Kolam Bola Tak Dijaga Lubuk Jangkitan Risiko Terkena Objek Tajam Tinggi


Kolam bola adalah mainan yang menyeronokkan buat si kecil. Manfaat kepada motor sensori si kecil sangat besar. Namun mama papa mesti berhati-hati, ia boleh jadi lubuk jangkitan kuman buat si manja.
Perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan boleh dijadikan panduan buat ibu bapa. Ulasan belioau  tentang permainan ini memberikan membuka mata tentang beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum melepaskan si kecil bermain di dalamnya.
Isu bahaya kolam bola (ball pit) ni sudah beberapa kali viral. Dari masa ke masa akan ada media laporkan ada kanak-kanak tercedera kerana benda tajam, mendapat jangkitan dari kuman, atau dicemari najis.
Sebelum saya ulas, saya rasa elok kita lihat sedikit bagaimana kolam bola ni mula-mula muncul, dan kenapa ia menjadi popular.
Kolam bola ni mula popular sekitar tahun 80an, kerana ketika itu muncul kerisauan tentang bahaya taman permainan konvensional.
Taman permainan ketika itu lazimnya terdiri daripada buaian, gelungsur, jongkang-jongkit, palang gayut(monkey bar) serta jim hutan(jungle gym). Semua di perbuat dari kayu dan besi.
Kerisauan ibu bapa ketika itu adalah pada kecederaan berkaitan trauma fizikal: patah tulang, gegeran otak, terluka akibat jatuh. Selain itu, risiko lain adalah penculikan, dan serangan haiwan.

Jadi pada tahun 70an muncul taman permainan jenis baharu, di mana ia terdiri didirikan di dalam bangunan tertutup (indoor), diperbuat daripada bahan lembut seperti plastik, getah, dan lantai dipenuhi bebola untuk mengurangkan impak jika terjatuh.
Ia dinamakan ball crawl/pit/pond, dan menjadi pilihan popular dikalangan ibubapa serta kanak-kanak. Mulai itu, mula dibina di pusat beli-belah, restoran francais, malah di taman-taman tema.
Semua orang suka kolam bola ni, malah ia juga menarik perhatian para pengkaji untuk meneliti potensi dan menilai risiko taman permainan begitu. Di sini timbul pula dua perkara.
Satu berita baik, dan satu berita tak baik.
Berita tak baik: kolam bola yang tidak diselenggara dengan baik kebersiham dan keselamatan nya mendedahkan kanak-kanak kepada risiko kecederaan akibat benda tajam, menjadi tempat pembiakan kuman. Ini semua kita dah tahu, kerana ia ketap viral.
Berita baik: kolam bola ini bagus kanak-kanak yang ada masalah perkembangan pemprosesan sensori. Ia membantu dalam kanak-kanak memahami sensori tubuh mereka. Ini tak semua faham, tapi jangan risau. Perkara inilah saya nak ulas.
Pemprosesan Sensori(sensory proscessing) adalah proses untuk mengatur semua stimulasi dari persekitaran yang diterima oleh deria, agar seseorang itu boleh menggunakan tubuhnya dengan baik dalam sesuatu persekitaran.
KEBAIKAN KOLAM BOLA KEPADA SI KECIL
Kolam bola didapati dapat melatih sensori visuo-spatial, propriosepsi, ekuilibrium, dan memberi rangsangan pada penglihatan, sentuhan, serta tekanan.
Visuo-spatial adalah sensori berkaitan kebolehan menganggarkan kedudukan objek dalam ruang. Hanya dengan melihat kita boleh anggar jarak dan saiz objek berdasarkan benda-benda di sekitarnya.
Propriosepsi(proprioception) adalah sensori berkaitan kebolehan menganggarkan keberadaan dan posisi anggota tubuh di dalam ruang. Tanpa lihat kita boleh tahu tangan kita di mana dan sedang buat apa, kan?
Ekuilibrium(vestibular) pula adalah sensori berkaitan keseimbangan tubuh. Ia melibatkan memahami dinamik graviti, tujahan, momentun dan elemen fizik yang bertindak ke atas tubuh.
Bagi melatih sensori-sensori ini, kanak-kanak perlu berlari, melompat, jatuh, berguling, membuai, berkubang dan sebagainya. Itu naluri mereka, dan ia sebahagian daripada cara mematangkan sensori.

Macam mana pemain bola boleh buat sepakan dengan tepat ke gawang? Bagaimana pemain golf boleh pukul bola masuk dalam lubang kecil?
Kerana ahli sukan berjaya benar-benar menguasai pemprosesan sensori-sensori ini melalui latihan, dan latihan itu bermula dari umur kanak-kanak.
STIMULASI & RANGSANGAN 
Kolam bola menyediakan ruang untuk aktiviti yang memberi stimulasi dan rangsangan untuk latih tiga sensori unik ini. Sebab itu, kolam bola juga dibina hospital dan pusat rehabilitasi yang merawat kanak-kanak yang kelewatan dalam perkembangan.
Antara kanak-kanak yang mendapat manfaat daripada terapi kolam bola adalah kanak-kanak autistik, cerebral palsy, serta sindrom-sindrom lain.
Berdasarkan perkara ini, bila di tanya adakah kita sebagai ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak daripada bermain di kolam bola, saya perlu beri dua jawapan.
1. YA, PERLU ELAK!
Elak kolam bola yang tidak diselenggara keselamatan dan kebersihannya dengan baik. Khuatir anak akan tercedera atau dijangkiti penyakit berjangkit.
2. TAK, JANGAN ELAK!
Ia mematangkan pemprosesan sensori, dan menjadikan kanak-kanak lebih cekap dalam aktiviti fizikal, serta meningkatkan potensi mereka.
Lazimnya kolam bola di hospital dan pusat rehabilitasi diselenggara mengikut jadual. Ada dua set bebola. Setiap kali satu set dihantar untuk dibersihkan, set simpanan akan diguna. Kolam juga dibersihkan semasa penukaran bebola.
Hal ini saya pasti. Saya pernah berkhidmat di Jabatan Rehabilitasi hospital kerajaan, dan memang ada jadual pembersihan kolam bola. Malah setelah saya buka pusat rehabilitasi sendiri, saya juga pastikan kolam bola dibersihkan secara berkala.
TIP BILA ANAK BERMAIN KOLAM BOLA
Apapun, lepas main di kolam bola, mandikan anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga boleh buat kolam bola di rumah.
Gunakan kolam tiup(inflatable pool), dan isikan dengan bola. Boleh juga gunakan playpen. Bersihkan secara berkala. Maka tak ada kebimbangan, sebab kita selenggara sendiri.
OK, semoga bermanfaat!
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation
Penafian: saya tak larang pergi taman permainan konvensional atau kolam bola. Boleh pergi, namun pilihlah yang diselenggara dengan baik, pantau anak-anak.
The post Kolam Bola Tak Dijaga ‘Lubuk Jangkitan’. Risiko Terkena Objek Tajam Tinggi! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kolam-bola-tak-dijaga-lubuk-jangkitan-risiko-terkena-objek-tajam-tinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Makan Juadah Raya Pastikan Sedikit Tapi Kerap Hand Sanitizer Kurangkan Risiko Jangkitan

Ibu Hamil Makan Juadah Raya Pastikan Sedikit Tapi Kerap Hand Sanitizer Kurangkan Risiko Jangkitan

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 614 hits
Ibu hamil tidak terkecuali boleh merayakan kehadiran Syawal Namun atur pemakanan dan asas kebersihan agar boleh mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan Perkongsian daripada Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Ke...
10 Pekerjaan Paling Tinggi Risiko Penyebab Kemurungan Paling Teruk Menjadi Gila

10 Pekerjaan Paling Tinggi Risiko Penyebab Kemurungan Paling Teruk Menjadi Gila

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 863 hits
Ada beberapa kerjaya yang lebih berisiko menyebabkan manusia menghadapi tekanan perasaan Menurut Dr Deborah Legge seorang kaunselor kesihatan mental dari Buffalo Amerika Syarikat ada beberapa aspek dalam setiap pekerjaan yang boleh menyumba...
Elak Bayi Terkena Jangkitan Kuman Ini 10 Tips Penting Kalau Nak Lawat Bayi Yang Baru Lahir

Elak Bayi Terkena Jangkitan Kuman Ini 10 Tips Penting Kalau Nak Lawat Bayi Yang Baru Lahir

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 358 hits
Menerima berita kelahiran ahli baru memang menggembirakan Cukup seronok hingga tidak sabar satu keluarga nak pergi melawat bayi tersebut Biasanya apabila si ibu dan anak pulang ke rumah dari hospital rakan rakan serta sanak saudara pasti ak...
Keputusan Mesyuarat Fed Mendorong Pasaran Ke Tahap Lebih Tinggi Mata Wang Eur Dan Gbp Akan Terus Meningkat

Keputusan Mesyuarat Fed Mendorong Pasaran Ke Tahap Lebih Tinggi Mata Wang Eur Dan Gbp Akan Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 402 hits
Pasaran terus memainkan hasil mesyuarat Rizab Persekutuan AS S P 500 mengemas kini rekod tinggi pada Khamis mencapai tahap 2958 38 niaga hadapan emas memasuki ke zon tinggi 18 bulan hasil dari Khazanah 10 tahun kembali ke tahap November 201...
Penggunaan Racun Serangga Di Cameron Highlands Masih Tinggi

Penggunaan Racun Serangga Di Cameron Highlands Masih Tinggi

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 296 hits
CAMERON HIGHLANDS 22 Jun Tahap penggunaan racun serangga dalam kalangan pekebun di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands masih tinggi kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin Beliau berkata penggunaan racun makhl...
Tujuh Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Nahas

Tujuh Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Nahas

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 294 hits
AMERIKA SYARIKAT 19 Syawal 1440H Ahad Tujuh penunggang motosikal berkuasa tinggi terbunuh dalam satu kemalangan dengan sebuah kenderaan di jalan raya luar bandar di New Hampshire kelmarin Semua mangsa termasuk bekas anggota tentera AS adala...
Kebolehpasaran Graduan Automotif Drb Hicom Universiti Tinggi

Kebolehpasaran Graduan Automotif Drb Hicom Universiti Tinggi

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 418 hits
Tenaga kerja mahir di negara ini perlu bersedia memenuhi keperluan ekosistem automotif negara yang terus berkembang JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT AND...
Tolak Isteri Dan Bayi Dalam Kandungan Dari Tebing Tinggi Kerana Ingin Bolot Harta

Tolak Isteri Dan Bayi Dalam Kandungan Dari Tebing Tinggi Kerana Ingin Bolot Harta

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 295 hits
UBON RATCHATHANI Thailand Seorang wanita dan bayi dalam kandungannya terselamat walaupun terjatuh dari sebuah cenuram sedalam 34 meter disyaki akibat ditolak oleh suaminya sendiri lapor akhbar Daily Mail kelmarin Lelaki itu yang dibelenggu ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba