Konglomerat Taja Parti Politik Lemahkan Agenda Reformasi


 

Agenda reformasi politik dan pentadbiran di Malaysia akan menjadi lemah sekiranya parti parti politik menerima tajaan konglomerat sama ada dalam sumbangan dana pilihan raya atau pengoperasian parti.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, parti politik tidak seharusnya ditaja seperti itu yang akan menyukarkan usaha menghapuskan rasuah dan penyelewengan sekiranya sesebuah parti dipilih menjadi kerajaan.

Katanya, dalam kes beliau, keengganan berkompromi dengan konglomerat seperti itulah menyebabkan beliau tidak menjadi Perdana Menteri sehingga ke hari ini.

"Jadi jangan meremehkan kemungkinan dalam politik, dalam pilihan raya ada yang ditaja hanya untuk melemahkan agenda reformis.

"Saya akui tidak mudah. Ya, saya belum berhasil penuh. Tapi kalau saya kompromi, saya sudah berhasil. Jangan lupa, kalau saya kompromi, saya sudah jadi Perdana Menteri," katanya dipetik Wawancara Eksklusif bersama Sinar Harian.

Tambah Presiden KEADILAN itu, pendirian menentang rasuah sehingga ke akar umbi menyebabkan beliau dan partinya tidak popular di kalangan oligarki dan tidak banyak pihak yang sanggup membantu perjuangan KEADILAN.

"Saya tentu tidak popular, jadi tokoh-tokoh yang besar susah nak bantu PKR selagi Anwar jadi ketua.

"Terus terang saya boleh berkawan dengan semua, tetapi untuk kompromi soal ini (rasuah), akan menjahanamkan negara kita," ujarnya.

Anwar membawa contoh perbahasan beliau di Parlimen berkenaan isu Pandora Paper yang amat tidak disenangi pemimpin kerajaan dan tokoh tokoh perniagaan, kerana mendedahkan nama nama yang membawa keluar wang dan disimpan di tempat selamat serta boleh mengelak cukai.

"Saya masih ingat di Parlimen tatkala berucap tentang Pandora Paper yang melibatkan mantan Perdana Menteri, mantan Menteri Kewangan dan semua nama-nama besar dari pelbagai parti.

"Speaker larang saya bicara tetapi saya nak bicara sebab ini menyentuh kepentingan negara.

"Berbilion ringgit dibawa keluar dan orang-orang ini sekarang mahu jadi jaguh. Yang hendak menyelamatkan orang-orang Melayu itulah juga yang bawa ratusan juta keluar negara.

"Dia ada penyokong sebab dia ada wang. Sebab dia ada golongan korporat yang akan membantu," katanya lagi.

Konglomerat membantu parti politik pertama kali ditimbulkan Anwar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak. Beliau mengingatkan agar pengundi tidak memberi sokongan kepada parti parti yang ditaja tauke balak yang akan menggonggolkan lebih banyak hutan sekiranya parti berkenaan dipilih menjadi kerajaan sedangkan rakyat tidak mendapat apa apa manfaat.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/konglomerat-taja-parti-politik-lemahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muafakat Parti Politik Melayu Rapuh Kerana Tiada Agenda Besar Untuk Bangsa

Muafakat Parti Politik Melayu Rapuh Kerana Tiada Agenda Besar Untuk Bangsa

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 207 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Adakah PRN Johor akan beri keuntungan pada rakyat BANGI Meskipun Pilihan Raya Negeri Johor dilaksanakan untuk mendapat mandat baharu rakyat namun ia lebih kepada medan pertembungan parti parti politik Melayu be...
Video 6 Juta Undi Keluarga Industri Pengangkutan Darat Untuk Parti Politik Malakat Tribune 02 02 2022

Video 6 Juta Undi Keluarga Industri Pengangkutan Darat Untuk Parti Politik Malakat Tribune 02 02 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 192 hits
CYBERJAYA Kira kira 6 juta undi pemain industri pengangkutan darat bersama keluarga menanti mana mana parti politik di negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Penaung Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia Datuk Na...
Isu Pengangkutan Darat Ppdm Tunggu Respons Parti Politik Malaysia Gazette 02 02 2022

Isu Pengangkutan Darat Ppdm Tunggu Respons Parti Politik Malaysia Gazette 02 02 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 183 hits
CYBERJAYA Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia tidak berhasrat untuk didaftarkan sebagai parti politik sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi parti parti politik sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 Ketua Aktivisnya...
Akar Umbi Bersatu Johor Cadang Semua Parti Politik Bekerjasama Hadapi Umno

Akar Umbi Bersatu Johor Cadang Semua Parti Politik Bekerjasama Hadapi Umno

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 218 hits
agendaily com30 1 202210 Bahagian Bersatu mencadangkan semua parti politik merangka strategi bersama bagi menghadapi UMNO dan Barisan Nasional Semua parti politik tidak kira sama ada pembangkang atau di sebelah kerajaan dicadangkan merangka...
Tauke Tauke Besar Akan Memihak Parti Politik Yang Gelojoh Terhadap Rasua

Tauke Tauke Besar Akan Memihak Parti Politik Yang Gelojoh Terhadap Rasua

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 210 hits
Tidak mustahil KEADILAN selepas ini akan menerima cabaran yang lebih berat berikutan sikap melawan oligarki yang memerintah negara Namun itu katanya adalah asam garam perjuangan untuk menegakkan memastikan rakyat marhaen terbela Kleptokarsi...
Ppdm Sedia Sokong Parti Politik Yang Sokong Perjuangannya Malakat Tribune 02 02 2022

Ppdm Sedia Sokong Parti Politik Yang Sokong Perjuangannya Malakat Tribune 02 02 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 185 hits
CYBERJAYA Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia hari ini menyatakan pihaknya bersedia menyokong mana mana parti politik yang sanggup bersamanya memperjuangkan nasib para pemain industri tersebut Ketua Aktivis PPDM...
Rakyat Hakim Pru 15 Gerakan Politik Tanpa Parti

Rakyat Hakim Pru 15 Gerakan Politik Tanpa Parti

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 208 hits
Catatan Perjalanan Sembang dengan Basir Ismail di Jitra KELMARIN saya ke negeri Jelapang Padi Kedah Darul Makmur Bukan ada apa apa pun sahaja jalan untuk melepas angin dan makan angin Duduk di ibu Kota Kuala Lumpur tanpa keluar tidak sedap ...
Dua Pengkaji Politik Ramal Parti Pejuang Mahathir Hadapi Total Wipeout Jika Bertanding

Dua Pengkaji Politik Ramal Parti Pejuang Mahathir Hadapi Total Wipeout Jika Bertanding

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 163 hits
Oleh Sirajuddin AhmadDua orang pengkaji politik dan penganlisa menjangkakan jika Parti milik peribadi Mahathir masuk bertanding di PRN Johor maka pasti akan hadapi kekalahan teruk atau pun Total wipeout Kajian dibuat oleh Doktor Oh Ei Sun d...
Politik Melayu Ialah Politik Gila Kuasa

Politik Melayu Ialah Politik Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 241 hits
Pada tahun 1951 Umno telah berpecah diantara golongan Nationalist dan golongan Islamist maka dari situ wujudlah PAS Lepas itu Umno dan PAS berpecah banyak kali lagi kepada IMP Parti Negara Umno Baru Semangat 46 Hamim Berjasa Parti Keadilan ...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Arab Ta If Al Aqsa

Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025

Emina Tone Up Cream Affordable Tone Up Cream For Combination Skin

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa