Komuniti Tempat Kerja Catat Kluster Tertinggi


DR. NOOR HISHAM ABDULLAH


PUTRAJAYA: Kluster komuniti dan tempat kerja masing-masing mencatatkan 14 kluster serta dua kluster kumpulan berisiko tinggi sekali gus menjadi jumlah keseluruhan sebanyak 30 kluster baharu, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster komuniti, enam di Kelantan, Kampung Banir Belikong di Pasir Puteh (19), Kampung Jelor di Pasir Puteh dan Kota Bharu (19), Kampung Padang Bongor di Kota Bharu (12), Taman Kifayah di Jeli (11), Kampung Cherang Hangus Machang di Machang (11), Kampung Padang Tok La di Pasir Mas (8) dan dua di Kedah, Dah Kampung Nonang di Kota Setar (45), Dah Kampung Tiang di Pendang (30).

Baki kluster komuniti katanya, Kerteh Lima di Dungun, Terengganu (78); Kampung Telaga Air di Kuching, Sarawak (61); Kampung Sangkabok di Kuala Penyu, Sabah (33); Kampung Sungai Isap di Kuantan, Pahang (25); Kampung Tun Razak di Hulu Selangor, Selangor (23) dan Taman Parit Jaya di Perak Tengah dan Kuala Kangsar, Perak (19).

“Kluster tempat kerja pula, lima di Selangor, Tapak Bina Bestari Satu di Klang (161), Industri Bangi Lama Batu Satu Setengah di Hulu Langat (124), Industri Canang Emas Lapan di Klang (109), Tapak Bina Damar 2 di Sepang dan Petaling (68), Tapak Bina Kenanga Salak Perdana di Sepang (48); tiga di Johor, Merbau 10 Kulai di Kulai dan Johor Bahru (9), Perindustrian Jamil Dua di Muar (41), Jalan Industri Bioteknologi Dua di Johor Bahru (sembilan).

“Selain itu, dua di Negeri Sembilan, Industri Jalan Mutiara Nilai di Seremban (44), Industri Gedok di Tampin (30); dua di Sarawak, Mega Suai di Subis (24), Jalan Industry Estate 38 di Bintulu (17); satu di Pahang, Rimba Mentakab di Temerloh (24) dan satu di Perak, Jong Langkap di Hilir Perak (11) manakala dua kluster kumpulan berisiko tinggi, Jalan Seri Impian Tiga di Kluang, Johor (37) dan Jalan Pahang Bidor di Titiwangsa, Kuala Lumpur (16),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia kembali mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 17,105 kes berbanding semalam, 15,764 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 12,297 kes dengan 195 kematian dicatatkan dengan 1,066 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 537 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 203,664 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,836 kes diikuti Kuala Lumpur (2,309), Johor (1,275), Kedah (1,036) dan Sabah (1,010)

“Lapan negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak (967), Kelantan (915), Negeri Sembilan (816), Pulau Pinang (798), Pahang (628), Melaka (508), Sarawak (494) dan Terengganu (429).

“Putrajaya pula mencatatkan kes dua angka iaitu 72 kes manakala Perlis (7) dan Labuan (5),” katanya.

Mengulas mengenai 195 kematian, beliau berkata, Selangor turut menjadi penyumbang utama dengan 88 kes diikuti 24 kes di Johor, 15 kes di Pulau Pinang, 13 kes di Kedah, 12 kes di Sabah, masing-masing lapan kes di Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang, tujuh kes di Terengganu, empat kes di Perak, tiga kes di Kelantan, dua kes di Sarawak, serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Labuan, dan Perlis.

“Kematian melibatkan 111 lelaki dan 84 wanita dengan 22 warga asing, 34 kes kematian luar hospital dan 150 pesakit mempunyai latar belakang penyakit,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/komuniti-tempat-kerja-catat-kluster.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Lagi Kluster Baharu Libatkan Tempat Kerja Komuniti Di Sabah

4 Lagi Kluster Baharu Libatkan Tempat Kerja Komuniti Di Sabah

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 387 hits
PETUGAS PPV memeriksa maklumat peribadi seorang pekerja menerusi aplikasi MySejahtera sebelum mereka menerima vaksin Covid 19 di PPV KOTA KINABALU Sabah merekodkan empat lagi kluster baharu Covid 19 dengan tiga daripadanya melibatkan penula...
Kedai Roti Punca Kluster Tempat Kerja Di Tawau

Kedai Roti Punca Kluster Tempat Kerja Di Tawau

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 288 hits
Saringan tempat kerja mengesan 8 pekerja kedai roti positif Covid 19 Kota Kinabalu Kedai roti di Tawau disyaki menjadi punca penularan jangkitan Covid 19 yang mencetuskan kluster berkaitan tempat kerja di daerah itu hari ini Jurucakap perke...
Kementerian Kesihatan Mengesan 32 Kluster Covid 19 21 Daripadanya Babit Tempat Kerja

Kementerian Kesihatan Mengesan 32 Kluster Covid 19 21 Daripadanya Babit Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 305 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan mengesan 32 kluster baharu Covid 19 dengan 21 daripadanya membabitkan tempat kerja Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tujuh lagi kluster komuniti serta masing masing dua kluster ...
Kemas Kini Kes Tertinggi Hari Ini 6 Negeri Catat Angka Lebih 1 000 Kes

Kemas Kini Kes Tertinggi Hari Ini 6 Negeri Catat Angka Lebih 1 000 Kes

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 301 hits
AGENDA DAILY Data 5 Ogos 2021 Hanya empat daripada 16 negeri dan wilayah Perlis Pahang Kelantan dan Kuala Lumpur merekodkan penurunan dalam kes baharu Covid 19 sepanjang tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi Selebihnya meningkat dan me...
Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 588 hits
KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid...
Lebih Setengah Juta Dos Disuntik Vaksin Semalam Catat Rekod Harian Tertinggi

Lebih Setengah Juta Dos Disuntik Vaksin Semalam Catat Rekod Harian Tertinggi

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 457 hits
Lebih setengah juta dos disuntik vaksin semalam catat rekod harian tertinggi Malaysia mencapai kadar vaksinasi Covid 19 melebih setengah juta dos dengan 507 050 dos telah diberikan pada Khamis Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memakl...
Kluster Tembok Penyumbang Tertinggi Kes Covid 19 Sabah

Kluster Tembok Penyumbang Tertinggi Kes Covid 19 Sabah

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 321 hits
ISI SINI Kota Kinabalu Kluster Tembok atau penjara masih menjadi penyumbang tertinggi kes baharu Covid 19 di Sabah dengan 245 kes atau 37 3 peratus direkodkan semalam Jurucakap perkembangan harian Covid 19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata ...
Hilang Kerja Tempat Tinggal Akibat Pkp

Hilang Kerja Tempat Tinggal Akibat Pkp

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 285 hits
Sebuah keluarga berjalan di tengah panas terik selepas diminta keluar dari rumah sewa PETALING JAYA Tiada pekerjaan dan hilang tempat tinggal disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Itulah dugaan yang terpaksa ditempuh sebuah keluarga dalam ...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara

Emas Sasarkan Rekod Tertinggi

Rindu Yang Diam Diam Berdoa