Komunikasi Dalam Keluarga Terencat Kerana Telefon Bimbit



1. Apabila berada di meja makan sama ada di rumah atau ketika keluar makan di luar, selalu saya pesan kepada diri sendiri dan ahli keluarga lain untuk meletakkan handphone di dalam handbag atau poket masing-masing. Ketepikan handphone. Makan bersama-sama adalah ruang dan peluang paling efektif untuk berkomunikasi, merapatkan hubungan, bercerita, berkongsi rasa, mendengar solusi bagi sesuatu isu, mendengar pendapat dan memberi idea, bersembang dan bergurau senda. Ia suatu moment yang mesti selalu dicipta dalam keluarga kita. 
2. Selalu merasa pelik ketika melihat  sekeluarga makan di restoran atau cafe, tetapi sementara menunggu makanan sampai, semua fokus kepada handphone masing-masing. Ketika makan pun layan handphone, selepas makan pun masih leka dengan handphone. Dari yang usia dua tahun dengan handphone, abang usia lima tahun pun dengan handphone, anak yang usia 15 tahun pun dengan handphone, mummy dan daddy juga dengan handphone masing-masing. Pandangan itu semakin meluas, dari satu meja ke meja yang lain, itulah yang saya perhatikan. Mereka terlepas waktu emas yang suoer mahal dengan ahli keluarga  masing-masing. Setiap kali saya melihat situasi keluarga sebegini, saya rasa kasihan. Kerana setiap ahli keluarga tidak dapat memanfaatkan masa dengan baik untuk membina suatu ikatan yang kukuh dengan berkomunikasi di kalangan ahli keluarga. 
3. Dalam dunia media sosial memainkan peranan utama, tetapi hakikat sebenar semakin ramai anak-anak remaja yang stress kerana tidak didengari, ramai isteri dan suami yang sunyi kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri, isteri merasa terabai kerana suami lebih banyak menghabiskan masa dengan handphone berbanding bercakap dengan isteri. Anak-anak rasa terbiar di sebalik iphone yang mereka miliki, Ramai pula anak-anak yang langsung tidak pandai berkomunikasi dengan orang sekeliling walaupun dengan ahli keluarga sendiri. Ramai pula yang mengalami stress dan kemurungan dalam keadaan dunia penuh dengan hiburan. Masalah dalam keluarga semakin membesar, jurang semakin jauh di sebalik talian wifi yang meluas. Dunia mereka menjadi sempit di sebalik talian internet tanpa batas. Kesian kan. 
5. Ikatan hati antara suami, isteri dan anak-anak adalah suatu aspek yang sangat-sangat penting. Kerana ia menjadi benteng untuk menyelesaikan apa saja konflik yang berlaku di dalam keluarga. Dan ikatan hati itu mesti dijalin dan dipadu kukuh melalui komunikasi dalam keluarga. Sangat penting untuk setiap ahli keluarga bercakap, berbual, sahut menyahut walaupun dalam perkara atau topik yang tidak penting. Ya mungkin kita bercakap tentang kebersihan, tentang drama TV, tentang movie, tentang penyakit, atau isu-isu semasa dalam masyakat. Atau sekadar cerita naik MRT, pengalaman harian dengan kaean sekolej, atau dengan bos di tempat kerja, atau pengalaman yang mereka lalui di kolej atau di majlis open house kawan. 
6. Tetapi ia sangat penting bagi ahli keluarga untuk mendapatkan skils bercerita, mendengar, memberi riak wajah, memberi fokus, meluahkan emosi mereka, berkongsi rasa, meminta dan memberi respond, memberi jawapan atau apa-apa komen yang diperlukan. Semua respond atau timbal balas dalam sesi komunikasi di meja makan ini menjadi teras membina ikatan kekeluargaan yang kukuh dan terjalin kuat. 
7. Untuk membina kekuatan ini, ia memerlukan waktu yang banyak dan lama. Jadi ketika kita mempunyai waktu makan sekeluarga, atau ketika berdua dengan pasangan, maka gunakan kesempatan itu untuk menguatkan jalinan ikatan iti dengan berbual dan bercerita. 80 peratus kekuatan kekeluargaan dibina melalui komunikasi. Jangan sia-siakan waktu berharga itu dengan handphone yang tidak memberi value yang tinggi ke arah membina kekuatan kekeluargaan dan kebersamaan ukhwah. 
8. Komunikasi di meja makan akan membangunkan kedekatan hubungan, keterbukaan sikap, keakraban perasaan, keselesaan ketika berkongsi, membina hubungan saling percaya mempercayai, keyakinan, saling membantu, kemesraan dan kasih sayang, kekitaan dan kebersamaan, sandar menyandar, membina satu dinding kukuh untuk saling menyandar, membina dahan yang kuat untuk saling bergantung dan meletakkan harapan, melembutkan hati, membina empati, saling memuliakan, hormat menghormati antara satu sama lain. 
9. Pemerhatian saya, banyak isu pergaduhan dan pertelingkahan dalam keluarga berpunca daripada  miss komunikasi di kalangan ahli keluarga. Sepatutnya dalam dunia teknologi serba canggih, ketika semua ahli keluarga mempunyai handphone mereka sendiri, sepatutnya kita menjadi lebih rapat dengan sesama ahli keluarga. Namun sebaliknya handphone menjadi faktor kerenggangan hubungan sesama ahli keluarga. 
10. Kita mesti belajar meluangkan masa untuk berbicara, berbual, bercerita, berkongsi pengalaman, bersenda gurau dengan suami, isteri, anak dan menantu kita yang ada dalam satu rumah.  Ketika bercakap di meja makan, gunakan bahasa yang baik, sopan dan penuh mesra. Tidak ada sindir menyindir, kata mengata atau perli orang lain. Tidak ada bahasa yang kesat, kasar atau panggilan yang tidak menyenangkan. Tidak ada bahasa kotor atau lucah dalam perbualan dan komunikasi dalam keluarga. Saling respect dan memuliakan ahli keluarga. 
11. Apabila masuk ke rumah, berikan salam. Tunjukkan wajah yang ceria dan menggembirakan walaupun kita mungkin dalam kepenatan. Terus ajak anak-anak berkumpul di meja makan di dapur atau di ruang keluarga. Sekadar untuk berjumpa mata di meja makan sebelum masuk bilik dan berehat. Cuba elakkan percakapan yang mengguris perasaan ahli keluarga, gelaran atau panggilan yang tidak disukai, atau apa saja perkataan yang boleh mengguris hati setiap ahli keluarga. Sebagai ibu, tentu kita faham setiap perangai anak atau suami kita. Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Didiklah diri kita menggunakan bahasa yang sopan dan lemah lembut. 
12. Saya tidak malu untuk meminta maaf kepada anak-anak atau suami jika saya melakukan kesilapan ketika bercakap dengan mereka. Dan didik anak-anak kita untuk sentiasa meminta maaf jika mereka juga silap ketika berkomunikasi. Bukannya keras kepala dan ego dengan diri sendiri. Kita kena ada rasa rendah diri dengan anak-anak. Meminta maaf kepada ahli keluarga akan membuat mereka lebih menghormati kita. Tidak tercalar sedikitpun harga diri kita. Pasangan dan anak-anak akan lebih memahami dan mahu sentiasa bertolak ansur dengan kita. 
13. Berkomunikasi adalah salah cara untuk merapatkan hubungan sesama keluarga adalah dengan sentiasa membuka ruang untuk berkomunikasi dengan semua ahli keluarga. Kadang-kadang sangat simple. 
Contohnya..
Bangun pagi, bagi salam kepada setiap ahli keluarga. 
Bersalam dengan setiap ahli keluarga ketika mahu keluar ke tempat kerja dan baru pulang dari tempat kerja. 
Senyum dengan lirikan mata lembut ketika berselisih bahu di dalam rumah. 
Mengajak solat berjemaah atau makan bersama-sama. 
Menunggu semua sampai di meja makan dan berdoa dengan doa makan bersama-sama. 
Mengucap terima kasih ketika ada yang berbuat kebaikan, membawa balik makanan, memasak dan sebagainya. Semuanya hal-hal kecil tetapi begitu besar impaknya. 
Sebutkan perkataan sayang, i love u, meminta maaf, dan sebagainya sesama ahli keluarga. 
14. Malahan komunikasi non verbal jiga penting. Contohnya mimik wajah, senyuman, lirik mata, bibir kita, cara kita melontarkan suara, cara kita menyusun kata, gerak badan dan seumpamanya. Semua ini sangat penting dalam membina ikatan yang terjalin kukuh sesama ahli keluarga. Ia menjadi asas utama membina bahagia. 
Bercakaplah, kerana bercakap itu adalah 80 peratus kepentingan dalam perkahwinan. 
Tilam tak empuk tak apa, tetapi hubungan suami isteri kukuh dan mantap. Komunikasi menjadi talian hayat sepanjang perkahwinan. 
Tak pakai BMW pun ok. Pakai kereta Myvi pun tak apa, asalkan  hubungan seluruh ahli keluarga seia dan sekata, muafakat dan saling membantu. 
Mantap sokmo.
Tak pakai baju sedondon musim raya pun tak apa, tetapi setiap ahli keluarga terikat hatinya dengan kuat sekali. Jiwa setiap ahli keluarga  sedondon sentiasa. 
Tak mewah pun tak apa, tetapi hubungan dan keakraban hubungan tidak tergugat dek perkara remeh temeh. 
Tak bercuti luar negara pun tak apa, tetapi setiap ahli keluarga merasa mereka dikasihi, dihargai, disayangi dan penuh limpahan cinta dalam keluarga. Rumah menjadi tempat anak-anak pulang mendakap cinta ibu dan ayah dan sesama adik-beradik. Dan ini semua mesti dibina, diusahakan dan didoakan sepanjang masa. 
15. Bulat air kerana pembentung, bulat keluarga kerana sepakat, maufakat, satu kata satu rasa. Semuanya mahu mempertahankan keluarga yang harmoni, sejahtera dan bahagia. Semuanya mahu mencapai reda Allah dan masuk syurga satu keluarga. 
16. Saya nak share juga  satu doa selalu diamalkan dalam keluarga adalah surah Al Anfal ayat 63. Bacalah selalu pada bila-bila masa. Ajak ahli keluarga yang lain untuk selalu membacanya bersama-sama.
Apa maksudnya? 
“Dan Dialah  yang menyatukan antara hati mereka(orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat  menyatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukan  hati mereka.  Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha  Bijaksana.”
Surah Al Anfal ayat 63
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2025/07/komunikasi-dalam-keluarga-terencat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Jatuh Tingkat Lima Kondo Berpunca Ada Masalah Keluarga

Lelaki Jatuh Tingkat Lima Kondo Berpunca Ada Masalah Keluarga

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 97 hits
NURUL IZZATI ZAINIKUALA LUMPUR Seorang lelaki berusia 53 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini semalam Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya...
Ziarah Bukan Lesen Sebar Gambar Keluarga Abdul Hadi Awang Kesal Menteri Kesihatan Tak Hormat Privasi

Ziarah Bukan Lesen Sebar Gambar Keluarga Abdul Hadi Awang Kesal Menteri Kesihatan Tak Hormat Privasi

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 128 hits
Keluarga kepada Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang meluahkan rasa kesal terhadap penyebaran gambar lawatan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang menziarahi beliau di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur hari ini Anaknya Mu...
12 Tahun Lebih Muda Sudah Bawa Jumpa Keluarga Kim Jiseok Lee Joomyung Bakal Berkahwin

12 Tahun Lebih Muda Sudah Bawa Jumpa Keluarga Kim Jiseok Lee Joomyung Bakal Berkahwin

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 129 hits
Kim Ji seok kini menjalinkan hubungan serius dengan kekasihnya Lee Joo myung sehingga telah memperkenalkannya kepada ibu bapanya Artikel Berkaitan Dalam video program Sokpuri Show Dongchimi tersebut bapa Kim Ji suk berkata Anak sulung saya ...
Honor Magic V5 Telefon Pintar Boleh Lipat Ternipis Tapi Mampu Tampung Beban 35kg

Honor Magic V5 Telefon Pintar Boleh Lipat Ternipis Tapi Mampu Tampung Beban 35kg

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 85 hits
HONOR sebentar tadi telah melancarkan model terbaru telefon pintar boleh lipat HONOR Magic V5 di China Honor mendakwa Magic V5 adalah telefon pintar boleh lipat paling nipis di dunia Pada ketebalan 8 8mm bila dilipat peranti ini hanya seteb...
Iqoo Z10 Bakal Dilancar 3 Julai Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Berkuasa Tahun Ini

Iqoo Z10 Bakal Dilancar 3 Julai Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Berkuasa Tahun Ini

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 97 hits
Telefon pintar iQOO Z10 bakal dilancarkan secara rasmi pada 3 Julai 2025 dan dijangka mengubah sempadan prestasi untuk kategori pertengahan Dilengkapi bateri bersaiz besar paparan AMOLED berkualiti tinggi dan cip Snapdragon 7s Gen 3 iQOO Z1...
Ketua Pemuda Mca Pahang Dirakam Keterangan Berkaitan Isu Serahan Data Peribadi Pengguna Telefon Dirampas

Ketua Pemuda Mca Pahang Dirakam Keterangan Berkaitan Isu Serahan Data Peribadi Pengguna Telefon Dirampas

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 98 hits
SHAH ALAM MCA mengesahkan Ketua Pemuda MCA Pahang Wong Siew Mun sudah selesai memberi keterangan berhubung kenyataannya berkaitan isu serahan data peribadi pengguna di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 2 petang Rabu Presiden MCA Datuk S...
Ramai Ingat Tak Boleh Guna Google Dekat Telefon Huawei Tapi Salah

Ramai Ingat Tak Boleh Guna Google Dekat Telefon Huawei Tapi Salah

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 136 hits
Bila sebut pasal telefon HUAWEI masih ramai yang fikir satu benda 8211 boleh guna Google ke Soalan ni tak pelik tapi dalam tahun 2025 ia sebenarnya dah tak begitu relevan Masih ramai yang sangka telefon HUAWEI dah tak boleh akses Gmail YouT...
Yoo Jaesuk Luah Rasa Sedih Akui Tak Pernah Pergi Bercuti Dengan Keluarga Naik Kapal Terbang

Yoo Jaesuk Luah Rasa Sedih Akui Tak Pernah Pergi Bercuti Dengan Keluarga Naik Kapal Terbang

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 129 hits
Sibuk dengan pelbagai aktiviti Yoo Jae suk nampaknya kesuntukan masa untuk bersama dengan keluarganya Artikel Berkaitan Baru baru ini semua ahli program How Do You Play termasuk Yoo Jae suk sedang dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang...
Satu Keluarga Satu Pakej

Satu Keluarga Satu Pakej

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 111 hits
SATU KELUARGA SATU PAKEJ Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang KEGILAAN YANG TERSENDIRI KEGILAAN APA Apa sahaja cuma ahli keluarga itu sahaja yang tahu dan saling memahami Senario Mood gurau Anak dan i...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan

Workers At Glove Mould Producer Back At Work After Successful Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Memperkukuh Pengetahuan Stem Di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan

Kekuatan Branding Bermula Dari Packaging Yang Profesional

Polypipe Solutions For Efficient Fluid Handling In Modern Systems

Pencuci Mulut

Woi Kau Bun H Saya Punya Adik Suasana Tegang Di Mahkamah Ahli Keluarga Mangsa Cuba Hampiri Suspek

13 Jam Yang Mendebarkan Hta Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam