Koleksi Rangka Manusia Prasejarah Tapak Arkeologi Guar Kepah Berjaya Dibawa Pulang Ke Malaysia


Koleksi Rangka Manusia Prasejarah Tapak Arkeologi Guar Kepah Berjaya Dibawa Pulang Ke Malaysia
KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2025 — Bahagian serta rangka manusia prasejarah dari Tapak Arkeologi Guar Kepah, Pulau Pinang telah berjaya dibawa pulang ke tanah air selepas lebih lapan dekad berada di Belanda.
Kejayaan membawa pulang khazanah warisan arkeologi negara itu dilakukan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
MOTAC menerusi satu kenyataan berkata pemulangan khazanah tersebut mencerminkan kejayaan diplomasi budaya Malaysia serta tekad kerajaan Madani memperkukuh jati diri nasional melalui pemeliharaan sejarah dan warisan bangsa.
Majlis penyerahan rasmi koleksi bersejarah ini berlangsung di Kementerian Pendidikan, Budaya dan Sains Belanda, The Hague.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha MOTAC, Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, bersama Duta Besar Malaysia ke Belanda, Dato’ Roseli Abdul, Ketua Pengarah JWN merangkap Pesuruhjaya Warisan, Mohamad Muda Bahadin serta pegawai berkaitan.
“Sesi menandatangani Acknowledgement of Transfer (AoT) oleh wakil kedua-dua negara menjadi simbol kejayaan diplomasi budaya ini, yang memperkukuh hubungan bilateral Malaysia–Belanda,” kata MOTAC.
Ujarnya lagi, proses pemulangan bermula pada 2021 setelah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan hasrat mempamerkan koleksi ini di Galeri Arkeologi Guar Kepah yang sedang dibangunkan di Seberang Perai Utara.
Sejak Mac 2023, beberapa siri rundingan telah dijalankan sebelum Kerajaan Belanda bersetuju memulangkan koleksi ini melalui surat rasmi State Secretary for Culture and Media kepada Duta Besar Malaysia. Sepanjang hampir empat tahun, JWN bersama Kementerian Luar Negeri dan agensi berkaitan memastikan pemulangan ini mematuhi prosedur perundangan kedua-dua negara.
BACA: Berusia Lebih 2,000 Tahun, Mesir Dedah Penemuan Artifak Dari Bandar Purba Tenggelam “MOTAC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Belanda dan Kementerian Pendidikan, Budaya dan Sains Belanda atas persetujuan serta ketangkasan dalam pemulangan koleksi berharga ini.
“Penghargaan turut ditujukan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kementerian Luar Negeri, Kedutaan Besar Malaysia di Belanda, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, Kementerian Pengangkutan Malaysia serta semua pihak yang memastikan kelancaran proses ini.
“Kejayaan ini jelas melambangkan semangat MADANI yang menitikberatkan keberdayaan, akauntabiliti, kesejahteraan, keterangkuman dan hormat-menghormati.
“Ia mencerminkan nilai ketelusan dan tanggungjawab bersama dalam memastikan warisan sejarah tidak terpinggir, malah dikembalikan untuk tatapan rakyat. Inisiatif ini turut mengukuhkan kemampanan budaya, memupuk keterangkuman masyarakat dan memperlihatkan kerjasama erat antara kerajaan pusat, negeri serta rakan antarabangsa demi kesejahteraan generasi masa depan,” katanya lagi.
Koleksi Guar Kepah ini akan ditempatkan di Galeri Arkeologi Guar Kepah mulai September 2025. Galeri tersebut bakal menjadi produk arkeopelancongan utama negara serta pusat interpretasi dan pendidikan warisan prasejarah.
“Ia diharap menjadi tarikan berimpak tinggi sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus memperkukuh aspirasi Madani dalam memartabatkan jati diri nasional, memperkasa nilai budaya dan mengangkat sejarah negara sebagai sumber kekuatan bangsa,” kata MOTAC.
The post Koleksi Rangka Manusia Prasejarah Tapak Arkeologi Guar Kepah Berjaya Dibawa Pulang Ke Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/29/koleksi-rangka-manusia-prasejarah-tapak-arkeologi-guar-kepah-berjaya-dibawa-pulang-ke-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemancing Malaysia Catat Rekod Dunia Berjaya Tangkap Ikan Tapah Lebih 8kg

Pemancing Malaysia Catat Rekod Dunia Berjaya Tangkap Ikan Tapah Lebih 8kg

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1077 hits
Pemancing Malaysia Catat Rekod Dunia Berjaya Tangkap Ikan Tapah Lebih 8kg Pemancing dari Malaysia Khir Firdaus telah berjaya mencatat rekod dunia apabila berjaya menangkap spesies ikan tapah seberat 8 16 kilogram Menerusi Facebook miliknya ...
Berjaya Food Posts Record Rm292m Loss As Starbucks Malaysia Hit By Boycott Impact Downsizing

Berjaya Food Posts Record Rm292m Loss As Starbucks Malaysia Hit By Boycott Impact Downsizing

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 826 hits
Berjaya Food posts record RM292m loss as Starbucks Malaysia hit by boycott impact downsizing KUALA LUMPUR Aug 28 Starbucks operator in Malaysia Berjaya Food Bhd has reportedly posted a record net loss of RM292 million for the financial year...
Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi Pantun Merdeka Rasmi Santai

Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi Pantun Merdeka Rasmi Santai

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 2937 hits
Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi Pantun Merdeka Rasmi Santai Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi Pantun Merdeka Merdeka 2025 Pantun Hari Kemerdekaan Malaysia 2025 Koleksi pantun Merdeka bernada rasmi dan santai sesuai...
Tanaman Tebu Di Malaysia

Tanaman Tebu Di Malaysia

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 803 hits
Tebu di Malaysia Rahsia Manis di Sebalik PenanamanTebu atau nama saintifiknya Saccharum officinarum bukan sekadar tumbuhan ia adalah sumber manisan semula jadi yang telah menyemarakkan kehidupan manusia selama berabad abad Di Malaysia meski...
Confronting Malaysia S Suicide Crisis A Collective Responsibility

Confronting Malaysia S Suicide Crisis A Collective Responsibility

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 528 hits
THE recent rise in suicide cases especially among our youth is a national tragedy we can no longer ignore This is not just a statistic it is a crisis that touches families schools and communities across Malaysia Supporting those at risk req...
Green Labour Alternative Is The Way Forward For Malaysia

Green Labour Alternative Is The Way Forward For Malaysia

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 2439 hits
THE Association for Welfare Community and Dialogue welcomes the statement by Parti Sosialis Malaysia chairman Dr Michael Jeyakumar that with ethnic issues at play the party would stay out of Bersatu president Tan Sri Muhiyiddin Yassin s rec...
Malaysia Needs Well Balanced Patriotic And Loyal Citizen Not Ethnic Heroes

Malaysia Needs Well Balanced Patriotic And Loyal Citizen Not Ethnic Heroes

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 456 hits
MALAYSIA S current turbulent political scenario is affecting various economic sectors and its citizens psyche in general The measure of its strength and resilience is not solely found in its wealth technology or natural resources but in the...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Irfan Zaini Gambarkan Watak Jack Sebagai Watak Kompleks Dalam Macai

Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau