kongres sejak Jumaat lalu yang bermula dengan sayap Pemuda dan Wanita, nama Rafizi kerap kali disebut susulan kritikannya terhadap Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan rasa kurang senang pemimpin terdekat presiden PKR.
Pada pembukaan kongres, Anwar menggesa seluruh akar umbi mengetepikan pertelingkahan dalam pemilihan lepas serta menumpukan usaha menghadapi PRU15. Malah katanya, beliau tidak akan menyerahkan watikah kepada mereka yang terus berkelahi.

Bagaimanapun, Rafizi dalam sidang media tidak lama kemudian secara terbuka berkata, berdasarkan tinjauan, populariti Anwar sebagai ketua pembangkang ketika ini mengalami kemerosotan.

Rafizi turut berkata sekiranya beliau menjadi Anwar, beliau akan menerima dapatan kajian berkenaan kerana ia memberi kesan langsung kepada Pakatan Harapan (PH), menjelang PRU15.
Kenyataan Rafizi menimbulkan rasa kurang senang Anwar yang menegurnya supaya tidak menggunakan kongres parti untuk memberi pandangan negatif berkaitan dirinya, sebaliknya teguran boleh dibuat secara dalaman.
Menerusi sesi perbahasan pada hari kedua kongres, 18 perwakilan membawa isu ekonomi, wanita, pendidikan dan anak muda yang memperlihatkan hampir 90% isi kandungannya mengusulkan supaya akar umbi memperkukuhkan parti terutamanya bagi menghadapi PRU15.
Malah, turut sering dilaungkan perwakilan, “hanya ada kem Anwar dalam PKR” – merujuk ahli PKR harus melupakan kempen pemilihan parti yang melibatkan pasukan Rafizi dan Saifuddin Nasution Ismail.
Hari terakhir kongres itu, ucapan sulung Rafizi sebagai timbalan presiden mencuri tumpuan umum apabila beliau menegaskan akan terus tegas dan lantang dalam membuat teguran walaupun menanggung risiko Anwar “kecil hati”.
Rafizi turut mengingatkan beliau bukan Azmin Ali yang mengkhianati parti selepas menabur pelbagai janji mengenai kesetiaan kepada Anwar dan PKR, sebaliknya, harapannya hanya mahu diadili atas usaha dan kerja yang dilakukan untuk PKR.
Mengakhiri ucapan penutup, Anwar menyifatkan kehadiran Rafizi dalam saf kepimpinan parti umpama memberikan “panadol” kepadanya.
Mengakui Rafizi sebagai seorang pemimpin yang ‘kontroversi’, Anwar berkata dia sangat mengenali bekas ahli Parlimen Pandan itu dan tahu akan kebolehannya.
“Kadang-kadang pening saya. Saya bisik dia tadi awal- awal, aku ni Rafizi, lama dah dengan kamu ni. Janganlah tambahkan pening aku.
“Rupa-rupanya dia datang bagi ucapan, dia bagi panadol, hilang pening saya,” kata Anwar.
Turut mendapat tumpuan umum, pengumuman dari bekas timbalan presiden Saifuddin memaklumkan parti itu menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) bagi menjelaskan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.
Bekas pengarah komunikasi Fahmi Fadzil dan bekas Ketua Wanita Fuziah Salleh tampil menyelar tindakan ahli parti yang melaporkan kepada polis dan JPPM serta gesaan menyenarai hitam individu terbabit.
Kongres Nasional PKR Ke-16 dengan tema Menjulang Keadilan berlangsung selama tiga hari di IDCC Shah Alam dengan kehadiran penuh.
Ia selepas kongres itu ditangguh susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lepas yang dilaksanakan kerajaan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/kongres-pkr-berakhir-hanya-ada-kem-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tinggalkanlah Parti Tangisan Wan Azizah Di Kongres Pkr Kecewa Kerana Musuh Dalam Selimut

Tinggalkanlah Parti Tangisan Wan Azizah Di Kongres Pkr Kecewa Kerana Musuh Dalam Selimut

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 334 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu ahlinya jika mereka tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti mereka boleh meninggalkan parti tetapi jangan jadi musuh dalam selimut Wan Azizah yang...
Anwar Rafizi Tak Perlu Sanggah Presiden Dalam Kongres

Anwar Rafizi Tak Perlu Sanggah Presiden Dalam Kongres

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 241 hits
Anne MuhammadSHAH ALAM Presiden PKR Anwar Ibrahim menegur Rafizi Ramli supaya tidak menggunakan kongres parti untuk memberi pandangan negatif berkaitan dirinya sebaliknya teguran boleh dibuat secara dalaman Anwar berkata ketika berlangsungn...
Rafizi Says Pkr Winning Next Ge Is The Priority Not Anwar S Popularity

Rafizi Says Pkr Winning Next Ge Is The Priority Not Anwar S Popularity

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 316 hits
PKR incoming deputy president Rafizi Ramli said attracting voters in the next general election should be the priority rather than concern about party president Datuk Seri Anwar Ibrahim s popularity The former Pandan MP said he does not unde...
Pkr Akan Berbincang Dengan Dap Amanah Mengenai Mou Kestabilan Politik Anwar

Pkr Akan Berbincang Dengan Dap Amanah Mengenai Mou Kestabilan Politik Anwar

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 226 hits
BernamaJulai 17 2022 PKR akan mengadakan perbincangan dengan DAP dan Amanah mengenai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan yang akan berakhir 31 Julai ini kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Ga...
Anwar Wants Pkr To Fight Against Thieves And Corrupt Politicians Not Fight Against Rafizi

Anwar Wants Pkr To Fight Against Thieves And Corrupt Politicians Not Fight Against Rafizi

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 379 hits
Anwar Ibrahim told delegates at the PKR congress here to focus their attention on battling thieves and the corrupt as opposed to exploiting the seeming rift between himself and his deputy Rafizi Ramli Stating that Rafizi is known for his co...
Pkr Panas Pinggirkan Rafizi Ramli Tian Chua Punya Kerja Kongres

Pkr Panas Pinggirkan Rafizi Ramli Tian Chua Punya Kerja Kongres

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 281 hits
Jul 17 2022 Hari kedua kongres PKR kecoh apabila Rafizi ramli yang secara rasminya dipilih dan disahkan menjadi Timbalan Presiden PKR tidak kelihatan berada diatas pentas seperti mana ketua AMK dan ketua Wanita PKR Kemunculan rafizi yang di...
Anwar Rafizi Saling Melengkapi Pkr Menuju Pru15 Akmal

Anwar Rafizi Saling Melengkapi Pkr Menuju Pru15 Akmal

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 265 hits
Angkatan Muda Keadilan yakin gandingan Presiden PKRM Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden mampu melengkapi antara satu sama lain dalam mengemudi parti menghadapi PRU15 Ketuanya yang bakal berundur Akmal Nasrullah Mohd Na...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi