Koleksi Doa Untuk Kebahagiaan Suami Isteri Dan Keluarga




Koleksi doa kebahagiaan suami isteri dan keluarga. Doa adalah senjata orang Mukmin dan ia juga adalah satu bentuk ibadah yang mana ia menjadi satu perkara asas di dalamnya. Dengan berdoa juga dapat membuktikan keimanan dan kecintaan seseorang terhadap Allah SWT.

Berdoa adalah harapan, meminta atau memohon sesuatu daripada Allah untuk kejayaan, kebaikan, ketenangan, kebahagiaan, kesihatan, kesyukuran dan sebagainya. Doa juga adalah ibadat yang paling agung. Jika kita menghadapi kesukaran, kita wajib berdoa dan janganlah sekalipun merasa ego dengan apa yang kita ada.

Dengan berdoa pastinya kita akan merasa tenang dan yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Allah Maha Mendengar dan kepadaNya sahaja tempat kita meminta, meraih simpati dan mengadu nasib tanpa rasa malu. Kita boleh meminta doa untuk keluarga bahagia, suami isteri, anak dan semuanya.

Doa Kebahagiaan Suami Isteri & Keluarga
Doa untuk kebahagiaan suami isteri ini digalakkan dibuat setiap kali selepas solat 5 waktu. Suami diwajibkan sedekah surah Al Fatihah kepada isteri sebanyak sekali dan begitu juga isteri sedekahkan surah Al Fatihah kepada suami satu kali setiap kali setelah selesai menunaikan sembahyang lima waktu. Insya Allah, mustajab dan inilah antara rahsia keluarga bahagia dan kebahagiaan rumah tangga.



Maksudnya : "Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuto aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."

Doa Kepada Suami dan Isteri
Doa isteri adalah kunci kejayaan seorang suami. Pasti sejuk hati para suami sekiranya sambil isteri mencium tangan suami di saat suami hendak melangkah ke tempat kerja, lalu mendoakan suaminya sambil memberikan senyuman dengan penuh keikhlasan hati.

Doa isteri amat diperlukan oleh seorang suami bagi mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat. DOA seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas. Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga.



Kepergian suami di pagi hari dalam rangka mencari nafkah dituliskan sebagai pahala jihad oleh Allah SWT. Agar suami anda berangkat jihad dengan lapang dan penuh semangat, maka apa salahnya dan seberapa sulitnya sebagai isteri melayani dan mempersiapkan segala keperluannya.

Kerana Allah menjanjikan dalam HR Bukhari-Muslim:

"Barang siapa menyiapkan perlengkapan orang yang akan berjihad di jalan Allah, maka ia pun dinilai seperti orang yang berjihad."

Isteri perlu banyak berdoa yang baik-baik untuk suami agar suami itu dipermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Berkat doa isteri suami akan sentiasa terhindar dari musibah semasa isteri tiada di sisi. Doa yang baik-baik akan menyatukan hati dengan suami. Jika isteri marah pada suami, tetap doakan yang baik-baik. Pulangannya akan datang kemudian, InsyaaAllah. - Hajah Rohana Saad.

Doa Keluarga Bahagia


Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa."

Doa Untuk Rumah Tangga Bahagia
Perselisihan faham, pertengkaran atau pergaduhan kecil adalah adat dalam rumah tangga dan pasangan suami isteri pasti akan melalui perkara ini walau sekali sepanjang perkahwinan. Walau bagaimanapun, apabila bergaduh wajib untuk suami atau isteri mencari jalan penyelesaian dengan memujuk atau menenangkan pasangan.

Memujuk isteri atau suami biasanya agak sukar kerana setiap pasangan mempunyai ego masing-masing. Memujuk bukanlah satu perkara yang mudah dan ia tidak semudah disangka seperti ketika waktu bercinta dulu. Jadi, setiap pasangan harus bijak menyelesaikan ketika pergaduhan berlaku.



Kawalan emosi adalah perkara utama selain kekuatan mental yang diperlukan, biasanya suami lebih tenang daripada isteri. Manakala isteri biasanya akan habis-habisan membela diri dan ingin dipujuk serta disayangi. Walau apa sekalipun suami juga harus bijak mengawal keadaan agar tidak menjadi lebih teruk lagi.

Antara amalan utama untuk keluarga bahagia yang harus dijadikan amalan harian adalah dengan menggunakan ayat Al-Quran yang wajib dipraktikkan setiap pasangan suami isteri agar rumah tangga terus bahagia dan tenang tanpa sebarang masalah.

Selain doa Nabi Yusuf yang boleh anda amalkan, kami kongsikan juga beberapa Surah Al-Quran yang boleh kita manfaatkan untuk melembutkan hati pasangan suami isteri dan terus menyayangi dan mengasihi kita. Selain itu amalkanlah doa-doa rumah tangga bahagia yang lain untuk terus mengekalkan kasih sayang suami isteri.

Surah Yasin Ayat 36



Maksudnya: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka atau pun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."

Surah Al-Hujurat Ayat 13



Maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Surah Ali-Imran Ayat 14



Maksudnya: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

Syarat Untuk Doa Diterima Allah SWT

Jika ingin doa diterima Allah SWT, berdoalah dengan penuh keikhlasan hati serta yakin. Antara adab-adab berdoa yang betul adalah dengan memulakan puji-pujian kepada Allah SWT terlebih dahulu dan disusuli dengan selawat ke atas Rasulullah SAW.

Baca : Adab dan Etika Berdoa Dalam Islam

Adalah wajib untuk memastikan niat kita diperbetulkan terlebih dahulu sebelum berdoa dan juga cara-cara untuk berdoa wajib dititikberatkan serta hendaklah tidak melanggari syariat yang telah ditetapkan dan dikhususkan dalam Islam.

Semoga perkongsian koleksi doa untuk kebahagiaan suami isteri dan keluarga berserta doa rumah tangga bahagia ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah kalam yang paling baik dan paling sempurna untuk manusia berhubung dengan Allah SWT iaitu doa. - ilmualam.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ilmualam.com/2020/01/doa-kebahagiaan-suami-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Hati Suami Tetap Setia Sayangkan Kita Isteri Boleh Amalkan Doa Ini

Biar Hati Suami Tetap Setia Sayangkan Kita Isteri Boleh Amalkan Doa Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 1834 hits
Setiap perkahwinan pasti akan diuji dengan cabaran yang mungkin menggoyahkan kesejahteraan hubungan suami isteri Kadang kala pertelingkahan berlaku hanya disebabkan hal remeh Tetapi tidak dinafikan juga sesetengah perkahwinan tergugat keran...
Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 1272 hits
Gambar Sekadar HiasanBerdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama sepert...
Isteri Meninggal Selepas Bersalin Suami Kongsi Foto Wajah Arwah Tersenyum

Isteri Meninggal Selepas Bersalin Suami Kongsi Foto Wajah Arwah Tersenyum

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 590 hits
SETIAP individu sudah pasti menginginkan pengakhiran hidup yang baik Namun soal kematian adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja Kisah seorang wanita Divani Putriami yang meninggal dunia selepas melahirkan anak baru baru in...
Tolong Jangan Beritahu Isteri Saya Tuan Lelaki Berstatus Suami Ditahan Berkhalwat Dengan Janda Di Malam Tahun Baru

Tolong Jangan Beritahu Isteri Saya Tuan Lelaki Berstatus Suami Ditahan Berkhalwat Dengan Janda Di Malam Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 693 hits
Seorang janda anak satu ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah bilik di Pusat Peranginan Air Panas Ulu Legong Baling pagi Rabu Janda berusia 34 tahun itu ditahan dengan lelaki berusia 33 tahun oleh anggota penguat...
Isteri Dipenjara 25 Tahun Mengaku Letak Ubat Mata Dalam Minuman Suami Hingga Maut

Isteri Dipenjara 25 Tahun Mengaku Letak Ubat Mata Dalam Minuman Suami Hingga Maut

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 474 hits
Mahkamah South Carolina menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun terhadap seorang wanita selepas dirinya mengakui telah meletakkan racun ke dalam minuman suaminya hingga menyebabkan kematian Wanita terbabit dipercayai telah memasukkan ubat titi...
Rupanya Influenza Sangat Bahaya Untuk Ibu Mengandung Suami Isteri Kena Tahu Ini

Rupanya Influenza Sangat Bahaya Untuk Ibu Mengandung Suami Isteri Kena Tahu Ini

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 385 hits
Seperti yang ramai sudah ketahui negara kita kini sedang hangat dengan ramai orang yang dijangkiti virus influenza Sehingga ke hari ini terdapat beberapa buah sekolah di Malaysia yang diarah tutup oleh kementerian atas kes virus influenza i...
Sebab Itu Rezeki Kita Tak Pernah Cukup Suami Curang Isteri Nekad Tuntut Cerai Orang Ketiga Pula Minta Settle Baik

Sebab Itu Rezeki Kita Tak Pernah Cukup Suami Curang Isteri Nekad Tuntut Cerai Orang Ketiga Pula Minta Settle Baik

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 2564 hits
Apa sahaja kemahuannya si isteri telah cuba menunaikan Tetapi lelaki ini bagaikan tidak mengenang budi dan lebih rela mengkhianati isterinya sehingga menyebabkan rumah tangga mereka retak Bukan itu saja malah dia tergamak mengatakan isterin...
Rindu Yang Tiada Penghujungnya Luahan Hati Isteri Buat Arwah Suami Bikin Netizen Sebak

Rindu Yang Tiada Penghujungnya Luahan Hati Isteri Buat Arwah Suami Bikin Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 1258 hits
Kehidupan harus diteruskan Namun apalah erti kehidupan tanpa orang yang kite sayang Begitulah perasaan seorang isteri yang kehilangan suami tercinta untuk selama lamanya Tak dapat dibayangkan hidup sendirian setelah sekian lama berpasangan ...
Suami Tertembak Isteri Semasa Mencuci Senapang Biar Betul

Suami Tertembak Isteri Semasa Mencuci Senapang Biar Betul

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 291 hits
Betullah apa orang tua tua kata malang tidak berbau Kejadian ini berlaku di rumah mereka sendiri di Kampung Baba Telupid Seorang isteri parah apabila suaminya yang sedang mencuci senapang buatan sendiri jenis bakakuk terkena tembakan suamin...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik