Kompilasi Logo Proton Dari Tahun 1983 Sehingga Sekarang


Logo memainkan peranan dalam satu jenama produk untuk mengembangkan pengaruhnya, begitu juga dengan logo Proton. Selepas hampir 36 tahun berada dalam pasaran sejak kali pertama dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1983, Proton sekali lagi menukarkan simbol keramat mereka itu pada 24 September 2019, penukaran kali keenam selepas kali terakhir mengemaskini logo mereka pada tahun 2016.
Simbolik penukaran logo Proton Ini adalah salah satu langkah simbolik buat Proton untuk menyerlah lagi diri mereka sebagai salah satu jenama automotif moden global. Lebih-lebih lagi apabila mereka berada dalam perancangan untuk memasuki pasaran Pakistan dan Brunei menjadikan mereka bersemangat untuk menjadi 3 jenama automotif pilihan di ASEAN disamping mahu mengeluarkan kira-kira 400.000 unit kenderaan pelbagai model menjelang 2027.
Menurut Laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) bagi 6 bulan pertama 2019, Proton menunjukkan peningkatan jualan kenderaan sehingga 60.55% daripada 27,106 unit kepada 43,518 unit bagi tempoh sama tahun lalu. Ini sedikit sebanyak membaiki kedudukan Proton dikedudukan ketiga selepas Perodua dan Honda selaku peneraju jualan di Malaysia. Sekurangnya mereka memperbaiki kedudukan tempat keempat memintas Toyota yang berada dikedudukan ketiga tahun lepas.
Evolusi Logo Proton dari awal kemunculannya Sebelum saya memberi komen dengan lebih lanjut tentang logo terbaru mereka, saya kira eloklah terlebih dahulu kita mengimbau kembali perkembangan logo mereka dari awal kemunculannya sehingga sekarang (dulu dan baru). Kita akan dapat lihat bagaimana setiap kemaskini logo dan tagline itu mempunyai ciri simbolik namun dimasa yang sama mendapat reaksi yang berbeza daripada orang ramai. Berikut merupakan kompilasi mereka.
1. Tahun 1983 – 1992: Pride of the nation Rekaan logo pertama pada Proton Saga
Ini merupakan logo lagenda yang dihasilkan bermula daripada kemunculan abang long Proton Saga sehingga ke pengeluaran 1992. Ini juga antara logo terlama yang digunakan Proton sepanjang pengoperasian mereka iaitu selama 9 tahun sebelum diperkemaskan dengan logo yang lebih terkini.
Menerusi rekaan yang gagah, logo ini mempamerkan perisai biru gelap yang merangkumi bulan sabit kuning yang diletakkan di bawah bintang empat belas kuning, merujuk kepada bendera dan lambang Malaysia. Walau bagaimanapun, lambang ini hanya digunakan untuk kereta Proton yang dijual di dalam negara sahaja. Kereta Proton yang dieksport ke pasaran lain menerima reka bentuk lencana yang berbeza. Tagline “Pride of the nation” digunakan bagi melambangkan kebanggaan rakyat Malaysia memiliki kereta nasional pertama negara mereka.
2. Tahun 1993 – 1999: Pride of the nation Logo yang dilancarkan pada tahun 1993
Pada tahun 1993, satu versi kemaskini logo dibuat dimana logo bulan dan bintang dikekalkan manakala perisai tirus dikeluarkan daripada rekaan logo. Digunakan hampir 6 tahun sehingga tahun 1999, tagline lama “Pride of the nation” dikekalkan bagi menyunting semangat patriotism pada produk dan pelanggan mereka.
Sentimen patriotism menjadi salah satu strategi penting buat Proton sebagai bayi kecil dalam industri automotif. Buktinya  hampir kesemua teksi di Malaysia pada tahun 1900-an menjadikan Proton sebagai pilihan utama mereka diatas faktor semangat menyokong produk buatan Malaysia.
Berbalik kepada logo, antara model Proton yang menggunakan logo ini ialah Proton Wira dan Proton Iswara. Tidak dilupa juga model yang pernah menjadi pujaan ramai satu ketika dahulu iaitu model Proton Satria GTI, model yang  mendapat suntikan teknologi daripada Lotus (Proton memiliki Lotus pada 30 Oktober 1996).
3. Tahun 2000 – 2007: Spirit of achievement Ciri-ciri logo yang elegen
Pada tahun 2000, logo ini digunakan pada Proton Waja yang dilancarkan pada tahun yang sama. Ia mempamerkan kepala harimau kuning yang bergaya pada bulat hijau yang timbul pada perisai biru gelap, disamping garisan warna kuning pada strok elemen dan font. Font perkataan “Proton” juga ditukar kepada huruf besar. Semua kereta Proton yang dikeluarkan selepas tahun 2000 menggunakan logo ini termasuklah untuk pasaran luar negara. “Spirit of achievement” menjadi tagline yang menjadi pembakar semangat untuk menjadi lebih maju.
4. Tahun 2008-2015: Committed to be better Warna logo yang diminimumkan
Seharusnya pengeluaran Proton Waja pada Ogos 2000 menjadi zaman kebangkitan Proton kerana mereka menunjukkan kemajuan daripada segi pengurusan produk dan kurang bergantung mereka kepada pengeluaran alat ganti dan platform kenderaan jenama lain. Namun lain pula jadinya. Produk Proton Waja itu menjadi penanda aras kejatuhan Proton dek kerana rungutan pelanggan terhadap masalah produknya.
Disebabkan reputasi yang diperbaiki dengan reka bentuk yang lebih menarik pada produk seterusnya iaitu Proton Gen-2 dan Proton Persona, komitmen Proton untuk memperbaiki kualiti produk dan perkhidmatan diterjemahkan menerusi tagline “Commited to be better”. Logo sedia ada pula menggunakan rekaan yang sama iaitu kepala harimau, namun warna yang ada diminimumkan kepada 2 warna sahaja iaitu warna hitam dan warna perak.
5. Tahun 2016-2019: Its in the drive! Dibuangkan tulisan Proton pada logo
kemaskini terus dilakukan pada logo mereka dengan elemen sedia ada. Jika sebelum ini warna, kali ini perkataan “PROTON” menjadi korbannya dimana perkataan tersebut dikeluarkan daripada logo untuk kelihatan lebih moden dan baik. Di era ini, Proton terus menghasilkan kereta-kereta yang berkualiti untuk pelanggannya dengan model-model seperti Proton Iriz, Proton Persona, Proton Ertiga.
Semasa penukaran logo dan tagline “It’s in the drive” pada tahun 2016, Proton telah memuat naik status di facebook mereka yang menyampaikan tentang semangat dan komitmen mereka untuk melakukan yang terbaik untuk pelanggan mereka.
“A new era, a new face. This new logo signals the beginning of a new era for all of us at Proton. It’s more than just a new face. It’s a new promise. A new attitude. A new commitment. Many do not know and have not driven our latest cars. It’s time they did. It’s time they knew who we are, what we stand for and how good our cars really are. “
6. Logo terbaru Proton Rekaan logo yang ringkas dan familiar
Selepas pengeluaran model terbaru yang laku keras di pasaran iaitu Proton X70, kini Proton Holdings Berhad memulakan langkah penjenamaan semula dengan memberi nafas baru kepada logo kepala harimau kepada bentuk warna perak yang menampakkan inovatif, kebolehpercayaan dan antarabangsa dengan jati diri Malaysia. Ini secara tidak langsung menjadi logo 2016 merupakan logo tersingkat yang pernah digunakan Proton iaitu selama 3 tahun sahaja.
Selain daripada itu, penambahbaikan telah dilakukan pada elemen logo dimana perisai hitam telah disingkirkan daripada logo, harimau juga turut diberikan leher. Perkataan “Proton” pula telah dimasukkan semula pada logo dan logo ini akan digunakan pada Proton X70 dan model selepasnya.
Menerusi tagline “Inspiring connections”, Proton akan cuba memastikan produk mereka selepas ini dilengkapi teknologi terbaik seperti “Hi Proton” supaya mereka akan terus dipercayai pelanggan sama ada melibatkan kenderaan atau perkhidmatan selepas jualan.
Ketika pelancaran logo terbaru di Shah Alam
Berikut merupakan kompilasi logo kereta nasional kebanggaan Malaysia dari awal kemunculannya sehingga sekarang. Sedar atau tidak saya merasakan Proton antara jenama yang paling kerap menukarkan logonya iaitu sebanyak 6 kali sejak 1983 menunjukkan sikap tidak konsisten dalam jenama atau kita panggil sebagai branding. Saya pasti mereka mempunyai rasionalnya yang tersendiri bagi setiap penjenamaan semula.
Komen tentang logo Logo terbaru Proton ini mendapat reaksi yang berbeza dikalangan mereka yang mengikuti perkembangan terkini pelancaran logo identiti penting negara itu. Selain daripada pertikaian daripada elemen yang diringkaskan, terdapat juga isu lain yang dibangkitkan.
Logo Proton seperti logo Thundercats
Antara isu yang dibangkitkan di media sosial ini adalah bagaiman logo terbaru Proton ini menyamai logo siri animasi terkenal Thundercat. Sejujurnya ciri-ciri itu ada. Lebih-lebih lagi apabila kepala logo harimau Proton ini berleher menjadikan ia lebih menyerupai dengan logo siri animasi terbabit.
Komen ringkas saya? Saya suka dengan logo terbaru ini kerana ia nampak ringkas.
Namun bila saya diberi pilihan logo terbaik Proton daripada nombor 1-6, saya akan pilih 3 kerana ia kelihatan lebih gagah, beridentiti, dan mempunyai roh. Anda pula bagaimana?
Baca juga: Ferrari F80 – Kereta Konsep Terbaik Daripada Adriano Raeli
The post Kompilasi Logo Proton dari tahun 1983 sehingga sekarang appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/kompilasi-logo-proton-dari-tahun-1983/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Logo Baru Proton 2019

Logo Baru Proton 2019

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 2335 hits
Proton Holdings Bhd melancarkan logo dan slogan baharu Inspiring Connections pada 24 September 2019 Logo baharu menampilkan rekaan bulat dan masih mengekalkan lambang harimau tetapi memasukkan semula perkataan Proton Lambang harimau dikemas...
Logo Baharu Proton Kisah Kami Bersama Proton

Logo Baharu Proton Kisah Kami Bersama Proton

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 417 hits
Memetik laporan Harian Metro PROTON Holdings Bhd melancarkan logo dan slogan baharu Inspiring Connections dalam usaha PROTON menjadi jenama automotif moden global Logo baharu menampilkan rekaan bulat dengan masih mengekalkan lambang harimau...
Proton Lancar Logo Baharu

Proton Lancar Logo Baharu

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 339 hits
PROTON Holdings Bhd hari ini melancarkan logo terbaharunya dengan slogan Inspiring Connections Menurut Pengerusinya Datuk Seri Syed Faisal Albar nafas baharu ini mengetengahkan evolusi jenama automotif kebangsaan itu sejak mengumumkan kerja...
Logo Baru Proton Masih Mengekalkan Lambang Harimau

Logo Baru Proton Masih Mengekalkan Lambang Harimau

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 2378 hits
SHAH ALAM Proton Holdings Bhd melancarkan logo dan slogan baharu Inspiring Connections dalam usaha menjadi jenama automotif moden global Logo baharu menampilkan rekaan bulat dengan masih mengekalkan lambang harimau tetapi memasukkan semula ...
Peroleh Lakaran Wajah Sempena Ulang Tahun Ke 24 Tengku Hassanal Ucap Terima Kasih

Peroleh Lakaran Wajah Sempena Ulang Tahun Ke 24 Tengku Hassanal Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 285 hits
Figura bernama Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah merupakan Pemangku Raja Pahang setelah ayahandanya KDYMM Al Sultan Abdullah dan bondanya Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah d...
Amd Mungkin Akan Memperkenalkan Cip Apu Baru Untuk Komputer Riba Pada Tahun Hadapan

Amd Mungkin Akan Memperkenalkan Cip Apu Baru Untuk Komputer Riba Pada Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 239 hits
Pada tahun ini AMD akhirnya telah memperlihatkan siri cip pemprosesan 7nm untuk komputer desktop iaitu AMD Ryzen 3000 Boleh dikatakan bahawa siri cip pemprosesan tersebut diantara produk yang paling laku oleh mereka di seluruh dunia kerana ...
11 Tahun Rehat Azrinaz Bersalin Mudah Tak Koyak

11 Tahun Rehat Azrinaz Bersalin Mudah Tak Koyak

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 616 hits
BEKAS personaliti televisyen Azrinaz Mazhar Hakim selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Ahad Sehari selepas selamat melahirkan anak perempuannya Azrinaz berkongsi berita gembira itu di laman I...
Versi Bkkbn Usia 20 21 Tahun Ideal Untuk Menikah Dari Sisi Biologis

Versi Bkkbn Usia 20 21 Tahun Ideal Untuk Menikah Dari Sisi Biologis

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 151 hits
Kepala Badan Kependudukan dan Keluarga Berencana Nasional Hasto Wardoyo menjelaskan bagi seorang wanita usia 19 tahun belum menjadi waktu yang ideal untuk melakukan perkawinan Sebab wanita di bawah usia 19 tahun memiliki risiko tinggi terke...
5 Tahun Berumah Tangga Ini Pengorbanan Alyssa Yang Membuat Dude Harlino Terharu

5 Tahun Berumah Tangga Ini Pengorbanan Alyssa Yang Membuat Dude Harlino Terharu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 233 hits
Dude Harlino sedang menikmati kehidupan rumah tangga bersama sang istri Alyssa Soebandono Pria yang menikah dengan Alyssa pada 2014 lalu ini telah dikaruniai dua orang anak Muhammad Dirgantara Ariendra Harlino dan Mahendra Malik Harlino
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord

Nadia Rosli Hati Yang Tercemar Chord

Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat