Koleksi Lagu Raya Evergreen Dan Mengimbau Kenangan
Koleksi Lagu Raya Evergreen dan Mengimbau Kenangan 3
Adakah anda penggemar lagu raya evergreen? Sempena 1 Syawal nanti, semestinya di corong-corong radio dan di televisyen akan memutarkan lagu-lagu raya. Setiap lagu raya mempunyai melodi dan lirik yang berbeza. Walau banyak lagu raya masa kini yang sensasi dan unik, kita masih tidak melupakan melodi lagu raya lama-lama atau evergreen, dan yang mengimbau kenangan ini. Hukum mendengar lagu raya adalah tidak berdosa selagi ia tidak melalaikan dan menyesatkan. Dalam artikel kali ini, penulis menyenaraikan lagu raya evergreen yang boleh ada dengari semasa hari raya nanti.
Senarai Lagu Raya Evergreen
Berikut merupakan lagu raya evergreen yang mengimbau kenangan semasa menyambut hari raya. Anda pasti akan mendengar lagu raya semasa sambutan hari raya Aidilfitri nanti.
Koleksi Lagu Raya Evergreen dan Mengimbau Kenangan 4
Air Mata Syawal
Lagu raya evergreen ini dinyanyikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, komposer adalah Pak Ngah dan penulis lirik oleh Nurul Asyiqin.
Lirik lagu:
Sayu, hati ini makin sayu
Rindu, terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak kupulang ke desa
Di hari bahagia, hari raya
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Air mata jatuh berlinangan
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata?
Duhai ayah bonda, ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Air mata jatuh berlinangan
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata?
Duhai ayah bonda, ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah
Sayu, hati ini makin sayu
Rindu, terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak kupulang ke desa
Di hari bahagia, hari raya
Balik Kampung
Lagu raya evergreen ini dinyanyikan oleh Dato’ Sudirman Arshad, komposer adalah Dato’ Sudirman Arshad dan penulis lirik oleh Dato’ Sudirman Arshad.
Lirik lagu:
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Selamat Hari Raya
Lagu raya evergreen ini dinyanyikan oleh Saloma, komposer adalah Ahmad Jaafar dan penulis lirik oleh Ahmad Jaafar.
Lirik lagu:
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati
Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari raya
Bila Hari Raya Menjelma
Lagu dinyanyikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, komposer adalah S. Atan dan penulis lirik oleh Nurul Asyiqin.
Lirik lagu:
Anggun si dara jelita berselendang dan kebaya
Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya
Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa ampun dan maaf dipinta
Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia semuanya bergembira
Tua, muda, miskin, kaya, berbeza tidak berbeza
Mari adik mari abang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kita lupakan
Sila adik, sila abang, sila selera jamu selera
Lemang, ketupat dan rendang semua ada
Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah Hari Raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya
Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang
Mari adik marilah abang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kita lupakan
Sila adik, silakan bang sila selera jamu selera
Lemang, ketupat dan rendang semua ada
Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah Hari Raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya
Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang
Nazam Lebaran
Lagu dinyanyikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, komposer adalah Pak Ngah dan penulis lirik oleh Nurul Asyiqin.
Lirik lagu:
Berdendang, mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema, suara bergema
Nazam Lebaran
Bertingkah, rentak bertingkah
Bertingkah paluan rebana
Berkisah, alunan berkisah
Nazam Lebaran
Kuduskanlah kemaafan
Tuluskanlah keampunan
Di hari mulia ini
Sucikan diri
Di langit (berkilauan)
Dan di bumi (berkelipan)
Nur Ilahi menerangi insani
Syukurlah (kepada-Nya)
Laungkanlah (kepujian)
Zikir rindu pada Yang Esa
(Bergemalah nazam Lebaran)
Berkalamlah sejarah
Kehidupan manusia
Kembali jernih hati yang bersih
Di bulan yang mulia
Bergemalah nazam Lebaran
Bertingkah, rentak bertingkah
Bertingkah paluan rebana
Berkisah, alunan berkisah
Nazam Lebaran
Kuduskanlah kemaafan
Tuluskanlah keampunan
Di hari mulia ini
Sucikan diri
Di langit (berkilauan)
Dan di bumi (berkelipan)
Nur Ilahi menerangi insani
Syukurlah (kepada-Nya)
Laungkanlah (kepujian)
Zikir rindu pada Yang Esa
(Bergemalah nazam Lebaran)
Berkalamlah sejarah
Kehidupan manusia
Kembali jernih hati yang bersih
Di bulan yang mulia
Bergemalah nazam lebaran
ho-oh
(Takbir di pagi mulia) ho-oh
(Raikan) raikan (Lebaran) Lebaran
Di hari kemenangan
puji pada Ilahi
(Takbir di pagi mulia) takbir mulia
(Raikan) raikan (Lebaran) Lebaran
Di hari kemenangan
Berdendang, mari berdendang
Berdendang di seluruh alam
Bergema, suara bergema
Nazam Lebaran
Bertingkah, rentak bertingkah
Bertingkah paluan rebana
Berkisah, alunan berkisah
Nazam Lebaran
Satu Hari Di Hari Raya
Lagu dinyanyikan oleh Dato’ M.Nasir, komposer adalah Dato’ M.Nasir dan penulis lirik oleh Dato’ M.Nasir.
Lirik Lagu:
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya oh
Satu Syawal
Lagu dinyanyikan oleh Datuk Ahmad Jais, komposer adalah Datuk Ahmad Jais dan penulis lirik oleh Datuk Ahmad Jais.
Selamat! Selamat!
Selamat Hari Raya!
Selamat! Selamat!
Selamat Hari Raya!
Awal ramadan kini
Sudah menjelang tiba
Umat muslimin semua
Riang riang gembira
Menyambut syawal mulia
Hari yang bahagia
Anugerahnya Illahi
Tuhan Yang Maha Esa
Tuhan Yang Maha Esa
Setahun dah berlalu
Kita menjamu nafsu
Sampai masanya kini
Lupakanlah dahulu
Tunaikan kewajiban
Serta suruhan Tuhan
Beramallah hendaknya
Bersertakanlah ilmu
Bersertakanlah ilmu
Selamat hari Raya
Kami semua ucapkan
Pada semua saudara
Sahabat dan kenalan
Sambil menghulur tangan
Sambil maaf-maafan
Segala salah dosa
Cuba kita lupakan
Cuba kita lupakan
Salam dan ucap selamat
Bagi hari yang bahagia
Tanda kita gembira
Dalam suasana riang
Marilah wahai teman
Marilah wahai sayang
Sama-sama lupakan
Apa jua kesalahan
Apa jua kesalahan
Ku Pohon Restu Ayah Bonda
Lagu dinyanyikan oleh Mamat, komposer adalah Amir Abd. Karim dan penulis lirik oleh Amir Abd. Karim.
Lirik lagu:
Duhai bonda, duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata
Tanpaku sedari
Air mataku mengalir
Terdengar ayat seruan takbir
Betapa daku gembira
Jika di samping keluarga
Di pagi mulia
Hari raya
Kan ku sujud di kakimu
Bila kita bertemu
Kan kucium tanganmu
Ku pohon restumu
Oh maafkan daku
Kesalahan diriku
Walau jauh di mata
Namun kau tak dapat kulupa
Doaku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu darimu
Oh ayah dan ibu
Agar tercapai citaku
Membela nasibmu
Kan kusujud di kakimu
Bila kita bertemu
Kan kucium tanganmu
Ku pohon restumu
Oh maafkan daku
Kesalahan diriku
Kesalahan diriku
Kesalahan diriku
Pulanglah
Lagu dinyanyikan oleh Dato’ Aishah, komposer adalah Wan Aishah Ariffin dan Omar Bin Mohamed serta penulis lirik oleh Wan Aishah Ariffin dan Omar Bin Mohamed.
Lirik lagu:
Sayang, di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah
Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi Hari Raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga
Apakah suratan?
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah, ku merindui mu, sayang
Ku menanti dengan hati rela
Apakah suratan?
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah, ku merinduimu, sayang
Ku menanti dengan jiwa raga
Pulanglah ke pangkuan ku, oh sayang
Ku menunggumu di Hari Raya
Cahaya Aidilfitri
Lagu dinyanyikan oleh Black Dog Bone, komposer adalah S. Atan dan penulis lirik oleh Haron Abdul Majid.
Lirik lagu:
Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup
Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat musafir
Yang haus di padang pasir
Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain
Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hatiku berilah pedoman
Cahaya di aidilfitri
Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain
Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hatiku berilah pedoman
Cahaya di aidilfitri
Soalan FAQs Berkenaan Lagu Raya Evergreen
Siapa penyanyi yang paling terkenal membawakan lagu raya?
Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Siapakah yang menyanyikan lagu Cahaya Aidilfitri?
Black Dog Bone
Siapakah yang menyanyikan lagu Pulanglah?
Dato’ Aishah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/lagu-raya-evergreen.html