Komunis Tembak Perut Ayah Hingga Terburai Waris Tragedi Bukit Kepong


bharian.com.my
Oleh Alias Abd Rani 
[email protected]
- Februari 23, 2025 
Zaleha Ahmad, 75, menceritakan detik tragedi Bukit Kepong yang meragut nyawa bapanya kira-kira 72 tahun lalu. - NSTP ALIAS ABD RANI
MUAR: Ditembak ketika bersarapan hingga usus terburai antara detik hitam dilalui lima sekeluarga dalam serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong, kira-kira 72 tahun lalu.

Allahyarham Ahmad@Mohamad Jaafar yang berkhidmat sebagai 'mata-mata' kepada pasukan keselamatan ditembak dua kali oleh komunis dalam serangan dinihari ketika kebanyakan penduduk sedang lena dibuat mimpi.

Anak arwah, Zaleha Ahmad, 75, berkata melalui penceritaan arwah ibunya, Mariam Ibrahim, tragedi berdarah itu berlaku ketika dia berusia tiga bulan dan berada di pangkuan arwah bapanya.

Menurut Zaleha, kejadian berlaku sekitar jam 4.30 pagi ketika mereka sekeluarga sedang menikmati sarapan sebelum terdengar tembakan dari luar.

"Ibu memberitahu, bapa menjenguk melalui tingkap sebelum bahunya ditembak. Bapa terjatuh, namun sempat bangun dan beritahu ibu supaya sembunyikan adik-beradik dalam peti besi di balai polis.

"Belum sempat berbuat apa-apa, komunis sudah tercegat depan pintu lalu melepaskan tembakan mengenai perut hingga usus terkeluar. Waktu itu, bapa masih hidup dan ibu bersama empat adik-beradik kami ditarik keluar ke tepi sungai.

"Arwah bapa masih dalam rumah dan ibu terdengar mereka (komunis) mahu membakar berek polis. Jadi arwah ibu merayu sambil mengangkat tangan kepada komunis agar membenarkannya membawa keluar ayah," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong Sempena Sambutan Hari Polis Ke-218, di Galeri Darurat Bukit Kepong, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Polis Johor, Datuk M Kumar serta Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz.

Menurut Zaleha lagi, mereka sekeluarga berkumpul di tepi perigi, manakala ibu bersama abangnya berusia tiga tahun ketika itu, berjalan ke berek polis untuk membawa keluar arwah bapanya yang masih hidup.

"Ibu beritahu, arwah bapa meninggal dalam bot ketika sedang dibawa ke Hospital Muar dan dikebumikan di Seri Menanti, Muar," katanya sambil berlinangan air mata.

Katanya lagi, arwah ibunya turut diacukan senapang di leher supaya memujuk anggota polis keluar menyerah diri.

"Ibu dipaksa oleh komunis namun anggota terbabit enggan menyerah dan komunis kemudian lari ke hutan berhampiran," katanya.

Seorang lagi waris mangsa serangan komunis Bukit Kepong, Jariah Jidin, 75, berkata arwah bapanya, Jidin Omar, ditembak komunis di perut sebelum meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Ketika itu, katanya dia masih di dlaam kandungan ibunya.

"Kami kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata angkara serangan komunis.

"Yang menjadi kenangan kami ialah membesar tanpa ayah, kami anak yatim. Bapa kami sudah meninggal, tapi kami waktu itu menempuh kehidupan yang sukar, menumpang kasih dengan arwah datuk.

"Akibatnya, hidup kami menderita... setiap kali tibanya majlis peringatan ini, saya terbayang bagaimana sukarnya kami tempuh perjalanan ini," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/komunis-tembak-perut-ayah-hingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 173 hits
AFPPOLIS dirakam berada di sebuah sekolah di Daejeon lokasi seorang guru menikam murid perempuan sehingga maut pada Isnin Foto Yonhap AFPSeoul Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di ...
Isteri Ditikam Bertubi Tubi Hingga Mati Kerana Bercakap Dengan Lelaki Lain

Isteri Ditikam Bertubi Tubi Hingga Mati Kerana Bercakap Dengan Lelaki Lain

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 139 hits
Sinar HarianPolis menyiasat di tempat kejadian Foto Sinar Harian AgensiJAKARTA Seorang wanita maut selepas ditikam bertubi tubi oleh suaminya hanya kerana cemburu mendengar mangsa bercakap dengan lelaki lain menerusi panggilan telefon Kejad...
Pembantu Rumah Kikis Harta Majikan Hingga Boleh Beli Kereta

Pembantu Rumah Kikis Harta Majikan Hingga Boleh Beli Kereta

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 165 hits
AgensiJakarta Seorang pembantu rumah Indonesia mengikis harta majikannya selama bertahun hingga mampu membeli kereta dan dihadiahkan kepada rakan sejenayahnya Wanita itu juga didakwa mengirimkan wang kepada keluarganya hasil jenayah terbabi...
Wanita Pukul Budak Hingga Tersungkur Berdarah Terhantuk Bucu Bangku

Wanita Pukul Budak Hingga Tersungkur Berdarah Terhantuk Bucu Bangku

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 113 hits
MUHAMMAD FIRDAUS HASSANTANGKAP layar CCTV kejadian kanak kanak perempuan dipukul seorang wanita di hadapan sebuah pasar raya dipercayai di Jejawi Arau KANGAR Seorang wanita dikecam selepas tindakannya memukul seorang kanak kanak perempuan d...
Rahsia Amalan Surah Al Baqarah Ayat 284 Hingga 286 Allah Cukupkan Semua Keperluan Dunia Akhirat

Rahsia Amalan Surah Al Baqarah Ayat 284 Hingga 286 Allah Cukupkan Semua Keperluan Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 273 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rahsia Amalan Surah Al Baqarah Ayat 284 Hingga 286 Allah Cukupkan Semua Keperluan Dunia Akhirat Alhamdulillah Surah Al Baqarah Ayat 284 hingga 286 ni atau mudahnya kita sebut dua ayat terakhir surah Al Ba...
Jabatan Meteorologi Malaysia Beri Amaran Cuaca Panas Kering Hingga Mei

Jabatan Meteorologi Malaysia Beri Amaran Cuaca Panas Kering Hingga Mei

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 126 hits
Kebanyakan tempat terutama di utara Semenanjung termasuk Perak Pahang dan Kelantan dijangka mengalami cuaca panas dan kering mulai bulan ini hingga Mei Memetik laporan Harian Metro Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham ...
Pencuci Muka Terbaik Mengandungi Aloe Vera Tea Tree Oil Mencuci Bersih Hingga Ke Liang Pori

Pencuci Muka Terbaik Mengandungi Aloe Vera Tea Tree Oil Mencuci Bersih Hingga Ke Liang Pori

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 137 hits
Pencuci muka terbaik Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser Memang Best Mencuci muka memang asas penjagaan muka paling penting sekali Tak guna kalau kita amalkan 9 steps skincare yang lain tanpa mencuci terlebih dahulu kan Ada hari ...
Warga Asing Sanggup Beli Mykad Palsu Pada Harga Antara Rm4 000 Hingga Rm5 000

Warga Asing Sanggup Beli Mykad Palsu Pada Harga Antara Rm4 000 Hingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 153 hits
Suzalina Halidam hmetro com myKuala Lumpur Warga asing yang ingin mendapatkan pekerjaan dan menetap di negara ini sanggup membeli MyKad palsu ditawarkan sindiket pada harga antara RM4 000 hingga RM5 000 Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk S...
Selisih Faham Punca Isteri Tikam Suami Hingga Maut

Selisih Faham Punca Isteri Tikam Suami Hingga Maut

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 133 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang kontraktor maut dipercayai ditikam oleh isterinya yang dikahwini sejak 37 tahun lalu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kajang semalam Ketua Polis Kajan...
Top 10 Pink Mercedes Benz Cars

Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Capital One To Curb Lounge Access For Some Cardholders

Warisan Terakhir Kisah Badak Sumbu Sumatera Malaysia

Makan Di Ebraheem Coffee

Hiburan Lelaki Mengganas Kelar Isteri Hingga Maut Sebelum Ke Rumah Keluarga Mentua Bakar Kereta

Resepi Daging Masak Hitam Raya Haji 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Merawat Kulit Berminyak Di Iklim Panas Seperti Indonesia

Bukan Tak Pandai Tapi Penat Burnout Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Cara Naikkan Page Rpm Blog Strategi Maksimumkan Pendapatan Laman Web Anda

Buy Diamond Chains Malaysia A Guide To Timeless Luxury

Bangi Wonderland Tempat Healing Best Sambil Main Air

Ejen Ali The Movie 2 Kini Filem Animasi No 1 Di Malaysia