Kolam pancing air masin dengan suasana yang sangat menarik! Deretan pokok kelapa di sekeliling kolam pancing memberikan rasa nyaman. Beberapa kali saya nampak para pemancing berjaya menaikkan ikan-ikan bersaiz besar. Saya dan encik suami yang tak pandai memancing pun jadi tertarik dengan aktiviti memancing bila berada di sini
Makan-makan kami - mi rebus dan mi goreng mamak (tiada foto). Sedap kedua-duanya, terutamanya mi rebus. Katanya rojak di sini pun sedap juga. InsyaAllah lain kali kalau datang lagi, bolehlah mencuba rojak pula. Oh ya, kalau nak pesan makanan kita kena pergi terus ke kaunter kedai tau. Nanti dah siap akan dihantar ke meja makan kita
Dekorasi menarik di salah satu ruang makan - tidak berbumbung sepenuhnya. Kami memilih duduk di sini, tapi kemudiannya salah seorang pelayan kedai memaklumkan boleh berpindah ke ruang berbumbung penuh jika hujan. Masa ni langit dah gelap sikit, macam nak hujan
Kami berpindah ke ruang lain. Kot nanti tengah makan hujan turun, leceh pula nak pindah. Ruang ini pun ada tarikannya tersendiri. Barang-barang antik memenuhi ruangan. Termasuklah meja yang kami duduk, kakinya daripada mesin jahit lama menggunakan kaki. Sambil duduk, saya gerakkan kaki mesin jahit. Mengimbau nostalgia zaman sekolah, perlu menjahit beg dan baju kurung Kedah menggunakan mesin jahit kaki bagi subjek Kemahiran Hidup 😄
Makanan yang dipesan pun tiba
Menu istimewa nasi goreng ikan kembong rebus. Istimewa sebab ini merupakan kali pertama saya mencuba makan ikan rebus yang digoreng. Memang sedap ikan rebus goreng, garing di luar dan lembut di dalamnya! Yang kami makan ni ada rasa masin sedikit, macam ikan masin|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |