Kompaun Rm1 000 Pesalah Pkp Bermula Hari Ini


Haspaizi Zain
Diterbitkan Hari ini 4:07 pm

Kompaun sebanyak RM1,000 akan mula dikenakan terhadap individu yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pesalah PKP diberi masa dua minggu untuk menjelaskan kompaun berkenaan, jika gagal akan dihadapkan ke mahkamah.

"Bagi Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), kita telah terima prosedur operasi standard (SOP) bagaimana nak laksanakan kompaun terhadap persalah PKP.

"Ia akan digunakan terhadap mereka yang ingkar (arahan) dalam tempoh PKP dilaksana.

"Kompaun sebanyak RM1000, tiada rayuan. Kalau tak bayar bererti boleh mohon untuk dibicarakan di mahkamah," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.
Acryl Sani Abdullah SaniBayaran kompaun hendaklah dibuat di pejabat Kementerian Kesihatan (KKM).

Acryl Sani berkata, kompaun yang dikenakan terhadap pesalah dapat mengatasi masalah kesesakan di penjara.

Pada 5 April lalu Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menggesa para hakim untuk mengambil kira isu kesesakan penjara ketika menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang ingkar PKP.

Ia selepas Jabatan Penjara meminta mahkamah tidak memenjara pelaku kesalahan itu memandangkan kesesakan di penjara menyukarkan usaha melakukan penjarakan sosial.

Justeru, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan telah memaklumkan kepada semua pegawai kehakiman untuk menimbang kesan akibat kesesakan penjara seperti yang dinyatakan Tengku Maimun.

"Di samping mengambil kira peruntukan hukuman berdasarkan undang-undang sedia ada, masalah berkenaan risiko penularan wabak Covid-19 yang bakal dihadapi penjara di Malaysia boleh juga diambil pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman bagi kesalahan pelanggaran PKP," kata pejabat itu dalam kenyataan.
Dengan penguatkuasaan PKP, orang ramai tidak dibenarkan berada di luar rumah untuk urusan tidak penting.

Mereka yang melanggar perintah itu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun pesalah juga boleh dikenakan pendakwaan lain seperti menghalang pegawai awam menjalankan tugas, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Acryl Sani, berkata kadar kompaun sama tetap dikenakan terhadap individu yang melakukan kesalahan PKP berulang.

Dalam itu beliau berkata, kadar jenayah dalam tempoh PKP bermula 18 Mac sehingga semalam telah berlaku penurunan sebanyak 67 peratus.

Jelasnya, daripada purata 350 kes jenayah indeks sehari kini menurun kepada 116 kes jenayah indeks sehari.

Sementara itu katanya, polis juga turut mempertingkatkan lagi rondaan kawasan perumahan bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan PKP.

"(Rondaan polis ) mendapati ada individu masih lagi joging, jadi kita tahan.

"Kita arahkan semua penduduk tak ada kaitan perkhidmatan penting perlu duduk diam-diam di rumah, tak perlu bergerak tanpa sebab," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/kompaun-rm1000-pesalah-pkp-bermula-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Lagi Kompaun Rm1 000 Kepada Pesalah Pkp Mulai Esok Ismail Sabri

Tiada Lagi Kompaun Rm1 000 Kepada Pesalah Pkp Mulai Esok Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 231 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata bermula esok tiada lagi kompaun RM1000 akan dikeluarkan oleh pihak polis Namun katanya beliau serahkan kepada pihak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman Mulai esok sesiapa ditahan akan direman atau di...
Tiada Lagi Kompaun Rm1 000 Individu Ingkar Pkp Akan Terus Direman Dihadapkan Ke Mahkamah Menteri

Tiada Lagi Kompaun Rm1 000 Individu Ingkar Pkp Akan Terus Direman Dihadapkan Ke Mahkamah Menteri

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 293 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa kedua berakhir pada hari ini dan bermula esok PKP Fasa ketiga akan dikuatkuasa dengan tindakan yang lebih tegas Jika sebelum ini pihak berkuasa mengenakan kompaun RM1 000 kepada individu yang ingkar PKP dala...
U Mobile Akan Menawarkan 1gb Data Percuma Setiap Hari Bermula 1 April Sehingga Pkp Tamat

U Mobile Akan Menawarkan 1gb Data Percuma Setiap Hari Bermula 1 April Sehingga Pkp Tamat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 418 hits
U Mobile hari ini telah berkongsi informasi lanjut berkaitan internet percuma mengatakan mereka akan menawarkan data percuma untuk semua pengguna prabayar pascabayar dan juga jalur lebar U Mobile akan menawarkan 1GB data setiap hari bermula...
Ingkar Pkp 24 Individu Dikompaun Rm1 000 Di Selangor

Ingkar Pkp 24 Individu Dikompaun Rm1 000 Di Selangor

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 192 hits
SHAH ALAM 9 APRIL Seramai 24 individu masing masing dikenakan kompaun RM1 000 di Selangor semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan kata Jurucakap Khas Ops Covid 19 Polis Selangor Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim berkata dengan...
Syukur Caj Rm1 Di Mesin Atm Dikecualikan Selama Tempoh Pkp Bermula 6 April 2020

Syukur Caj Rm1 Di Mesin Atm Dikecualikan Selama Tempoh Pkp Bermula 6 April 2020

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 396 hits
Orang ramai beratur mengeluarkan wang di mesin ATM foto Arkib MalaysiaGazette Syukur Caj RM1 di mesin ATM dikecualikan selama tempoh PKP bermula 6 April 2020 KUALA LUMPUR Kerajaan telah memutuskan semua institusi perbankan mengecualikan caj...
Covid 19 Enam Dikompuan Rm1 000 Langgar Pkp Ketika Masuk Pasar Raya

Covid 19 Enam Dikompuan Rm1 000 Langgar Pkp Ketika Masuk Pasar Raya

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 325 hits
Oleh Amirul Aiman Hamsuddin SABAK BERNAM Enam individu menerima padah apabila dikompaun RM1 000 setiap seorang selepas melanggar Perintah Kawalan Pergerakan secara beramai ramai ketika mengunjungi sebuah pasar raya di sini semalam Ketua Pol...
Polis Nelayan Didenda Rm1 000 Langgar Pkp

Polis Nelayan Didenda Rm1 000 Langgar Pkp

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 318 hits
Dua lelaki termasuk seorang anggota polis menjadi individu pertama didakwa di Perak kerana melanggar perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan mulai 18 Mac lepas bagi mengekang penularan penyakit berjangkit Covid 19 Koperal Mohamad Safa...
Polis Sedia Kenakan Kompaun Terhadap Pesalah Ingkar Pkp

Polis Sedia Kenakan Kompaun Terhadap Pesalah Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 218 hits
Polis sedia kenakan kompaun terhadap pesalah ingkar PKP Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 4 Apr 2020 10 23PM
Lelaki Ingkar Pkp Dipenjara 4 Hari

Lelaki Ingkar Pkp Dipenjara 4 Hari

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 186 hits
Tertuduh dinasihati mohon bantuan Ketua Kampung ADUNTAWAU Seorang lelaki dihukum penjara empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Majistret Dzul Elmy Yunus menjatuhkan h...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Pengalaman Kerja Sambil Belajar

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Terkejut Dr M Rakib Sampai Di Pelabuhan Udara Bandung

Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

Medical Follow Up With Dato Dr Marina Di Kpj Seremban

Sarapan Di Kacang Pool Haji Larkin