Lagu Ni Troll Raya Zaman Ismail Sabri Dulu
Hari ni baru aku tahu lagu 𝗔𝗹𝗮𝗺𝗮𝗸 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗟𝗮𝗴𝗶 rupanya mengundang pelbagai reaksi daripada orang agama. Terkejut jugalah aku.
Aku memang suka lagu ni. Bagi aku lagu ni ada 𝘷𝘪𝘣𝘦 tersendiri. Ia berjaya timbulkan 𝙢𝙤𝙤𝙙 𝗿𝗮𝘆𝗮 setiap kali terdengar ia dimainkan.
Liriknya mudah je. Cerita orang terkejut dah nak raya tapi persiapan 𝘀𝗲𝗿𝗯𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗶𝗮𝗽. Dan itu yang jadi bahan perdebatannya.
Mana mungkin selepas sebulan puasa pun masih lagi terkejut nak raya. Kan?
𝘊𝘰𝘮𝘦 𝘰𝘯 la. Pertama sekali, ini 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗹𝗮𝗴𝘂. Kenapa nak ambil serius sangat. Dengar muziknya pun kita dah boleh agak lagu ni tak serius.
Nak kira logik, yang selama ni lirik kata 𝗹𝗮𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗶 tu masuk akal ke? Yang nak bercinta ikut 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗘𝘁𝗼𝗽𝗶𝗮 tu tak mengarut ke?
Ini baru cerita tak sedia raya. Tak adalah mengarut sangat pun. Sebab hakikatnya, memang ramai dari kita yang sebulan puasa pun 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗺𝗮𝘀𝗮 nak buat persiapan raya.
Cerita kuih raya tak jadi, 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗮𝗯𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮, baju belum gosok dan 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗻𝗴𝘂𝘀 tu dah memang selalu terjadi pun.
Begitu juga cerita tiket habis dan kereta sewa pun dah tak ada. Itu pun biasa berlaku. Lagi lagi 𝘱𝘢𝘳𝘵 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗺, 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗸𝗮𝘁 tu. Saban tahun berlaku. Tak percaya tanya walau. Acara tahunan mereka.
Ada juga yang kata ini menggamit kenangan raya 2022 zaman Ismail Sabri jadi PM. 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗷𝘂𝘁 katanya. Apa pun, ini sekadar lagu.
Siap ada kata patut 𝗔𝗹𝗵𝗮𝗺𝗱𝘂𝗹𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵 bukan alamak. Aku tak kata salah tapi kalau nak ajar sebut Alhamdulillah, ajar walaun dulu sebab sekarang walaun yang paling ramai 𝗸𝘂𝗳𝘂𝗿 𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁.
Lagu Alamak Raya Lagi ni memang menjadi. Ada aku tengok 𝙘𝙤𝙫𝙚𝙧 𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞𝙤𝙣 dalam bahasa 𝗧𝗮𝗺𝗶𝗹 dan juga 𝗠𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿𝗶𝗻. Kan syok tu.
Jadi janganlah potong stim orang nak berseronok sambut raya dengan isukan perkara yang bukan isu.
Ada banyak isu lain yang lebih besar kalau ustaz-ustaz nak ulas. Misalnya yang ubah ayat Quran dengan tukar perkata 𝗮𝗹-𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿𝘂𝗻 jadi 𝗻𝗼𝗻-𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺 tu. Itu lebih besar dan lebih jelas penghinaannya terhadap al-Quran. Tak nak tegur ke?
Lagu ni tak kacau orang pun. Bukan macam seorang pemilik tahfiz tu yang tunjuk kemaluan kepada isteri orang dalam messenger. Rasanya yang kritik ni salah pilih ruang la. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/04/lagu-ni-troll-raya-zaman-ismail-sabri.html