Koleksi Rose Petals Dari Kim Faress Kuala Lumpur Seksi Sangat
KOLEKSI ROSE PETALS DARI KIM FARESS KUALA LUMPUR SEKSI SANGAT | Rasanya ini kali pertama aku update pasal fesyen, rasa dah boleh tukar niche ni. Maklumlah kita biashe-biashe jer pun. Terima kasih atas kesudian menjemput Cikza.
Baru-baru ni, Cikza terjebak pertama kali, hadir pertunjukkan fesyen di tengah bandaraya Kuala Lumpur ni. Pelbagai pereka muda yang menonjolkan diri dalam pertunjukkan tersebut. Salah satunya, memang pereka fesyen pilihan aku sendiri. Kim Faress Kuala Lumpur atau dikenali sebagai KFKL.
Siapa Kim Faress Kuala Lumpur atau KFKL ?
Kim Faress ni, aku kenal seorang yang suka senyum tau, peramah dan sopan je. Sekali dia keluarkan idea memang sangat meletop. Katanya dia mulakan karier sebagai pereka fesyen seawal tahun 2012. Dan meraih pelbagai anugerah prestij. Cikza suka rekaan beliau ni dan salah satunya adalah Rose Petal’s Collection.
Koleksi Rose Petal’s Ilham Dari Bunga Mawar Merah
Koleksi yang disebut-sebut ni sebenarnya ilham seakan berada di Negara Paris, dan sepenuhnya gabungan dengan buang rose merah dari seg bentuk dan warna dan di tambahkan lagi dengan labuci yang berkerdipan menyerlah lagi buat si pemakai.
Kelopak bunga mawar merah di gambarkan sebagai seorang yang berhati lembut dan berani. Seperti koleksi ini, apa yang di tampilkan adalah sangat berani dan semua di luar kotak pemikiran.
Bunga mawar merah melambangkan satu perasaan cinta yang lembut, kebahagiaan serta sentiasa bersemangat agar lebih feminin untuk menyerlah lebih berani dan seksi.
Terasa Seperti Berada Di Paris
Kalau korang nak tahu, waktu model peragakan koleksi ni, terasa macam berada di Paris, memang sangat terasa. Mendalam sampai ke hati. Dengan Backgroud muzik yang ala-ala romantik tu, lepastu design koleksi bunga ros. memang padu dan kena lah dengan rentak ni.
Sejujurnya pendapat aku, Kim Faress memang sangat berbakat, idea yang diketengahkan memang betul-beul luar pemikiran. Kalau korang nak tahu, ilham nak dapatkan suasana macamni, beliau sendiri berada di negara tersebut, macam di Milan untuk mendapatkan mood dan suasana sebegitu.
Tahniah diucapkan buat Kim Faress Kuala Lumpur.
The post KOLEKSI ROSE PETALS DARI KIM FARESS KUALA LUMPUR SEKSI SANGAT appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://puancikza.com/index.php/2019/11/25/koleksi-rose-petals-dari-kim-faress-kuala-lumpur-seksi-sangat/