Kolum Memang Ada Jiwa Pemimpin Ph Serapuh Kapur Larut Meski Dengan Air Yang Mengalir Lesu


 
March 3, 2021 Tiba-tiba saja saya terjaga dari tidur yang lena. Jari-jari saya terus menulis. Meski baharu saja menulis mengenai politik selingkaran diri ini. Rasanya belum kering dakwat ini.
Sebagai penulis, seboleh-bolehnya menulis tidak terlalu kerap menulis. Bimbang tulisannya menjemu dan membuatkan orang menyampah. Lebih-lebih lagi jika merasakan dirinya sebagai penulis serba tahu lagi tersohor.
Saya menulis bukan untuk mengajar pembaca yang jauh lebih arif. Saya menulis kerana desakan jiwa yang memberontak kecewa, marah dan sakit. Sepatah kata yang lahir, sedikit reda kesakitan itu. Itulah derita yang ditanggung oleh penulis.
Mungkin saya belum tahu nikmat menjadi menteri, wakil rakyat, ada jawatan dalam GLC. Maka bolehlah saya berasa begitu. Jika sudah tahu tinggi langit dan manisnya madu, barulah saya berasa tidak ada apa yang perlu mengganggu tidur. Nyenyaklah perbaringan di malam hari bersama isteri.
Berita tiga, empat rakan saya beralih wadah perjuangan memang tidak mengejutkan. Sudah lama anginnya bertiup. Sesekali datang dan pergi. Akan tetapi tidak semudah itu untuk saya menerima.
Lagi pedih bilamana musuh dan rakan politik mencemuh dan mengata macam-macam. Seolah-olah diri mereka jauh lebih aulia, mulia dan suci.
Memang secara psikologinya, kita tidak berasa senang melihat orang lain senang dan tenang. Sedaya upaya jiwa akan cemburu. Selagi ada rasa ‘orang kita’ dan ‘orang lain’, sifat itu tetap wujud dalam diri manusia normal.
Bintang di cakerawala sentiasa menggamit datang. Jika tidak kerana sayap kecil, masakan tidak boleh terbang. Apatah untuk menggapai bintang di langit tinggi. Kemungkinan itu sering berbolak balik untuk sesiapapun nekad meninggalkan sarang tempat kami berteduh sekian lama.
Pemimpin politik mesti mempunyai nekad berkorban demi melihat perjuangan ini diterjemahkan melalui tangan-tangan lain. Akan tetapi tidaklah sampai membunuh diri sendiri seperti lilin yang terbakar.
Pengorbanan ada batas dan sempadannya. Begitulah juga kesabaran dan kemarahan. Mengimbangi semua perkara bukan kerja mengukur sebarangan. Di sinilah letaknya kebijaksanaan pemimpin berhadapan cabaran.
Kiranya kebijaksanaan itu dapat ditulis atau diterangkan, maka mudah dunia ini. Kebijaksanaan lahir dari pengalaman, pengetahuan dan mekanisme jiwa mengawal tindakan yang sangat kompleks untuk diterangkan.
Ada yang cuba merasionalisasikan tindakan menyertai parti rakan dan meninggalkan parti sendiri untuk kuatkan PH. Bukan menyertai parti lawan. Masih kekal menentang PN dan MN. Sungguh.
Sesekali termakan juga hujah budak darjah lima ini.
Bukankah tindakan mereka itu sebenarnya menjadikan AMANAH semakin tersepit dan dihimpit? Tidakkah mereka memahami bahawa kiranya AMANAH menjadi lemah, kesannya akan melemahkan PH?
Persoalan ini nantinya akan dijawab bahawa jika parti kawan kuat, bukankah PH semakin kuat? Bukankah ketika itu, AMANAH juga yang beruntung?
Maka akan ditanya pula. Mana lebih utama antara kepentingan AMANAH atau PH atau Pejuang? Lalu akan dijawab, mana lebih utama kepentingan parti atau lebih utama kepentingan peribadi?
Nasib baik PKR atau Pejuang ambil. Jika tidak, mungkin PN dan MN tawarkan lebih kepada mereka. Bayangkan jika begitu. Akhirnya mereka lawan kita balik. Itu pula hujah mereka. Mahu berlawan hujah lagi? Ada.
Jika saling berlawan hujah, perjuangan PH hanya berada dalam lingkungan sama. Pi mai pi mai, tang tu. Membuang masa dan tenaga. Move on, kata orang putih. Teruskan berjuang.
Mereka yang ‘lari’ atau apa jua istilah yang keluar sama ada ‘lompat’, ‘beralih’, ‘berhijrah’ dan sebagainya perlu koreksi diri. Apa yang kalian kejar? Kuasa, jawatan atau kedudukan? Semua sudah ada pada kalian. Nikmat mana yang hendak kamu nafikan?
Yang ditinggalkan juga perlu sama koreksi diri. Namun, tidak semudah kata. Masing-masing sudah miliki harga diri, kedudukan dan kuasa. Tidak sama berjuang zaman senang dengan zaman susah.

Musuh dan rakan politik mencemuh apabila ada yang beralih wadah perjuangan.
Zaman perjuangan bermodalkan hanya idealisme sudah mati. Sekarang adalah zaman peluang datang dan pergi. Jika diam berdiri, duduk bersantai, peluang itu tidak akan datang lagi. Kautlah selagi terdaya.
Rakyat, tanah air, agama dan bangsa kekal menjadi modal untuk berkuasa. Setelah kuasa berada di tangan, kaki akan melangkah pergi meninggalkan semua itu sebagai suatu kenangan sahaja.
Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Cikgu Azmi Abdul Hamid, menyatakan bahawa masyarakat sudah muak dengan orang politik yang hanya sibuk mengurus kepentingan politik masing-masing.
Politik tanah air merudum teruk sehingga berada pada tahap yang sangat jijik.
Demokrasi dipermainkan dan rakyat pula dipaksa untuk memerhatikan gelagat ahli politik tanpa boleh berbuat apa-apa.
Ahli politik lebih ghairah bersiap untuk pilihan raya, membahagi-bahagikan kerusi, tawar-menawar jawatan dalam keadaan rakyat tercungap-cungap menghadapi kesempitan hidup. Pengorbanan rakyat dalam pilihan raya umum lepas disia-siakan oleh ahli politik.
PN dan MN bebas membeli atau mempengaruhi ahli politik PH menyertai mereka. Itu politik. Memasuki kota dari rekahan tembok jika pintu kota terkunci rapat. Siapa yang jiwanya rapuh, akan menjadi sasaran musuh.
Memang ada jiwa pemimpin PH serapuh kapur. Larut meski dengan air yang mengalir perlahan dan lesu.
Sejarah perselingkuhan politik ini akan dibaca dan ditelaah seribu tahun lagi. Dari satu generasi ke satu generasi. Selama itulah beban sejarah pasti menghantui hingga ke liang lahad.
Pada akhirnya negara akan diterajui manusia-manusia yang hanya mengaut keuntungan jangka pendek dan peribadi. Idealisme perjuangan hanya bintang di langit tinggi. Utopia.
Negara hanya rangka kepada raksasa yang membaham segala yang ada di bawah kangkangnya. Taring, kuku dan lidah raksasa adalah pemimpin korup. Korup dengan rasuah. Korup dengan jawatan. Korup dengan kawan.
Melayang setinggi manapun, langit itu tidak tertembus. Melompat setinggi manapun, bintang tidak akan tergapai.
Siapa lagi yang harus kita harapkan selepas ini?
*DR MUHAIMIN SULAM adalah Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Naib Pengerusi AMANAH Perak.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/kolum-memang-ada-jiwa-pemimpin-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Disindir Hilang Pekerjaan Shuk Diserang Individu Tidak Dikenali Ketika Berniaga Air

Hiburan Disindir Hilang Pekerjaan Shuk Diserang Individu Tidak Dikenali Ketika Berniaga Air

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 205 hits
Selepas kontroversi curang yang terpalit pada Shuk Sahar pada bulan lalu lelaki itu nampaknya lebih senang jauh daripada perhatian ramai Terbaru dia dikatakan telah diganggu individu tidak dikenali semasa sedang berniaga air di tepi jalan k...
Mesin Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Tinggi Tnb

Mesin Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Tinggi Tnb

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 229 hits
BH ONLINE KUALA LUMPUR Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas yang sedang melanda negara Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad Selan...
Video Shuk Sahar Kena Sindir Tiada Kerja Semasa Jual Air Balang

Video Shuk Sahar Kena Sindir Tiada Kerja Semasa Jual Air Balang

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 317 hits
446 total views 446 views today Pelawak dan pengacara kontroversi Shuk Sahar terkejut selepas diserang seorang lelaki yang memberhentikan kereta Myvi ketika dia sedang berniaga air minuman di tepi jalan di Wangsa Maju Menurut laporan Utusan...
Momen Saat Tni Membuat Sumber Air Su Dekat Di Desa Oelunasi Ntt

Momen Saat Tni Membuat Sumber Air Su Dekat Di Desa Oelunasi Ntt

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 218 hits
Masyarakat akan menjaga pompa hidram ini sehingga lebih awet digunakan
Pengasuh Ambil Tuala Anak Di Bilik Air Bila Datang Kepala Dah Tenggelam Dalam Besen

Pengasuh Ambil Tuala Anak Di Bilik Air Bila Datang Kepala Dah Tenggelam Dalam Besen

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 328 hits
Tak sangka dapat panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak saya Sophia Fatehah terlungkup dalam besen air dan tak sedarkan diri Kata Wan Farhan Danial Wan Azmi 26 bapa kepada kanak kanak yang meninggal dunia awal pagi di Hospital Pu...
Ikea Ada Jual Merchandise Limited Edition Seperti Hoodies T Shirt Botol Air Dan Banyak Lagi

Ikea Ada Jual Merchandise Limited Edition Seperti Hoodies T Shirt Botol Air Dan Banyak Lagi

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 377 hits
IKEA hari ini secara rasmi menjual barangan merchandise limited edition seperti hoodies t shirt botol air bag dan banyak lagi Anda jika berminat boleh datang di mana mana gudang IKEA untuk membelinya Kita biasa dengar IKEA ni jual barangan ...
Airasia Call For Standardised Global Protocols To Help Air Travel Recovery

Airasia Call For Standardised Global Protocols To Help Air Travel Recovery

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 253 hits
As vaccines continue to roll out across the globe and domestic air travel looks set to return to pre Covid 19 levels in the near future AirAsia joins a number of leading aviation and tourism experts in calling for a standardised approach to...
Kementerian Akan Perkenal Sistem Gred Air Nasional

Kementerian Akan Perkenal Sistem Gred Air Nasional

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 222 hits
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mekanisme penggredan air membolehkan kerajaan negeri yang menjaga alam sekitar mendapat hasil daripada penjualan air bersih KANGAR Kementerian Alam Sekitar dan Air akan memperkenalk...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan