Komunis Selamatkan Anwar



MOHD NASIR ABDULLAH, HARAKAH
SUDAH banyak kali kita dihidangkan dengan cerita Komunis dalam banyak laporan berita di Malaysia mutakahir ini. Cerita kisah lama yang menyayat hati dan melukakan perasaan kaum keluarga mangsa kekejaman Komunis, seperti ditambah lagi dengan taburan garam ke atas luka lama yang masih berdarah itu. Sejarah lama itu, kini dikocak-kocak semula, menaikkan keladaknya untuk entah apa maksudnya.
Pastinya bertambah pilu permainan perasaan ini dengan perkhabaran abu Chin Peng, telah berjaya dibawa masuk. Dan selang beberapa hari setelah berita itu disebarkan, timbul pula berita re-union bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang diadakan kononnya bagi memperingati peristiwa perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia dengan PKM di Hatyaai yang berkebetulan juga Perdana Menteri ketika itu sama dengan yang sekarang.
Saya melihat berita-berita ini, seperti tidak mendapat perhatian yang serius daripada pihak berkuasa, berbanding dengan keadaan dahulu, apabila menyebut komunis, ia adalah satu perkataan jijik. Jangankan bangsa cina biasa, malah pernah juga PAS dikaitkan dengan Komunis, hanya bagi memberikan gambaran yang PAS ini jahat. Begitulah eratnya hubungan antara Komunis dengan kejahatan, ibarat aur dengan tebing, isi dengan kuku. Sehingga jika sesiapa yang dipalitkan dengan Komunis, maka jahatlah dia dilihat.
Dan apabila suasana ketika ini agak tenang, tanpa tindakan yang keras oleh kerajaan seperti dahulu, saya terfikir, kenapakah ia terjadi sebegini? Adakah pihak keselamatan sudah hilang kekuasaan di bawah PH? Atau angkatan bersenjata di Malaysia sudah pudar ghairah mereka menentang Komunis? Atau Komunis sudah menguasai Kerajaan PH yang kita sedia maklum dipegang oleh DAP yang secara terang memperakui perjuangan Komunis?
Pada pandangan saya, ianya hanyalah satu keadaan yang dirancang. Ramai mungkin tidak menyedari yang pertelagahan yang sangat serius, berlaku di dalam PKR sekarang, boleh membawa kepada malapetaka kepada PH. Walaupun DAP menguasai PH, tetapi parti yang mendominasikan kerusi dalam PH, ialah PKR. Anwar dan Azmin saling serang-menyerang antara mereka. Petanda buruk kejatuhan pakatan mereka.
Azmin yang diketahui sebagai peluru Tun Mahathir, sekarang melalui penyokongnya mengugut untuk mengadakan satu lagi kongres PKR, berbeza dengan kongres yang bakal diadakan pada 6,7 dan 8 Disember ini. Berbalah lagi mereka dengan isu siapa merasmikan persidangan AMK. Pemecatan dua orang ahli PKR yang mana salah seorangnya ialah Ketua Cabang Bera, Zakaria Abdul Hamid baru-baru ini, adalah serangan terbaru Anwar ke atas Azmin. Entah apa dasar PKR, memecat ahlinya yang belum didakwa di mahkamah.
Kalau dahulu, prinsip mereka, tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Mereka mengutuk Umno kerana mengamalkan politik wang. Mereka mahukan pesalah-pesalah politik wang Umno dibicarakan, bukan ditentukan nasib mereka hanya kepada Jawatankuasa Disiplin parti sahaja. Dedahkan semuanya, seru mereka. Sosok seperti Tan Sri Isa Samad, Tan Sri Muhammad Taib antaranya. Nah, sekarang, mereka membicarakan pesalah rasuah parti dalam kelompok mereka sahaja. Prinsip mana, prinsip?
Dan dengan dakwaan Azmin bahawa 19 orang MPP PKR tidak bersetuju dengan hukuman itu, telah memperlihatkan serangan balas yang agak keras Azmin terhadap Anwar. Azmin dilihat sangat berani menyerang kembali Anwar, insan kamil lagi mutakammil (gelaran kepada Anwar oleh Mat Sabu ketika mereka bermusuh dahulu). Ianya jelas, Azmin tidak akan masuk ke kancah perang jika dia tiada kelengkapan senjata dan pasukan yang kuat. Pastinya Azmin tahu itu.
Jadi, ada tangan-tangan di belakang Azmin yang membantunya dalam menghadapi perang ini. PKR boleh pecah kerana perang ini jika tidak ditangani dengan baik. Oleh itu keselamatan PH berada di dalam keadaan genting sekarang, di sebalik desakan Anwar untuk Tun mengundurkan diri. Jika PH pecah, akibatnya sangat buruk bagi mereka, tetapi menjadi kegembiraan kepada 30 juta rakyat Malaysia. Itu belum masuk cerita ada cadangan AMK mahu mengusulkan undi tidak percaya kepada Anwar.
Tiba-tiba Ronnie Liu, pemimpin DAP yang paling lantang menyalak, mendesak Tun turun untuk digantikan dengan Anwar, melembutkan lidahnya dengan memuji Tun atas sikap Tun terhadap isu abu Chin Peng. Keluar pula cerita re-union bekas ahli  PKM dengan kehadiran seramai lebih kurang 400 orang. Apa kisah sebenarnya? Ia adalah cubaan memendamkan kepanasan perbalahan PKR. Tapi, mana mungkin kamu membakar tayar getah di padang yang lapang, tidak mahu dinampakkan asapnya.
Jadi cerita-cerita Komunis ini, bakal dijadikan perisai menyelamatkan Anwar dengan merancang menundukkan Azmin bagi beliau meneruskan cita-citanya untuk menjadi PM. Fikir mereka, rakyat akan melupakan sengketa PKR dengan mengalihkan perhatian kepada isu Komunis ini. Sudah tentu DAP yang berada di belakang sekali gus juga mencuba kedalaman sensitiviti masyarakat Melayu Islam dengan Komunis ini. Serampang dua mata.
Jadi, jangan kita terpedaya dengan mainan politik murahan PH ini. Ya, Komunis suatu isu besar, tetapi saya yakin yang ia ditimbulkan demi sebuah cita-cita dari orang yang kemaruk mahu menjadi PM. PH ialah suatu mudharat kepada Malaysia. Tun dan Azmin adalah salah satu daripada anggota mudharat ini. Tetapi, mengambil bandingan dengan Anwar dan DAP, ianya jauh lebih buruk dari mudharat Tun dan Azmin. Maka seperti biasa, dalam feqah, kita memilih mudharat yang ringan daripada mudharat yang besar.
Semoga Tun dan Azmin berjaya menggagalkan rancangan Anwar bersama DAP ini bagi menguasai Malaysia. Sebagaimana kata Presiden PAS, Tun Mahathir, semakin tua, semakin menjadi. Sungguh memualkan, sikap yang selalu berkelahi terutama dengan kawan, tetapi masih galak mahu menjadi PM. Atau ada yang masih percaya dan bermimpi harga minyak turun bila beliau jadi PM? Hentikanlah. PAS sudah masak dengan perangainya ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/12/02/komunis-selamatkan-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
This Is Not Parliament Pkr Veep Says On No Confidence Vote Against Anwar

This Is Not Parliament Pkr Veep Says On No Confidence Vote Against Anwar

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 302 hits
PKR vice president Shamsul Iskandar today played down a youth leader s call for a vote of no confidence against party president Anwar Ibrahim ahead of PKR s national congress this weekend Vote of no confidence This is not the Parliament for...
Bukan Tidak Sabarnya Penyokong Anwar Jadi Masalah Tun M Yang Berdolak Dalik Itulah Punca Segala Masalah

Bukan Tidak Sabarnya Penyokong Anwar Jadi Masalah Tun M Yang Berdolak Dalik Itulah Punca Segala Masalah

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 267 hits
Dalam tulisan di blognya semalam Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri A Kadir Jasin berkata adalah lebih baik soal peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim diselesaikan oleh kedua dua pemimpin itu saja Ta...
Sokongan Kepada Anwar Waktu Susah Dan Senang Jom Bertemu Di Kongres Nasional Keadilan Di Mitc Melaka Hujung Minggu Ini

Sokongan Kepada Anwar Waktu Susah Dan Senang Jom Bertemu Di Kongres Nasional Keadilan Di Mitc Melaka Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 338 hits
KEADILAN bukan parti Anwar dan Anwar bukan KEADILAN Namun siapa boleh nafikan KEADILAN itu wujud dek batang tubuh insan bernama Anwar Bahkan reformasi itu sendiri mula menjadi sebutan kerana peristiwa pemecatan ke atas Anwar Ibrahim dari Um...
Kongres Pkr Usul Undi Tidak Percaya Atas Anwar Palsu

Kongres Pkr Usul Undi Tidak Percaya Atas Anwar Palsu

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 267 hits
Tiada usul tidak percaya yang akan dibuat terhadap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Kongres Nasional parti itu yang bakal berlangsung Perkara itu disahkan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Ahmad Fahmi Mohamed Fad...
Anwar Expects Big Turnout At Pkr National Congress

Anwar Expects Big Turnout At Pkr National Congress

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 305 hits
PKR president Anwar Ibrahim says he and his deputy Mohamed Azmin Ali are on good terms KUALA LUMPUR PKR president Anwar Ibrahim has downplayed the reported widening of the rift in his party saying he is confident that more than 75 of branch...
Anwar Ibrahim Bakal Jadi Menteri Tugas Khas

Anwar Ibrahim Bakal Jadi Menteri Tugas Khas

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 469 hits
Anwar Ibrahim Bakal Jadi Menteri Tugas Khas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memilih untuk tidak mendedahkan keputusannya berkenaan cadangan melantik Anwar Ibrahim sebagai menteri tugas khas Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan cadan...
Anwar Yakin Lebih 75 Perwakilan Hadir Kongres Pkr

Anwar Yakin Lebih 75 Perwakilan Hadir Kongres Pkr

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim yakin lebih 75 perwakilan akan menghadiri Kongres Nasional PKR pada hujung minggu ini walaupun perpecahan dilaporkan berlaku dalam parti itu Ditanya jika timbalannya Mohamed Azmin Ali menghantar wakil untuk mengad...
Tidak Perlu Perdamaian Saya Jumpa Semua Pemimpin Anwar

Tidak Perlu Perdamaian Saya Jumpa Semua Pemimpin Anwar

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuk beliau berdamai dengan pemimpin yang dikaitkan dalam konflik dalaman parti khususnya dengan timbalan beliau Datuk Seri Azmin Ali Menurut b...
Shamsul Iskandar Ticks Off Pkr Leaders For Asking Anwar To Apologise

Shamsul Iskandar Ticks Off Pkr Leaders For Asking Anwar To Apologise

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 293 hits
PKR information chief Shamsul Iskandar Mohd Akin has ticked off several PKR leaders who urged party president Anwar Ibrahim to apologise over the sacking of two party members including Bera division chief Zakaria Abdul Hamid While PKR is op...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri