Kementerian Kesihatan Mengesan 32 Kluster Covid 19 21 Daripadanya Babit Tempat Kerja
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesan 32 kluster baharu Covid-19, dengan 21 daripadanya membabitkan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh lagi kluster komuniti serta masing-masing dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan sektor pendidikan.
Katanya, kluster itu dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Kedah, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Terengganu.
Perincian kluster seperti berikut:
Kluster Industri Teratai (Klang, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat) dengan 255 kes.
Kluster Industri Jalan Sungai (Hulu Langat) dengan 164 kes.
Kluster Industri Jalan Bangi (Hulu Langat) dengan 159 kes.
Kluster Jalan TTP Satu (Sepang) dengan 26 kes.
Kluster Tapak Bina Jalan Merah Caga (Cheras) dengan 105 kes.
Kluster Tapak Bina Jalan Gading (Lembah Pantai) dengan 73 kes.
Kluster Jalan Wangsa Delima (Titiwangsa) dengan 20 kes.
Kluster Jalan Medan Bunus (Lembah Pantai) dengan 14 kes.
Kluster Teknologi Senai 21 (Kulai) dengan 32 kes.
Kluster Jalan NIP Industri (Johor Bahru) dengan 21 kes.
Kluster Tapak Bina Raya (Muar) dengan 17 kes.
Kluster Persiaran Cassia Selatan Tujuh (Seberang Perai Selatan, Tengah, Utara, Timur Laut dan Barat Daya) dengan 26 kes.
Kluster Jalan Permatang Pauh (Seberang Perai Utara) dengan 12 kes.
Kluster Industri Perai Lapan (Seberang Perai Tengah) dengan 12 kes.
Kluster Industri Tunas Baru (Alor Gajah) dengan 44 kes.
Kluster Angkasa Nuri (Alor Gajah dan Melaka Tengah) dengan 27 kes.
Kluster Industri 3/5 Temerloh (Temerloh) dengan 23 kes.
Kluster Kuala Tahan (Jerantut) dengan 18 kes.
Kluster Dah Perusahaan Lima Industri Kulim (Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda) dengan 118 kes.
Kluster Jalan Demak Laut (Kuching, Bau, Asajaya, Samarahan dan Serian) dengan 30 kes.
Kluster Kuril (Kinabatangan) dengan 12 kes.
Kluster Jalan Cenderai Sembilan (Johor Bahru) dengan 14 kes.
Kluster Putri Fasa Enam (Kulai dan Johor Bahru) dengan 14 kes.
Kluster Jalan Permas Lapan (Johor Bahru) dengan 11 kes.
Kluster Kampung Kuala Gel (Bachok dan Kota Bharu) dengan 14 kes.
Kluster Kebun Lama (Papar dan Kota Kinabalu) dengan 27 kes.
Kluster Abu Bengang (Saratok) dengan 131 kes.
Kluster Padang Pulut (Dungun) dengan 48 kes.
Kluster Jalan GC Satu (Sepang) dengan 20 kes.
Kluster Jalan Dwitasik Satu (Cheras) dengan sembilan kes.
Kluster Dah Kempas (Kuala Muda) dengan 57 kes.
Kluster Taman Kok Doh (Kepong) dengan sembilan kes.
Hisham berkata, sebanyak 3,361 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 946 daripadanya kluster aktif dan 2,415 lagi sudah tamat. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pahangdaily.blogspot.com/2021/07/kementerian-kesihatan-kesan-32-kluster.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)