Kompleks Nasyrul Quran Putrajaya Kedua Terbesar Di Dunia




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia | Tahukah anda bahawa Malaysia memiliki pusat percetakan Al Quran kedua terbesar di dunia! Kalau tak tahu dan nak tahu, jom baca perkongsian kali ini tentang salah satu pusat percetakan Al Quran paling maju dan bertaraf dunia yang lokasinya terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk membuat lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran. Sebelum itu, aku memang tak tahu menahu tentang kompleks ini. Tak sangka ya bahawa Malaysia mempunyai pusat dan kompleks sebegini yang sangat besar. Aku sememangnya sangat teruja sebelum lawatan kerana teringin melihat bagaimana penghasilan dan pelbagai lagi yang ada di sana

KOMPLEKS NASYRUL QURAN

Pintu Masuk 

Bila masuk sahaja ke dalam bangunan Kompleks Nasyrul Quran, anda akan melihat satu dinding yang tinggi dan sangat cantik! Memang salah satu tarikan untuk bergambar dan dijadikan posting di Instagram dan Facebook


Pada awal lawatan, anda akan dibawa ke ruangan melihat tayangan video berkenaan Kompleks Nasyrul Quran dan juga berkenaan Yayasan Restu. Yang lebih menarik adalah sebelum tayangan bermula, selawat ke atas Nabi Muhammad didahulukan! Seronok bila beramai-ramai mengalunkan selawat

Penerangan Mengenai Proses Pembuatan Al-Quran Mushaf Malaysia
Sejarah Awal Mushaf
Mushaf Malaysia
Sebahagian daripada Mushaf Malaysia
Antara fakta yang menarik mengenai Mushaf Malaysia adalah setiap hasil seni atau rekaan seni bagi setiap juzuk adalah berbeza mengikut identiti negeri-negeri yang terdapat di dalam Malaysia! Anda boleh lihat rekaan seni mengikut negeri anda di ruangan pameran ya

Hasil seni yang sangat cantik!
Mushaf Antarabangsa
Selain dapat melihat Mushaf Malaysia, pengunjung juga dapat melihat Mushaf dari negara lain. Setiap negara mempunyai keunikan dan juga rekaan menarik mengikut negara masing-masing. Aku begitu teruja melihat pelbagai jenis mushaf yang ada! Semuanya sangat cantik

Proses Pelupusan
Proses pelupusan bagi cetakan yang salah atau sebagainya ditunjukan juga. Proses ini dijalankan dan akan menjadi kertas Qudus iaitu kertas yang digunakan untuk membuat cetakan dan hasil seni Quran

Carta Alir Proses
Add captionRuangan Tinjau ke tempat pemprosesan dan percetakan 
Antara yang menarik sepanjang lawatan adalah dapat melihat bagaimana percetakan dan pemprosesan dilakukan. Ruangan yang sangat besar. Rata-rata ramai yang teruja dan kagum dengan keluasan kawasan ini

Antara koleksi hasil seni lain yang dikeluarkan di sini

Sepanjang lawatan, aku sememangnya sangat teruja melihat pelbagai hasil seni berunsurkan Islam. Sememangnya sangat indah dan sangat cantik! Aku sangat mengesyorkan anda untuk datang dan melihat sendiri semua hasil seni dan keindahan mushaf Quran ini

TENTANG KOMPLEKS NASYRUL QURAN
Kompleks Nasryul Quran merupakan salah satu pusat percetakan Al-Quran yang terkemuka di Asia Tenggara dibangunkan di tanah seluas 5.514 ekar di Presint 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kos pembinaan kompleks ini adalah sebanyak RM60 juta yang dibiayai oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kompleks ini dibina dan diwujudkan untuk merealisasikan impian untuk negara mempunyai tempat percetakan dan pemprosesan Quran bertaraf dunia

Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14 merupakan kedua yang terbesar di dunia selepasa Kompleks King Fahd di Madinah. Kompleks ini beroperasi untuk memenuhi keperluan dalam negara dan juga keperluan di luar negara untuk cetakan Al Quran berikutan jumlah penganut agama Islam yang semakin pantas berkembang iaitu seramai 3 bilion daripada 9 bilion manusia pada tahun 2050. 
Jangkaan cetakan yang akan dikeluarkan di Kompleks Nasyrul Quran ini adalah sebanyak 1 juta cetakan Quran setiap tahun, di mana 70 % daripadanya adalah untuk kegunaan di dalam negara manakala selebihnya adalah untuk negara-negara yang memerlukan

Kompleks ini juga mempunyai galeri pameran, kawasan latihan kemahiran, bilik mesyuarat, surau, kafeteria, kawasan melihat tempat percetakan, pejabat pentadbiran dan pengurusan

Untuk membuat lawatan, tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Terdapat 5 komponen dalam setiap lawatan

1 👉 Pengenalan tentang Yayasan Restu dan Kompleks Nasyrul Quran ( 30 minit )2 👉 Galeri Mushaf Malaysia ( 15 minit )3 👉 Galeri Mushaf Antarabangsa ( 15 Minit )4 👉 Galeri Reka Bentuk Dalaman ( 15 Minit )5 👉 Ruangan Tinjau Pusat Percetakan ( 30 Minit )
Setiap lawatan akan mengambil masa sekitar 2 jam.

Sempat berposing [ versi sopan ] berlatar belakangkan dinding yang cantik ini.

LOKASI

ALAMAT : 14811, Jalan P14J, Presint 14, 62675 WP, Wilayah Persekutuan PutrajayaLAMAN WEB :  https://www.nasyrulquran.com/FACEBOOK :  https://ms-my.facebook.com/nasyrulquranyrestu/
WAKTU OPERASI : Isnin - Sabtu : 9 Pagi - 4 Petang | Tutup : Ahad
Sumber Gambar : Wilayahku
Sekian
#PutrajayaRuns #GayaTravel  #SayangiBurungKu #VM2020 #VisitMalaysia2020
Artikel ini dihasilkan dari program Putrajaya On The Run! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 15 hingga 17 Ogos 2019 anjuran Perbadanan Putrajaya dan Gaya Travel Magazine .

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/11/kompleks-nasyrul-quran-putrajaya-kedua-terbesar-di-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reunion Kali Kedua Sahabat Sekelas Dunia Akhirat Thanawi Kg Sempadan Di Kuching Sarawak Mengukuhkan Ikatan Ukhwah

Reunion Kali Kedua Sahabat Sekelas Dunia Akhirat Thanawi Kg Sempadan Di Kuching Sarawak Mengukuhkan Ikatan Ukhwah

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 394 hits
Alhamdulillah Pertemuan ini berjaya dan berjalan dengan lancar Kami sahabat sekelas Azmi Ashaari DS Ali Sodikin Samah Baharuddin Ahmad Hashim
Petualangan Terios 7 Wonders Jelajahi Tambang Nikel Terbesar Dunia

Petualangan Terios 7 Wonders Jelajahi Tambang Nikel Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 176 hits
Petualangan Terios diawali dengan mengunjungi salah satu perusahaan tambang terbesar di Indonesia PT Aneka Tambang di kecamatan Pomalaa sebagai Wonder 1
Lelaki Cedera Parah Ditikam Selasa Lepas Meninggal Dunia

Lelaki Cedera Parah Ditikam Selasa Lepas Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 446 hits
GEORGE TOWN 23 Nov Lelaki yang cedera parah ditikam rakan sekerja sebuah syarikat penghantaran dalam kejadian di Balik Pulau dekat sini pada Selasa lepas meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang hari ini selepas bertarung nyawa selama empat...
Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 1843 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang baik dan mendengar kata kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka Bagi yang beragama Isla...
Bintang K Pop Pelakon Goo Hara Ditemui Meninggal Dunia

Bintang K Pop Pelakon Goo Hara Ditemui Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 734 hits
Penyanyi K pop dan juga pelakon Goo Hara dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya yang terletak di bandar Cheongdam Dong kawasan Gangnam pada awal pagi Ahad Menurut media antarabangsa bintang berusia 28 tahun yang juga merupakan beka...
Gambar Dipercayai Palestin Pada Awal 90 An Buat Dunia Menangis

Gambar Dipercayai Palestin Pada Awal 90 An Buat Dunia Menangis

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 272 hits
Setiap orang sudah pastinya mahukan sebuah kehidupan yang harmoni bersama keluarga Apa tidaknya kehidupan harmoni boleh memberikan kebahagiaan kepada setiap orang yang menikmatinya Begitu juga dalam konteks masyarakat dan negara masyarakat ...
Pelajar Malaysia Hidap Leukemia Meninggal Dunia Di Maghribi

Pelajar Malaysia Hidap Leukemia Meninggal Dunia Di Maghribi

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 806 hits
Awal bulan lalu beberapa orang pelajar Malaysia yang sedang menetap dan menyambung pengajian di Universiti Mohamed V Rabat Maghribi telah memohon bantuan dan sumbangan rakyat Malaysia melalui media sosial Mohd Hafizuddin Hazrul pelajar tahu...
Mama Lan Solo Meninggal Dunia

Mama Lan Solo Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 487 hits
Innalillahiwainnalillahirojiun baru baru ni Lan Solo memberitahu bahawa ibu saudaranya Rosiyah Md Ali meninggal dunia pada pukul 6 05 petang semalam akibat serangan strok left brain damage sejak beberapa hari yang lalu Assalamualaikum darip...
Setiap Saat Dunia Akan Musnah Dalam Trailer Crisis On Infinite Earths

Setiap Saat Dunia Akan Musnah Dalam Trailer Crisis On Infinite Earths

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 486 hits
The CW telah melancarkan trailer promo terbaru siri crossover Crisis on Infinite Earths yang memaparkan para adiwira cuba untuk menghentikan Anti Monitor memusnahkan dunia multiverse Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibaw...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp