Koleksi Idea Menu Jualan Gerenti Laku Keras


Di kala pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai rakyat yang terputus pendapatan. Golongan bekerja sendiri khususnya yang menjalankan perniagaan antara yang terjejas dan terpaksa mencari usaha lain demi meneruskan kelangsungan hidup.
Menu mudah dan sedap ini mungkin boleh dijadikan idea untuk anda berjinak-jinak dengan perniagaan secara atas talian (online). Anda boleh mengambil pesanan melalui aplikasi media sosial. Malah dengan cara ini, jualan mampu bertambah berlipat ganda. Anda masih boleh meneruskan untuk jana pendapatan ini secara sambilan atau terus sebagai sepenuh masa. Terpulang pada masing-masing. RASA kongsikan menu yang boleh anda masak untuk sekeluarga malah boleh jadi sumber rezeki.
 

Rendang Tok Istimewa
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak:40 minit
Keistimewaan: Enak dengan tekstur daging yang lembut
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM 45
Bahan-bahan:
2kg daging (dipotong kiub,pastikan tidak terlalu kecil)
5 biji kelapa (santan)
1 ½ sudu makan jintan halus( jintan putih) (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
3 sudu makan biji ketumbar (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
6 sudu makan jintan manis (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
1-2 senduk cili kisar
Kerisik (anggaran dalam 1 biji kelapa)
1 ketul gula Melaka
3 helai daun kunyit (dihiris)
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 keping asam keping
Sedikit belacan (pilihan)
Garam
Serbuk perasa (pilihan)
Bahan kisar halus:
20 ulas bawang merah
9 ulas bawang putih
2 inci halia
5-7 batang serai (dihiris nipis)
2 inci lengkuas
Cara memasak:
Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, gula melaka,garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.Kemudian perap dengan daging sekurang-kurangnya selama empat jam. Untuk lebih sedap, perap semalaman. *kalau nak cepat boleh guna pressure cooker untuk daging lebih empuk.Masak dan didihkan perlahan-lahan sehingga air kering kemudian baru dimasukkan santan.Seterusnya, reneh selama 3-4 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kemudian kacau dengan agak kerap sehingga daging mula empuk, berwarna agak hitam dan kering. *Pastikan rendang dikacau selalu supaya tidak hangit di bahagian bawah.Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping dan kacau lagi sehingga rata. Sesuaikan rasa dan boleh diangkat.Info chef:Rendang ini lebih sedap rasanya selepas sehari dimasak kerana rempah ratusnya semakin meresap ke dalam daging.
 
 

Nasi kerabu daging bakar
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak:40 minit
Keistimewaan: Enak dan pedas
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM20
1 genggam bunga telang
2 1/2 cawan beras
3 cawan air rendaman bunga telang
5 helai daun limau purut ~ dikoyak-koyak
1 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
SOLOK LADA
7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu makan kelapa parut yang telah disangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau
Cara memasak:
Cili hijau dibelah tengah dan buang bijinyaIkan kembung rebus dan asingkan isinyaKelapa parut di sangai ~ ambil dari sangai kelapa parut untuk sambal kelapaTumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumatKemudian tumbukkan pula isi ikan kembungTumbukkan juga kelapa yang telah disangai tadiSatukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasaJika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asamLada dibelah dua dan buang biji tengahnyaSumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuhSusun dalam periukTuangkan santanRebus hingga masakInfo chef: Solok lada ini boleh juga dikukus
DAGING BAKAR
500 gm daging batang pinang ~ cuci bersih
Bahan Sangai
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
~ bahan ini disangai atau goreng tanpa minyak
Bahan kisar
3 tangkai cili kering ~ potong, rendam lembut dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
Gula dan garam secukup rasa
Cara memasak:
Daging cuci bersih dan toskanSangai atau goreng tanpa minyak jintan manis dan jintan putihSatukan semua bahan dalam mesin pengisar, tambah sedikit air dan kisar hingga lumatLumurkan pada dagingTutup bekas dan simpan dalam peti ais semalamanEsoknya, bolehlah bakar.
Nasi Dagang
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak:40 minit
Keistimewaan: Enak dan pedas
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan:
1 sudu teh halba
4 ulas bawang merah
11/2 inci halia
Lengkuas.
Kunyit hidup.
Cili kering.
1 sudu serbuk ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Asam keping
Cara memasak :
Untuk beras, rendam beras nasi dagang semalaman.Kemudian kukus beras nasi dagang.Mayang bawang merah, bawang putih dan halia.Kemudian masak di atas api sekejap, letak garam dan gula. Jangan masak lama sangat.Bila sudah siap kukus, angkat beras dan masukkan santan tadi.Kemudian kukus sekali lagi beras yang sudah digaul dengan bawang, halba dan santan tadi.Kukus sampai masak. Siap.Untuk gulai ikan pula. Rebus ikan dari semalam lagi. Letak garam dan asam keping.Dalam periuk masukkan santan dan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau jangan bagi berketul.Akhir sekali masukkan garam, gula, asam keping dan ikan. Selepas itu hias dengan timun atau cili padi .Info chef: Gulai ini lebih enak jika dibuat lebih awal. Jika nasi nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya.
 

Laksa Johor
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak:30 minit
Keistimewaan: Enak dan lemak
Cara memasak:Tumis dan reneh
Anggaran kos: RM25
Bahan-bahan:
1 paket spageti
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yang dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu makan kerisik
Garam
Serbuk perasa
Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Cara memasak:
Ikan dibersihkan kemudian dikukus. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.Panaskan periuk letak 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.Kemudian masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.Masak hingga agak pekat sebelum dihidangkan.Info chef : Ada orang rebus ikan tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.

Laksa Penang
Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak:30 minit
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan rasa ikan
Cara memasak:Reneh
Anggaran kos: RM15
Bahan-bahan:
2kg ikan selayang @ sardin
15 keping asam keping -BELI ONLINE DI SINI
15 ulas bawang merah
1 senduk cili giling
Cili padi ( ikut kepedasan yang disukai)
2 ibu jari belacan
1 ikat daun kesum
2 kuntum bunga kantan-belah 4
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
Rebus telur. jika hendak cepat, gunakanlah noxxa Hp 1.Ikan pun direbus meggunakan noxxa Hp 3. Air rebusan ikan jangan buang. Rebus tanpa letak garam dan asam. Tapi kalau anda nak letak asam dan garam pun boleh juga.Kisarkan isi ikan saja. Kemudian kisar tulang ikan. Tulang dan isi kisar asing.Isi yang dikisar boleh masukkan terus dalam periuk. Tulang ikan yang dikisar, pastikan anda tapis terlebih dahulu. Jangan tuang sekali dengan tulang.Kemudian bawang merah, cili padi, belacan dikisar bersama.Didihkan air, masukkan cili giling, asam keping, daun kesum, bunga kantan.Masukkan sekali air rebusan ikan, isi ikan, dan air tulang yang ditapis tadi.Lepas mendidih masukkan garam secukup rasa.Laksa terpulang nak beli yang siap boleh makan atau yang segera tu kena rebus sampai lembut dulu.Boleh hidangkan bersama ulaman. Potong cili, bawang besar, nenas,salad, dan buah limau kasturi. Jangan lupa untuk hidangkan bersama telur rebus sekali.Info chef: Kuah laksa semakin dipanaskan semakin sedap rasanya.
 
CHEF AZMI & CHEF SHAZWN ARSHAD.
FOTO: TUAN AZMAN TUAN MUDA
RESIPI : CHEF AZMI & CHEF SHAZWAN ARSHAD DARI LE QUADRI HOTEL KUALA LUMPUR
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH BELI DI SINI
Resipi Cucur Ikan Bilis Rangup, Sedap Dimakan Seisi Keluarga

Petua Buat Kuih Nona Manis Yang Sedap Berlemak, Licin & Cantik Bila Keluar Dari Acuan.

Cara Buat Kuih Lapis Warna-Warni, Cantik dan Sedap

 
 
The post Koleksi Idea Menu Jualan Gerenti Laku Keras appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/09/koleksi-idea-menu-jualan-gerenti-laku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Dengan Menu Chicken Mango Lemon

Makan Malam Dengan Menu Chicken Mango Lemon

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 227 hits
Makan Malam Dengan Menu Chicken Mango Lemon Last makan menu chicken mango ni 2 tahun lepas dan di warung yang sama Kini kami kembali lagi dan order menu yang sama Dan alhamdulillah rasanya masih sama Dengar cerita chicken mango lemon ni ada...
Tak Tahu Order Menu Starbuck Sebut Ja 17 Menu Air Starbucks Ini Sure Puas Hati

Tak Tahu Order Menu Starbuck Sebut Ja 17 Menu Air Starbucks Ini Sure Puas Hati

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 229 hits
Ini antara air starbucks for future reference Senang tak payah fikir dah nak order apa Just pilih gambar and tunjuk je dekat barista Bila tengok gambar berkenan ha cuba sendiri gerenti puas hati Ni semua top combo yang sedap Tinggal pilih j...
Menu Coolblog Harga 2022

Menu Coolblog Harga 2022

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 407 hits
Menu Coolblog Harga 2022 Keenakan minuman Coolblog yang menyegarkan memang tiada tandingannya Dari minuman boba hinggalah ke smoothie berwarna warni pilihan minuman di Coolblog pasti bakal menepati citarasa anda Bagi anda yang ingin nikmati...
Menu Wakaka Harga Waffle Minuman Terkini 2022

Menu Wakaka Harga Waffle Minuman Terkini 2022

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 426 hits
Menu Wakaka Harga Bagi penggemar minuman boba dan waffle anda wajib cuba hidangan yang ditawarkan di Wakaka Jenama baharu ini menawarkan pelbagai jenis minuman unik menyegarkan tekak dan pasti menepati citarasa anda Bagi anda yang ingin men...
Menu Bubblebee Harga 2022

Menu Bubblebee Harga 2022

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 313 hits
Menu Bubblebee Harga Keenakan pemanis mulut yang menyegarkan daripada Bubblebee memang tiada tandingannya Selain popular dengan aiskrim madunya Bubblebee juga setia menawarkan rangkaian minuman yang unik dan menarik untuk dicuba seisi kelua...
Bubblebee Malaysia Senarai Menu Harga Terkini

Bubblebee Malaysia Senarai Menu Harga Terkini

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 340 hits
Senarai Menu Aiskrim Bubblebee Viral Harga Terkini Keenakan pemanis mulut yang menyegarkan daripada Bubblebee memang tiada tandingannya Selain popular dengan aiskrim madunya Bubblebee juga setia menawarkan rangkaian minuman yang unik dan me...
Menu Ahad 18082022 By Adik Bongsu

Menu Ahad 18082022 By Adik Bongsu

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 122 hits
Assalamualaikum Hi korang dah malam baru SA up entrykan bukan xde story nak share ada je cuma hari ni SA sedikit takde mood dalam pada takde mood tu SA settle kemaskan kain kain baju yang lama SA sort and buang mana yang x elok Mana yang t ...
Baker S Cottage Senarai Menu Terkini Dan Harga

Baker S Cottage Senarai Menu Terkini Dan Harga

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 271 hits
Penggemar ayam panggang pasti sangat menyukai ayam panggan daripada Baker s Cottage Rasanya bukan sahaja enak dan berjus harganya juga cukup berpatutan untuk dinikmati seisi keluarga Bukan itu sahaja malah aneka roti kek dan pencuci mulut y...
Menu Diet Suku Suku Separuh

Menu Diet Suku Suku Separuh

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 115 hits
Teringin nak kurus Mudah saja sebenarnya kita tak perlu sentiasa bersenam secara kerap setiap hari nbsp Apa yang penting adalah menjaga makanan dan pastikan kalori intake ada kurangan maka berat badan akan turun dengan baik Sebenarnya nak k...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai